Kereta Rosak di Rumah Sewa

34.4K 181 3
                                    


Selepas itu dalam perjalanan ke rumah setelah menghantar mama ke pejabat, tiba-tiba jam 9:30 Azi menelefon aku dan mengatakan bahawa kenderaannya rosak. Aku meminta dia menunggu dan aku akan ke rumah sewanya.

Setibanya di rumah sewanya, Azi meminta maaf sebab menggangguku. Dia kata, rakan serumahnya semuanya masih ada kelas. Kelas Azi pula akan bermula jam 11. Dia akan ke kampus jam 9:30 untuk bersarapan sedikit, tapi hari ini macam tak sempat pula.

Terus aku katakan kepada Azi untuk tinggalkan dahulu kereta di rumah dan aku akan hantarkan dia ke kampus. Keretanya akan aku telefon pomen untuk tengokkan nanti.

Dalam kereta, Azi berulang kali berterima kasih kepadaku dan turut meminta maaf. Aku berkata, bahawa aku akan sentiasa tolong adik-adikku selagi termampu.

Azi tersenyum, dan bertanya "abang lama ker duduk rumah mama?"

"Tak taulah, takat ni mungkin seminggu jer kot."

"Ooooo, seminggu. Kenapa? "

"yelah, mana boleh tinggal kakak Amni lama-lama."

"Kakak Amni tak boleh duduk sekali?

"sekolah jauh la Azi, jem lagi."

"oooo Betul jugak."

"Abang okay ker tak duduk dengan kak Amni seminggu?"

"kenapa? Nampak macam tak okay ker?"

"Takdela, saja tanya."

"Seminggu okaylah kot, lama-lama mana boleh."

"Nak melepas rindu lahtuuuu...."

"yelah, orang dah kahwin"

Azi terus menukar topik.

"Abang, best tak kahwin?"

"Hidup Azi, ada yang best ada yang tak best. Tapi, keseluruhannya mestilah best."

"Apa yang best?"

Aku terkelu disitu. Tak akan aku nak jawab pasal seks dengan Azi yang bertudung labuh ini.

"Macam-macam lah Azi, rasa kebersamaan, rasa tanggungjawab, tu semua best. Azi tanya ni nak kahwin ker?"

"entahlah abang. Sekarang ni Azi nak fokus belajar dulu. Lepastu bila ayah dah takde ni rasanya nak Tangguh lagi, nak teman mama"

Yelah Azi, betullah tu.

Baru kami nak bual panjang sikit, akhirnya kami dah smpai ke kampus Azi.

"Azi balik pukul berapa?"

"Takpelah abang, Azi naik grab je nanti."

"eh takpelah. Abang nak pergi panggil pomen kereta Azi, nanti dah siap abang boleh explain pasal kereta tu sekali."

"Ooo okay, Azi balik pukul 3:30. Nanti Azi whatsapp abang."

Selepas itu aku segera ke bengkel terdekat dan membawanya melihat kereta di rumah sewa Azi. Nak aku tengok, aku bukannya reti. Aku duduk saja di tepi.

Sambil itu, ada dua motor dinaiki 4 gadis sampai ke rumah sewa Azi, tengok aku dan pomen ini macam pelik. Mungkin mereka ingat kami pencuri atau lelaki gatal. Tanpa mereka sempat bertanya, terus aku katakan bahawa aku abang ipar Azi, baiki kereta Azi yang rosak.

Mereka faham dan kemudiannya masuk ke rumah. Tak lama selepas itu, seorang gadis wajah ayu, bercermin mata dan bertudung labuh keluar membawa kerusi.

"errr, bang... duduklah dulu."

Aku berterima kasih dan memandangnya berlalu masuk ke dalam rumah, semasa dia memasuki rumah, dia menyelak tirai di pintu dan aku dapat lihat sedikit bayangan Wanita tidak bertudung, masih lengkap berbaju kurung di dalam rumah. Bolehlah, ada lah sedikit 'rezeki'.

Jam 1, kereta tersebut siap dan aku membayar jumlah yang diminta oleh pomen. Kemudian aku ke masjid dan tunggu sehingga jam 3:30.

Belum sampai 3:30, Azi whatsapp aku dan mengatakan bahawa lecturer kelas petangnya tiada hari ini dan dah boleh ambil dia pulang.

"Salam abang, lecturer Azi pukul 2 cancel harini. Kalau abang free boleh ambil sekarang, kalau tak takpe Azi tunggu jer sampai 3:30."

Segera aku membalas bahawa aku akan datang sekarang. Bagus juga, lagi cepat lagi awal aku balik dan boleh pickup mama.

Sampai di kampus Azi, aku memintanya masuk ke kereta dan mengajaknya makan. Kami berbual banyak perkara di kedai makan. Aku juga membuka topik mengenai rakannya yang baik yang memberi aku kerusi untuk duduk sebentar tadi.

"Yang pakai cermin mata ker?,"

Aku mengangguk.

Itu akak Humaira. Itu ketua usrah Azi, dia ketua kat rumah tu juga. Kitorang semua ikut cakap dia. Hafizah 30 Juzu'. Sekarang belajar engineering.

"Ohh, bukan biasa-biasa"

"ye bang, Azi jer biasa-biasa kat situ. Yang lain semua mantap-mantap."

"Eh Azi tu best student sekolah dulu, mana ada biasa-biasa."
"Alhamdulillah, syukur. Itu semua dari Allah. Bukan Azi punya." Azi bercakap dengan gayanya.

"Azi balik bila?"
"Hujung minggu ni Azi balik lah, mama sorang-sorang kan."

"Ohh haa okay, boleh abang melepas rindu dengan kakak ."

Hehe faham tak apa.

"Abang jangan ganas-ganas tau...."

HAHHHH?

"Yelah, kot lah lama tak dapat. Nanti ganas."

"Ish, abang ni lembut jer Azi." Aku cuba berbasa-basi.

"Ye ke bang, dua hari lepas abang ganas ekk. Kak Amni sampai menjerit tu."

"Pukul ker? Abang tak pernah tau pukul kakak kau tu."

"Bukan pukul bang, bunyi katil"

"Azi dengar ker?"

"Semua orang dengar bang. Azi dengan Ira dengar. Lepastu mama pun dengar."

"Alamak, malunya"

'Hehe takpe, Azi faham orang dah kahwin, lama tak dapat pula tu."

"Aik, mana Azi faham?"

"Maksud Azi, Azi faham kehidupan orang berkahwin"

"Eleh yela tu" kami ketawa.

Peneman Keluarga MertuaWhere stories live. Discover now