1

157 11 0
                                    

Nadine meletakkan telur yang baru digorengnya ke atas meja makan dengan tergesa-gesa kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 8. Harini kelasnya bermula seawal jam 9 pagi dan dia tidak boleh melengahkan lagi masa yang ada kerana ia mungkin akan terlambat ke kelas. Dia kemudiannya membancuh teh dan menuangkan airnya kedalam cawan yang sudah disusun dia atas meja.

" Kau masak apa harini"

Terkejut Nadine dengan pertanyaan dari ibu saudaranya yang baru sahaja bangun.

" Kau pekak ke ? Ke bisu ?" soal lagi ibu saudaranya apabila Nadine tidak menjawab pertanyaan darinya.

" Nadine masak mihun goreng dengan telur je harini Mak Ngah, Nadine tak sempat nak masak nasi sebab Nadine ada kelas pagi harini Mak Ngah. Malam nanti Nadine masak nasi ye Mak Ngah" terang Nadine kepada ibu saudaranya. Dia bukannya tidak dengar dengan soalan ibu saudaranya namun sudah terang lagi bersuluh ibu saudaranya boleh melihat apa yang terhidang di atas meja. Ingin sahaja dia membalas " Mak Ngah buta ke ? " namun ia hanya lah berakhir di hati sahaja.

" Kau ni kan, dah tahu kau ada kelas pagi, bangun la awal, siapkan makanan, nak tunggu kau balik, boleh kebulur aku tau tak ?" Ibu saudaranya menunjal kepala Nadine dengan sekuat hati, Nadine hanya memejamkan mata dengan perilaku Mak Ngahnya itu kerana ia sudah terbiasa dilayan seperti itu.

" Kalau Mak Ngah nak makan benda lain, Mak Ngah boleh masak sendiri " balas Nadine sambil mengambil beg kuliahnya yang berada di atas sofa. Dengan cepat dia mengatur langkahnya. Dia kemudiannya menoleh jam yang sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi. Kalau nak bertengkak dengan Mak Ngahnya ini, mau sampai ke besok tak habisnya, entah-entah boleh lebam badannya dipukul oleh ibu saudaranya ini. Bukannya dia tidak tahu perangai gila ibu saudaranya yang satu ini.

" Eh kau sekarang ni dah pandai menjawab ye, memang tak kenang budi betul kan kau, dari kecik aku jaga makan pakai kau, bila dah besar, dah tak ingat jasa orang ke apa ? " Nadine pura pura tidak mendengar laungan dari Mak Ngah nya itu, dia membuka pintu pagar dan kemudian terus sahaja melangkah keluar. Mak Ngah nya memang suka sangat cari pasal dengan dia. Dia pun tidak tahu mengapa Mak Ngahnya benci sangat kepadanya. Entahlah, malas dia hendak memikirkannya, sudah bertahun-tahun dia hidup dengan Mak Ngahnya itu, mungkin dulu ia merasa sedih, namun sekarang dia sudah tidak merasa apa apa, kata kata kasar Mak Ngahnya itu sudah ibarat angin yang lalu sahaja.

...........

" Awal kau sampai harini"

" Awal apa benda kau ni, dah 9.15 kau tak ? aku tadi masuk 9.06 minit, nasib baik Prof takde lagi, ni kalau dia masuk awal, memang duduk luar la kita" jawab Nadine kepada sahabat baiknya yang baru sahaja tiba ke kelas. Harini pensyarahnya masuk ke kelas agak lewat dari kebiasaanya. Nasibnya masih lagi baik. Kalau dia tak bergaduh dengan Mak Ngahnya sudah pasti dia tiba lebih awal ke kelas.

" Kau gaduh dengan Mak Ngah kau tak pagi ni ? " soal sahabat baiknya atau lebih dikenali sebagai Alia Nasuha. Alia dan dia sudah lama bersahabat sejak di sekolah menengah lagi dan sampai lah ke universiti. Semua tentang kisah hidupnya sudah diketahui oleh Alia. Sahabatnya ini sangat memahaminya dan setiap kali dia bercerita mengenai Mak Ngahnya, gadis itu hanya menggangap ceritanya sebagai cerita remeh kerana sudah selalu mendengarnya.

