LMOLM 13

658 78 8
                                    

Peluh membasahi wajah Adria walaupun biliknya bersuhu rendah. Kedengaran juga nafas gadis itu turun naik. Jari-jemarinya menggenggam erat selimut yang menutupi separuh badannya. Lama dia begitu, akhirnya dia terbangun dari tidurnya. 

Dipandang sekeliling biliknya kemudian menguak rambutnya ke belakang. Adria menghela nafas lega. Mimpi itu kembali mengganggu tidurnya lagi. 

"What was that?" soalnya pada dirinya sendiri. 

Adria turun dari katil lalu berjalan masuk ke dalam bilik pakaiannya. Lampu automatik terbuka saat dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Punggung dilabuhkan di atas sebuah sofa putih yang terletak di dalam bilik pakaiannya. 

Matanya jatuh memandang gaun putih yang direka khas buatnya. Atau lebih tepat gaun yang akan dipakai pada majlis perkahwinannya bersama Faith. 

Dua bulan sudah berlalu selepas dia bangun dari koma dengan keadaan hilang ingatan, namun Faith masih mahu menerima dirinya yang serba kekurangan ini. Kadang-kadang hatinya sendiri tidak tahu apa yang patut dirasakan. Apabila bersama Faith, dirinya tenang dan dapat merasakan layanan Faith merupakan cara lelaki itu menunjukkan kasih sayangnya walaupun dia masih belum dapat mengingati Faith lagi. Bukan sahaja Faith, malah memori bersama keluarganya juga masih samar-samar.  

Akhirnya, Adria membuat keputusan untuk berputus asa mengejar masa lalunya yang tidak pasti akan kembali. Kini, meneruskan kehidupannya seperti manusia lain. 

Adria Melaine, gadis itu dikenali sebagai Director of Foreign Affairs di syarikat Robert yang dibantu oleh Asher dan Ashton di sana. Selain itu, Adria mendapat gelaran Lady Melaine Gonzales yang tidak lama lagi akan mengubah nama keluarganya setelah dia mengahwini Faith. 

"Hey honey, kenapa termenung?" soal Faith menyentuh dagu Adria lembut. 

Adria menayang senyuman pendek lalu menggeleng kepalanya. 

"Tak cukup tidur, may be" balas Adria bersahaja. Dia kembali meneruskan suapannya. 

"Are you still having those nightmares?"  soal Faith meletakkan garfu dan pisau di atas pinggan kemudian mengelap tepi bibirnya dengan tisu. Perhatiannya kini seratus peratus diberikan kepada Adria. Gadis itu selalu menceritakan soal mimpi buruknya tetapi belakangan ini Adria lebih banyak diam dan termenung. 

Adria mengangguk lemah. 

"Hey listen" tangan Faith naik menyentuh tangan Adria di atas meja. 

"It is just a dream. Nothing more than that" pujuk Faith menggenggam erat jari-jemari Adria. 

"Smile please" tambah Faith lagi. Adria akur. Dia menayangkan senyumannya kepada Faith. 

Faith memandang Adria. Sejak Adria masuk kerja, mereka susah sekali untuk berjumpa. Majlis persiapan perkahwinan mereka memang diserahkan sepenuhnya kepada wedding planner. Faith dengan kerja ditambah dengan aktiviti organisasinya yang masih dirahsiakan daripada Adria manakala Adria terlalu sibuk dengan kerjanya yang memerlukan dia sebagai perunding utama pelabur asing dari luar negara. 

"Baru balik dating bro?" sakat Keith yang duduk di ruang tamu. Jarinya ligat mencari siaran yang dapat menarik perhatiannya. 

"Kau sehari tak cari pasal memang tak sah" marah Faith membaling kusyen kepada adik kembarnya. 

"I'm just asking dude. Ye la nanti aku dah tak dapat nak sakat kau dah lepas kau pindah" balas Keith. 

"You are not a baby anymore, nak berkepit dengan aku je" ujar Faith. 

