HSO 17

740 49 4
                                    

RAIDEN menyediakan sarapan untuk isterinya. Rifqah masih lagi belum bangun dari tidur dan Raiden mengambil keputusan untuk bangun awal.

Raiden menyediakan sandwich telur beserta air susu coklat. Kemudian, dia mengemas dapur selepas menyiapkan sarapan untuknya dan Rifqah.

Rifqah turun sambil menggosok matanya. Raiden yang sedang berjalan itu menegur isterinya.

"Good morning, cinta. How's your sleep?"soal Raiden lalu tersenyum. Seperti biasa, dia menarik kerusi dan Rifqah melabuhkan punggung untuk duduk.

"Good morning too, darling. Aku tidur lena malam tadi terima kasih sebab pujuk aku semalam,"ucap Rifqah dan Raiden mengangguk sahaja.

"Wah kau buat semua ni?"tanya Rifqah teruja.

"Untuk isteri aku, aku sanggup buat apa saja. Kau cinta kesayangan aku,"ujar Raiden lalu mencuit dagu Rifqah. Rifqah menahan malu.

Rifqah duduk bersebelahan isterinya sambil meletakkan sandwich  telur di pinggan. Mereka berdua membaca doa makan dan menjamu selera.

"Sedapnya. Kau memang pandai masak ke?"tanya Rifqah yang mengunyah roti tersebut.

"Sejak dari dulu lagi aku memang pandai masak. Kau ingat perempuan je kena pandai masak? Lelaki pun kena pandai masak. Sebab apa? Aku nak layan isteri aku macam seorang ratu,"balas Raiden lagi.

"Maksud kau?"soal Rifqah ringkas.

"Maksud aku, kalau kau penat bekerja aku yang akan masak untuk kau dan aku akan panaskan makanan kalau ada lebih. I don't care if my own wife don't like eat reheat food. I will cook for you every single days and every time you want to eat,"balas Raiden dengan romantik.

Rifqah terus mengukirkan senyuman manis untuk senyuman.

"You have a beautiful smile, cinta. I love it,"kata Raiden.

Akhirnya aku dapat merasai bahagia yang aku impikan! Raiden adalah lelaki tepat untuk aku, bisik hati Rifqah.

"Untungnya aku jadi isteri kau,"kata Rifqah lalu mengusap pipi suaminya. Raiden tersenyum bangga.

"Eh kau memang untung dapat lelaki macam aku. Bukan semua lelaki mampu buat. Kita kena belajar menghargai orang yang kita sayang,"kata Raiden. Dia sempat juga meneguk air susu coklat.

"Oh lupa aku ada belikan dessert untuk kau. Dalam tengah hari kejap lagi dia hantar. Aku harap kau suka,"kata Raiden.

Ish kenapalah suami aku ni romantik sangat? Dia boleh tahu apa yang aku mahu.

"Dessert?"tanya Rifqah. Raiden mengangguk perlahan.

"Thank you darling!"ucap Rifqah lalu memeluk erat suaminya. Raiden terkejut namun dia membalas pelukan tersebut.

RIFQAH cuba melarikan diri dari Adwa yang sering menganggunya. Entah mengapa dia memikirkan segala kesilapan dia terhadap Adwa. Namun dia masih teguh dengan egonya.

"Nak apa lagi? Boleh berambus balik Langkawi boleh tak?!"Rifqah menengking bekas suaminya.

"Ingat kau bahagia dengan Raiden, aku boleh lupa apa yang kau buat?"soal Adwa.

"Kalau aku boleh lupakan sekelip mata je, takkan kau tak boleh? Kau dah boleh bahagia dengan Aralyn!"ujar Rifqah dengan nada sinis.

"Murah sangat cinta kau sampai berpaling kat Raiden. Don't talk about Aralyn. She's innocent!"balas Adwa.

"Oh sayang pula kat Aralyn tu? Kenapa tak pergi je kat dia lepas kita berdua ni berpisah?"ujar Rifqah lalu menyilang tangannya.

Mata dijulingkan ke atas tanda Adwa tidak berpuas hati dengan jawapan Rifqah.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now