Bab 1 Billionaire

17.8K 145 16
                                    

[Jasad ini hanya pinjaman. Nafas ini hanya pinjaman. Kehidupan, anak isteri, harta dan darjat adalah pinjaman. Apabila tiba hari yang dijanjikan semua akan pulang kepada pemilik yang mutlak, Allah SWT]
*
*
*
Mula.......

Tahu sekaya apa seorang billionaire? Pasti simpanan mereka telah mencapai sebillion.

Ini adalah kisah orang kaya.

Jadi keluarga Umar adalah sekaya itu. Kaya mereka sejajar dengan sikap mereka yang angkuh lagi sombong. Malah mereka merasa orang miskin itu adalah kerana malas bekerja dan yang tahu cuma meminta minta. Itulah sikap keturunan Megat ini.

Kembali lagi kepada kesombongan seorang megat. Mereka adalah cebisan dari keturunan yang rapat dengan keluarga bangsawan. Jadi mereka begitu bangga dengan keturunan mereka yang membawa gelaran MEGAT. Walhal dimasa zaman nenek moyang mereka, mereka hanyalah orang suruhan istana.

Tapi mereka tidak sedar hal itu kerana harta mereka yang melimpah ruah yang diwarisi sejak dahulu kala.

Bayangkan untuk menempatkan banglo mewah mereka sahaja, beberapa ekar tanah digunakan. Malah mereka ada orang gaji yang terbilang banyak.

Mungkin Umar sendiri tidak begitu mengenali sesetengah dari orang gaji yang ada di dalam rumah itu. Ada orang gaji mereka membawa satu keluarga tinggal di situ. Oleh kerana terlalu kaya, mereka menyediakan rumah untuk orang gaji di dalam kawasan banglo mewah mereka, tetapi diletakkan di kawasan belakang.

Hari ini keluarganya merayakan kepulangan Umar dari luar negara. Orang kaya yang angkuh, mana mungkin membiarkan anak mereka belajar di dalam negara.

Dan Umar, yang telah lahir di dalam kemewahan terus menjadi angkuh melebihi yang lain. Umar bangga dengan ijazah yang diperolehinya.

"Kenapa ada kucing di sini?!!!" Tinggi suara Umar bertanya. Bersama sorotan matanya yang tajam dan wajah bengis. Umar yang tampan, tetapi hilang wajah tampannya kerana selalu berwajah bengis, seperti ayahnya, Megat Ulhaq.

Kelam kabut pembantu rumah berlari mengambil anak kucing itu untuk dibawa keluar.

"Maaf tuan Umar..."

Umar memberi jelingan tajam bersama dengusan marah. Dia tidak kenal pembantu rumah itu. Mungkin pembantu baru. Ah, tak penting pun mereka pada Umar.

Ayah Umar pula merasa Umar adalah anak sulung yang berjaya dan pada Umar lah dia menyandarkan harapan. Umar ada dua orang adik lelaki dan seorang perempuan. Satu perkara yang baik di dalam keluarga itu adalah ayah mereka menggunakan nama nama besar di dalam sejarah Islam untuk anak anak lelaki. Adik Umar bernama Uzair dan Uwais

Ramai tetamu sudah berada di dewan makan yang besar, yang boleh memuatkan seramai 300 orang tetamu. Majlis malam itu hanya menjemput saudara mara terdekat, rakan bisnes dan juga keluarga tunang Umar.

Umar yang begitu pemilih, pasti memilih sendiri. Dia memilih gadis yang bijak dan sudah tentu cantik. Satu sisi Umar yang boleh dipuji, dia tidak suka gadis yang galak, gedik serta seksi. Gadis itu juga perlu dari keturunan yang sekufu dengannya. Maka Putri Zehra menepati citarasa Umar. Gadis itu bukan sahaja cantik, malah dari keturunan Megat juga. Putri Zehra Megat Zainal.

Zehra bijak. Tidak memasuki bidang perniagaan. Dia berkerjaya sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti yang berprestej di negara ini. Kerana jawatan itu, Umar begitu bangga, bakal isteri pasti seorang yang bijak.

Malam itu selain meraikan kepulangan Umar, keluarganya juga ingin menetapkan hari pernikahan Umar dan Zehra seterusnya menwar warkan tarikh majlis itu kepada saudara mara dan rakan bisnes mereka.

Ibu Umar, Puan Umaira bukanlah dari keturunan megat. Hanya orang biasa. Tetapi Megat Ulhaq berjaya membuat semua orang hormatkan isterinya. Tetapi apabila tiba kepada anak anaknya dia mahu menantu perempuan yang dari keturunannya pula. Bernasib baik Umar telah jatuh cinta pada gadis yang betul, Putri Zehra.

Dia wanita Sholehah (Tamat)Where stories live. Discover now