9. Memburu Anjing Puaka

336 5 1
                                    

Setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Mariam. Pak Semaun tidaklah merasa terkejut apabila mendengar apa yang dinyatakan oleh lelaki tua bernama Pak Cik Liki itu. Dia bertambah yakin bahawa dalam perjalanan cucunya ke Ulu Cheka, cucunya itu telah tersesat di Lembah Puaka.

Sejauh mana cucunya itu tersesat, Pak Semaun tidak tahu namun dia tidak ragu sedikit pun terhadap Pak Cik Liki bahawa orang tua itu telah terlibat dengan bencana yang menimpa cucunya. Pak Semaun juga tidak ragu-ragu lagi bahawa keselamatari cucunya itu kini terletak di tangan lelaki tua itu.

Ketika itu dia mengambil keputusan bahawa Tok Empat Sitam tidak sepenuhnya mempercayai apa yang
mereka dengar sebentar tadi. Untuk itu dia terus bertanya kepada Tok Empat Sitam.
"Apa yang harus kami lakukan sekarang?" Ujar Pak Semaun, "demi keselamatan cucuku, aku sanggup mengorbankan nyawaku sendiri jika itulah syaratnya."

"Tak semudah itu, Semaun," ujar Pak Cik Liki dengan suara yang tenang, "kita hanya melakukan beberapa perkara kecil. Mula-mula... Pak Cik Liki tidak meneruskan kata-katanya. Matanya memandang ke arah Tok Empat Sitam lalu menyambung, "apakah isterimu boleh duduk sendiri tanpa dibantu untuk beberapa minit saja?"

Sebelum Tok Empat Sitam menjawab, Mariam yang hairan melihat kemunculan lelaki tua itu di rumahnya terus menjawab. Suaranya masih lemah tetapi begitu tegas. "Selama ini aku telah mempersia-siakan anakku. Sekaranglah masanya untuk aku menebus dosaku terhadanya. Aku sanggup duduk sendiri jika ianya boleh menolong anakku. Aku sanggup duduk selama yang diperlukan malah mati duduk pun aku rela..."

Tok Empat Sitam tidak bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh isterinya. Dia tahu ketika itu isterinya masih sakit. Tubuhnya masih lemah dan tidak bertenaga.

Ketika Tok Empat Sitam cuba membuka mulutnya tiba-tiba Pak Semaun menguis kakinya sebagai satu isyarat supaya Tok Empat Sitam mematuhi kemahuan lelaki tua itu. Tok Empat Sitam menggerutu kemudian dia mengangkat kedua-dua belah bahunya sebagai tanda bersetuju walaupun dalam keadaan separuh terpaksa.

Dia hanya memerhatikan lelaki tua itu dengan pandangan yang mengandungi rasa curiga manakala isterinya bangun dari pembaringannya dengan amat
payah lalu berjalan ke ruang tamu sebagaimana yang diminta oleh lelaki tua itu dan duduk di atas kerusi sambil mengadap pintu masuk dn memandang ke arah luar rumah.

Dengan arahan lelaki tua itu, Tok Empat Sitam pergi membukakan pintu masuk. Daun pintu dibukanya seolah-olah ingin menemani kesunyian dan kegelapan malam bagi memudahkan apa saja yang
berada di luar rumah masuk ke dalam.

Mariam masih duduk walaupun dalam keadaan yang amat payah. Tubuhnya dirasakan terlalu letih dan lemah. Di luar, suasana masih gelap pekat dan matanya ditumpukan ke arah itu.

"Sebelum itu," lelaki tua itu bersuara lembut, "aku perlu mengingatkan kamu semua jika berlaku sesuatu perkara yang di luar jangkaan kamu, kamu semua dilarang sama sekali menyentuh tubuhku maupun benda yang muncul itu nanti walau apapun yang terjadi!"

"Kami akan patuh!" Balas Pak Semaun tanda bersetuju, "ada lagi syarat yang lain?"

"Sepanjang hayatku, aku sudah membiasakan diriku supaya tidak terlalu banyak bertanya. Tentang syarat lain, tidak ada," Lelaki tua itu masih lembut tetapi suaranya ditinggikan sedikit.

"Sekarang aku berharap kamu semua dapat bertenang dan duduk diam kerana aku akan menyatukan diriku dengan tubuh Mariam yang berada di depanku!"

"Apa?" Tok Emat Sitam terpekik.
"Jangan salah faham," Pak Cik Liki segera menenangkan Tok Empat Sitam, "supaya Tok Empat tidak mencurigai aku, biarlah aku jelaskan terlebih dahulu apa yang akan aku lakukan nanti."

Sebelum memulakan tugas pentingnya, Pak Cik Liki berpaling ke arah Mariam yang masih kelihatan penat duduk di atas kerusi. Kemudian dengan suara yang begitu lembut dia bertanya: "Bolehkah awak duduk di situ untuk beberapa ketika lagi?"

Lembah PuakaWhere stories live. Discover now