Chapter 10

36 8 0
                                    

DUNIA yang sentiasa dipenuhi dengan memori indah. Kini, tidak lagi. Bagaikan semua memori indah itu berlalu pergi begitu sahaja. Hanya memori menyedihkan yang masih setia. Memori yang baru sahaja dicipta. Sungguh menyeksakan. Penuh kesedihan dan keperitan. Sukar. Sangat sukar untuk dilalui oleh seorang manusia dan seorang penghuni.

Bukan lah mudah bagi mereka untuk hidup dalam takdir yang menyeksakan itu. Manusia yang terpaksa melalui harinya dengan kesedihan. Begitu juga penghuni. Mereka kehilangan kekasih dan seorang abang yang sentiasa memberikan kebahagiaan. Hidup mereka menjadi indah dan sentiasa membahagiakan bila bersama dia. 

Namun, semua itu hanyalah masa lalu. Sekarang, semua itu menjadi mimpi. Mimpi yang tidak akan menjadi nyata lagi. Benarlah, kebahagiaan tidak akan terus dirasai. Yang akan terus setia hanya kesedihan. Takdir mereka sudah lama ditentukan. Biarpun mereka sudah tahu pengakhirannya, tetapi tetap mereka lalui. Tiada langsung niat untuk mengubah takdir.

Mungkin, bagi mereka pengorbanan adalah satu-satunya cara untuk hidup dalam kebahagiaan. Meskipun ianya sementara dan palsu. Tiada lagi suara tawa dan senyuman lebar yang sentiasa menceriakan dunia. Semua itu digantikan dengan tangisan. Tangisan yang entah bila mahu berhenti. Mereka meraung meminta peluang walaupun ianya mustahil.

Penyesalan mereka tiada penghujungnya. Hidup dalam penyesalan. Semua orang tidak mahu lalui kehidupan seperti itu. Tapi mereka berdua, laluinya.

Tangan yang terketar-ketar itu dilihat. Semakin deras aliran air mata membasahi pipi. Tangan inilah yang mengubah segalanya. Tangan ini telah membunuh orang yang dia cinta dan dia sayang. Tangan ini juga buatkan kehidupan seorang penghuni hancur. Salahnya. Memang salah dirinya. 

"Aku tak salahkan kau. Takdir. Tiada apa yang dapat diubah. Ini hukuman untuk aku dan Ryl. Jadi, kau tak perlu salahkan diri sendiri."

Ray Aden bertutur. Seperti tahu apa yang bermain di fikir kusut Aviyana. Ray memandang Aviyana yang tidak terurus itu. Mata yang sebam dan wajah kemerahan akibat menangis. Ray duduk di sebelah Aviyana.

"Hukuman yang berpunca dari aku. Sebabkan aku, kau hilang Ryl. Sebabkan aku, kau hilang semuanya. Maafkan aku, Ray. Semua ni salah aku. Kalau lah aku tak terpedaya dengan kata-kata malapetaka..."

"Ryl memang tak cintakan kau Aviyana."

Terhenti segala kata-kata Aviyana. Dia memandang Ray yang merenung langit. Melihat reaksi Ray, dia tahu ada sesuatu yang bakal menghancurkan hatinya lagi. Kali ini, Aviyana lebih bersedia. Dia akan menerima semuanya. Dia layak dihancurkan dengan kata-kata yang menyakitkan itu.

"Memang apa yang kau dengar dan tengok tu betul. Ryl memang tak cintakan kau. Dia tak tahu apa itu cinta. Dia tak tahu perasaan tu walaupun sikit. Bukan cinta je, tapi kasih sayang. Dia tak tahu macam mana nak sayang orang. Selama ini, dia hanya berpura-pura. Ryl tak nak disebabkan benda tu, orang sekeliling dia rasa sedih,"

Jadi, bukanlah Aviyana seorang yang melalui keperitan itu.

"Seperti apa yang dia mengaku. Aku sendiri terkejut dengar rancangan dia masa awal-awal Ryl kenal kau. Aku takut. Aku takut sebab pengakhiran ni. Sejak Ryl cakap macam tu, aku dah tahu takdir malang tu akan berlaku..."

Ray senyum hampa.

"Dan benda yang paling aku takutkan tu, dah pun berlaku,"

Ray mengeluh perlahan.

"Aku ingatkan Ryl akan teruskan rancangan kejam dia. Tapi rupanya aku salah. Apa yang Ryl buat, buatkan aku terkejut. Sangat terkejut. Sejak itu juga lah, aku tahu kau satu-satunya manusia yang berharga untuk dia."

Pandangan Ray beralih memandang Aviyana yang setia mendengar ceritanya. Mata mereka bertembung. Cerita Ray berjaya menghentikan tangisan Aviyana. Mata Aviyana jelas memancarkan sinar harapan. Harapan supaya cerita Ray akan ada pengakhiran yang buatkan dirinya rasa gembira. 

SOULWhere stories live. Discover now