BAB 14

75 10 0
                                    

Joshua p.o.v

     " Lemah! Macam ni standard Putera Demon yang akan memimpin askar pergi berperang?" Joshua mencebik mendengar kata-kata Hyewon di depannya. Tapi itu kenyataannya. Dia sedang terduduk di tanah kepenatan dan pedangnya terbang jauh darinya sedangkan gadis itu masih berdiri tegak bersama pedang di tangan.

      " Kau sebenarnya apa? Kenapa kau tak nampak penat langsung?" Soal Joshua perlahan. Dia masih penat manakala gadis di depannya seperti tak kepenatan langsung.

     " Heh... Lawan Rima lagi susah dari lawan kau." Balas Hyewon memperli Joshua. Joshua bangun dari duduknya sebelum mencapai pedangnya semula. Dia menatap Hyewon sebelum mengeluh perlahan. Hyewon tersenyum mengejek di tepinya. Dia pilih Hyewon sebab Hyewon yang paling lemah lawan pedang antara semua puteri. Kalau Hyewon boleh kalahkan dia, macam mana dengan yang lain agaknya?

      " Kalau macam ni lah kekuatan kau, baik menyerah jelah jadi salah satu antara tentera Demon. Memang akan kalah kalau ada kau!" Suara Chaewon kedengaran. Hyewon tersenyum senget mendengar suara Chaewon. Seronok dia memarahi Felix. Samalah dengan Joshua, Felix pun tak berapa hebat sangat lawan pedang.

Miihi p.o.v

     " Kau memanah macam mana Putera Doyoung? Cara kau berdiri pun salah sekarang ni..." Kata Miihi perlahan yang berdiri di belakang Doyoung. Doyoung tersengih malu sebelum meletakkan busur memenahnya di bawah.

      " Jadi ajarlah aku macam mana untuk berdiri Puteri Miihi?" Soal Doyoung semula. Miihi menjeling Doyoung sebelum berdiri di sebelah Doyoung berdiri seperti yang selalu dibuat ketika memanah. Doyoung memandang dan mengangguk faham. Miihi mencebik. Kenapa dia sibuk nak menyibukkan diri kat gelanggang memanah kalau dia tak pandai memanah?

      " Aku nak belajar memanah... Kalau kena berlawan dengan Kerajaan kau, tak perlulah takut dengan kau kan? Aku kan ada untuk kalahkan kehebatan memanah kau?" Rupa-rupanya ada sebab tersembunyi Doyoung nak belajar memanah dengan Puteri Miihi. Miihi mencebik perlahan.

     " Buat apa nak berlawan? Bonda kau dengan Bonda aku adik beradik. Gila ke Bonda kau nak serang Kerajaan adik dia sendiri?" Soal Miihi semula. Dia melepaskan satu anak panah menuju ke papan target. Tepat kena pada tanda x di papan itu.

     " Selalu buat latihan dan kau kena ada tempat sesuai untuk memanah kalau kau nak memanah dengan hebat." Kata Miihi datar tanpa perasaan. Tak nak menunjukkan yang dia prihatin tentang Putera Bongsu Demon itu.

     " Nasihat yang baik. Terima kasih Puteri Miihi." Miihi menjulingkan mata tanda menyampah. Dia meneruskan latihan memanahnya dengan Putera Doyoug juga melakukan aktiviti memanah di tepinya.

---------

Petang,

Author p.o.v

      " Jadi, macam mana latihan kamu dengan Puteri Angel hari ni? Ada apa-apa perubahan yang perlu kamu semua ubah ke?" Soal Ratu Jisoo ketika dia sedang bersama dengan Putera-Putera Demon menikmati minum petang bersama-sama. Raja Jinyoung ada lawatan bersama Puteri Eunbi dan Puteri Yuri ke Kerajaan Witch petang itu. Malam nanti baru balik semula ke Kerajaan Angel.

     " Ya. Terlalu banyak kelemahan kami Tuanku Ratu... Kami kena baiki semua tu sebelum latihan seterusnya kalau tak nak kalah dengan Puteri Angel lagi..." Balas Putera Mingyu perlahan. Rasa tercalar maruahnya kalah kepada Puteri Angel sedangkan di Kerajaan Demon, hampir semua askar kagum akan kehebatannya bermain pedang.

      " Baguslah kalau kamu tahu kat mana kelemahan kamu. Doyoung, latihan kamu dengan Miihi macam mana?" Ratu Jisoo memandang Doyoung perlahan. Doyoung menelan air liur terlebih dahulu sebelum meletakkan cawan tehnya di meja semula.

THE  ANGEL AND THE DEMONWhere stories live. Discover now