"KENAPA you nak I datang sini?"
"Sebab I nak jumpa you."
Spontan Wafa julingkan mata ke atas.
Karl yang nak jumpa dia, dia pula yang susah-susah kena datang ke ofis lelaki itu. Konon ada benda penting nak bincang katanya. Sudahlah tak bagi apa-apa hint pun masa call tadi.
"Sebab I malas nak pergi jumpa you. Jadi, I buat you yang datang jumpa I." Karl menyambung lagi.
Langsung Wafa mencemik.
Ceh! Apa punya jawapan daa...
"So, ada apa you nak jumpa I ni?" Wafa menyoal laju.
Tak dinafikan, dia juga tertanya-tanya apa yang Karl mahu katakan. Padahal baru beberapa jam tadi mereka berjumpa.
Hal apa sebenarnya? Atau lelaki itu sudah ada jawapan kepada 'lamaran' dia tadi?
Soalan Wafa itu Karl biarkan tanpa jawapan seketika. Dia bangun dari kerusi dan berdiri sambil membutangkan kot yang tersarung pada tubuh tegapnya. Penuh karisma dia berjalan dan berhenti tepat di depan Wafa. Kini, hanya beberapa inci saja jarak yang memisahkan mereka.
Dengan jarak sedekat itu, Wafa mula rasa tak selesa. Hati jadi berdebar-debar sendiri.
Dup. Dup. Dup.
Melihat reaksi Wafa begitu, Karl tahan senyum. Kepalanya ditundukkan sedikit dengan sengaja. Mendekatkan bibirnya ke telinga gadis itu.
"The answer is yes, Wafa." Perlahan suara garaunya berbisik.
Sesaat, Wafa kejur.
Mendengar nada Karl begitu, dia hampir sesak nafas tiba-tiba. Seperti tak cukup udara yang mahu disedut. Dia terdesak perlukan oksigen sekarang ini.
Oksigen, mana oksigen?!
Langkahnya terundur ke belakang. Kepala yang tak gatal, digaru-garu sedikit. Kemudian, tekak yang tak semena-mena seperti tersekat sesuatu, cuba diselesakan dengan berdeham beberapa kali.
Ah, semuanya serba tak kena!
Hanya dengan bersuara begitu saja, Karl berjaya buat dia jadi 'kalut' begini?
Oh, no!
"You okey?" Karl yang dah tegakkan semula badannya, memerhatikan Wafa tanpa lepas.
"Ya, okey, okey." Wafa hembus nafas beberapa kali, cuba menenangkan diri sebelum kembali bersuara.
"Apa maksud you kata yes tadi, Karl?"
Tak terus menjawab, Karl tukar hala semula dan bersandar di meja kerjanya. Matanya merenung Wafa dari atas ke bawah.
Kalau tadi, dia tak sempat nak menganalisa perempuan itu dengan lebih jelas, kali ini, baru dia dapat lihat semuanya.
Tinggi Wafa itu hanya separas telinganya saja. Berkulit cerah. Jelas nampak pipinya yang sedikit kemerahan. Tak pasti kerana blusher atau memang natural. Bermata bundar di sebalik spek yang dipakai. Mungkin betul rabun atau mungkin hanya sekadar fesyen saja.
Kalau boleh dia ringkaskan, Wafa Adlina itu orangnya petite dan attractive. Kena dengan tastenya.
"Karl, I tanya you ni."
"Yes tadi bermakna I setuju nak kahwin dengan you. Jadi, bila you cadang nak jadikan I suami you?"
Terbuka besar mata Wafa. Macam tak percaya.
Karl... Setuju?
Seriuslah ni?
"Errr... Tapi, kenapa?"

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMI PAKSA RELA
RomanceTajuk: SUAMI PAKSA RELA Penulis: SHAZIE KAMARUZAMAN ISBN: 978-967-2902-42-3 M/S: 544 Gara-gara dicabar bekas kekasih a.k.a pencurang, Wafa Adlina perlu membuktikan dia juga boleh bahagia. Solusi paling gila dipilih. Kahwin. Tapi, dengan siapa? Dia m...