Chapter 11

59 8 0
                                    

DI hadapan Aviyana kini adalah sebuah jambatan yang ditutupi dengan awan-awan. Jambatan yang sukar tiba di penghujung ini menjadi tempat untuk Aviyana menyeberang sehingga tiba di Asilyra. Di mana dunia penghuni yang bukan untuk manusia masuk dan keluar sesuka hati mereka. Hanya yang terpilih sahaja akan diberi peluanh seumur hidup untuk masuk ke Asilyra.

Terpilih bukanlah dari gerangan yang bernasib baik tapi malang. Apabila manusia masuk ke dunia itu, pasti akan ada hukuman yang mereka harus jalankan setelah buat dosa dengan penghuni. Hukuman mereka berat. Ada yang tak tertanggung hukuman itu sehinggakan mati. Nyawa diambil dan jiwa pula menjadi santapan penghuni.

Itu adalah salah satu sebab Asilyra menjadi buah mulut penduduk kampung. Tindakan mereka yang kejam dan langsung tidak mahu mengadakan hubungan baik dengan dunia manusia telah membuatkan semua penduduk kampung benci dan berdendam. Berapa ramai penduduk kampung yang mati kerana melawan mereka. Ada juga di antara penduduk kampung menjadi mangsa mereka. 

Biarpun ramai penghuni yang berhati mulia, mereka tetap tidak dipercayai penduduk kampung. Walaupun hati penghuni ikhlas pasti akan ada berlakunya khabar angin yang buatkan penduduk kampung marah. Kesudahannya, dunia manusia dan Asilyra langsung tidak akan berbaik. 

Jambatan yang menghubungkan dunia manusia dan Asilyra menjadi tempat manusia-manusia lain seberang. Biarpun mereka tahu sangat sukar, tetapi jiwa memaksa. Semua yang mencuba, pengakhirannya adalah mati. 

Tawa sinis malapetaka memecahkan kesunyian. Aviyana memandang malapetaka dengan pandangan pelik. Ray pula memandang dengan perasaan tidak puas hati. Di sini, hanya Aviyana yang tidak mengerti apa yang telah terjadi. Malapetaka memandang Ray. Reaksi lelaki itu menggeleng. Perasaan ingin tahu semakin terasa.

"Anggapan aku silap selama ni. Cinta dia dah melebihi sikap sebenar."

"Apa maksud kau?"

"Jangan! Aviyana, kau tak perlu ambil tahu!"

"Kenapa tidak?" marah malapetaka. 

Sudah itu, malapetaka menggunakan tenaganya untuk menolak badan Ray sehingga terhentak pada lantai. Ray mahu bangun namun badan tidak menyokong. Berapa kali dia mencuba tapi tetap gagal. Malapetaka sudah mengunci pergerakannya.

"Nampaknya, masing-masing dah khianat antara satu sama lain. Menarik!"

Aviyana berkerut tidak mengerti.

"Ryl tahu kau nak seberang jambatan ni..."

"Jangan!"

"Diam!" Malapetaka menggunakan bayang untuk menutup mulut Ray. Bayangan hitam yang berbentuk tangan itu menutup mulut Ray. Malapetaka kembali memandang Aviyana.

"Tapi malangnya, dia terikat. Terikat dengan hukuman. Selamatkan kau akan memburukkan keadaan. Kau pula akan lebih terseksa."

"Ryl masih cintakan aku?"

"Jelas jawapannya ya. Tapi malangnya, Ryl akan dikahwinkan dengan gadis dari kerajaan lain dalam masa yang terdekat. Gadis itu akan menjadi permaisuri yang setia menemani raja. Perkahwinan tu terjadi hanya satu sebab iaitu penyatuan dua kerajaan."

Mendengar berita itu menghancurkan hati Aviyana. Entah buat kali berapa hatinya hancur kerana Ryl. Aviyana menunduk. Hatinya sakit. Bertambah sakit apabila mula terbayangkan Ryl bersama gadis lain. Ryl akan bahagia tanpannya di sisi. Mungkin akan lebih bahagia. Antara mereka ada yang terbatas kerana hubungan penghuni dan manusia.

Namun, di antara Ryl dan gadis itu tidak akan ada batas. Bahkan, mereka berada di dalam dunia dan pangkat yang sama. Cinta mereka akan lebih kekal. Sokongan Asilyra pasti tiada tandingannya. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SOULWhere stories live. Discover now