"Ni, bila Robin nak balik? Aku rasa aktiviti dekat Hungary tu dah settle" Faith mula menukar topik perbualan mereka mengenai kawan atau rakan kongsi mereka yang masih berada di luar negara menguruskan anak syarikat di sana dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah organisasi mereka. 

Keith membetulkan duduknya lalu memandang Faith. 

"Next week. Dia kata dia nak singgah New York dulu" tutur Keith menyampaikan pesanan kawannya kepada si abang. 

"Inform me as soon as possible if there is any update about the killer" pesan Faith lalu bangun dari kerusi. 

"Alright boss" balas Keith walaupun sebenarnya dia dan Robin sudah menyembunyikan sesuatu daripada Faith dari awal lagi. 

Bagi Keith ini bukan masa yang sesuai lagi sehingga mereka mendapatkan bukti yang lebih kukuh. Tambahan pula, Faith akan sibuk pada minggu hadapan untuk majlis perkahwinannya. 

Keith mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghubungi Robin. 

"Yow, bro" jawab Robin sebaik sahaja menjawab panggilan daripada Keith itu. 

"How is your progress?" soal Keith. Nadanya bertukar serious. Berbeza dengan nada yang digunakan semasa bergurau bersama Faith sebentar tadi. 

"I'm trying to trace the middle man" balas Robin. 

"Do it quickly. Make sure you are back before his wedding day. Boss keep asking about you" arah Keith. 

"How fast? Okay, I try"  soal Robin. 

Keith mematikan panggilan itu. Jari mengetuk skrin telefon pintarnya sambil berfikir. Jika pembunuh itu menggunakan orang tengah bermakna dia tidak langsung campur tangan dalam urusan bersama client. Kemungkinan besar pembunuh tidak mengetahui orang yang mengupahnya untuk membunuh Sam. 

"Hey, honey" Faith menegur Adria lalu mengambil tempat duduk di sebelah Adria. Tangannya spontan diletakkan pada pinggang gadis itu yang merupakan satu habit barunya. 

"All the preparation is done right?" soal Adria sebaik sahaja wedding planner yang dibayar mereka untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada minggu hadapan. 

"Yes. You can do the final check if you want, Adria" balas Christine.

 "You want to site visit, Faith?" soal Adria menoleh memandang Faith yang sibuk dengan telefon pintarnya. Mendengar pertanyaan daripada Adria pantas Faith menyimpan telefonnya. 

"Oh, it's up to you. I ikut you" balas Faith terselit sebuah senyuman. 

"You must be very busy. It's okay. Christine, I think it's all perfect"  balas Adria setelah berpuas hati melihat hasil kerja Christine.

"Thank you, Miss Melaine. I will take my leave now. Enjoy your time" ujar Christine lalu meninggalkan Adria dan Faith berdua di situ. 

"So, how is your day?" soal Adria memandang Faith. 

"Good. Nothing exciting has happened yet. How about you? What did the doctor say?" balas Faith. Tangannya naik menyelit rambut panjang Adria ke belakang telinga. 

Adria mengeluh. Faith melihat wajah Adria sudah mengetahui jawapannya. Adria masih mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan amnesia yang dialaminya namun nampak gayanya masih belum mempunyai apa-apa petunjuk lagi buat masa sekarang. 

Bukan sahaja Faith yang ingin mengetahui mengenai kehidupan lalu tunangnya, malah Adria juga menginginkan jawapan buat mimpi buruk yang sering dialaminya kini. 

"I think... I should give up" luah Adria. Tangan Faith naik menyentuh tangan Adria. 

"Don't force yourself. You can stop the treatment if you want. I will support you. As I said before, your past is not important to me" ujar Faith cuba menyalurkan kekuatannya kepada gadis itu. 

"But..."

"No but. I will still love you for whoever you are, honey" potong Faith lalu mencium dahi Adria. 

Diam Adria mengeluh kecil. 

'That's not the problem, Faith'

TO BE CONTINUED

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE FAITH: Love Me or Leave MeWhere stories live. Discover now