" Macam biasa lah, aku masak mihun goreng hari ini tapi dia tak nak makan.."

" Alaaaaa.., kau blah je kalau dia tak nak makan, kalau dia nak makan, suruh dia masak sendiri" sampuk Alia.

" Eleh, kau berani dekat mulut je, ini kalau  jumpa Mak Ngah aku depan depan, terketar ketir kau, sepatah perkataan pun tak keluar " balas Nadine. Begitula Alia setiap kali mendengar cerita mengenai Mak Ngahnya. Gadis ini memang hebat kalau bab bab mengata Mak Ngahnya. Tetapi dia sangat bersyukur mempunyai Alia dalam kehidupannya kerana gadis inilah tempatnya berteduh, tempat dia meluahkan segala masalahnya. Bahu Alia lah yang menjadi penyandarnya selama ini.

" Cuti ni kau nak kerja apa Nad ke kerja dekat tempat kerja kau sekarang je " Tanya Alia sambil membelek buku nota yang baru sahaja dikeluarkan. Sementara pensyarah mereka masih belum sampai, Alia mengambil kesempatan ini untuk berbual bual dengan Nadine.

" Entah, mungkin kerja dekat tempat yang sama kot " jawab Nadine, apabila tiba sahaja cuti semester, dia memang akan bekerja lebih masa kerana itu sahaja la peluang untuknya mengumpul duit bagi menanggung perbelanjaannya walaupun sudah meminjam PTPTN, namun ia tidak mencukupi kerana keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

" Aku pun nak kerja..."

" Good morning everyone" belum sempat Alia menghabiskan ayatnya, pensyarah mereka telahpun tiba. Alia hanya membuat isyarat mata kepada Nadine akan menyambung perbualan mereka setelah kelas selesai.

" Okay before I forget, those of you who have not yet found a place for the practical, please meet me after the class later. Please don't waste any time fooling about this since it relates to your future. Okay class "

...............

Nadine mengetuk pintu beberapa kali sebelum memulas tombol pintu bilik tersebut. Dilihat pensyarahnya atau lebih mesra dipanggil Dr, Nazia yang sedang tekun memandang komputer ribanya.

" So how's your progress, Nadine ?" tanya Dr Nazia apabila melihat Nadine yang datang bertemu dengannya. Dia kemudiannya menutup komputer ribanya dan memandang Nadine untuk memberikan sepenuh perhatiannya kepada gadis dihadapannya.

" Masih mencari Dr." jawab Nadine singkat. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil menundukkan pandangannya. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Dr. Nazia yang sedari tadi memandang tepat ke arahnya.

"We gave you five months to look for an internship placement, and now there are only two weeks left and you still haven't found one, may I ask why? If there is an issue, Nadine, I can help you. I am responsible for the welfare of each and every one of my students since I am the supervisor for your class during this semester. Please come see me if you have a problem. How am I supposed to know whether you have a problem or not if you don't come to see me"  Terang Dr. Nazia dengan lembut. Dia tidak mahu pelajarnya takut untuk berkongsi masalah dengannya.

" I've sent my applications to a few companies, but none of them have gotten back to me yet"

Dr Nazia kemudianya menghulurkan satu poster kepada Nadine setelah mendengar jawapan Nadine. Nadine meneliti setiap bahagian dalam poster tersebut sambil mengerutkan dahinya. Poster tersebut milik Syarikat Rafeel & co. Rafeel & co merupakan sebuah syarikat akauntan yang agak besar jadi agak mustahil untuk mendapat tempat sebagai pelajar praktikal disitu kerana pada kebiasaanya syarikat yang besar jarang mendedahkan maklumat mereka kepada pelajar praktikal terutama dalam bidang akauntasi ditambah lagi masa yang tinggal hanya 2 minggu.

" I know what you're thinking, Nadine. Sangat mustahil untuk awak dapatkan tempat praktikal dalam syarikat ini dalam masa 2 minggu. Sangat mustahil. Saya nak tawarkan awak untuk jalankan latihan praktikal bukan untuk syarikat ni, tapi anak syarikat ini , lebih kurang branch kepada syarikat ini, awak nak tak ? Info untuk anak syarikat tu awak boleh tengok dekat. internet nanti. Saya bagi masa sampai besok, awak dah takde masa dah ni"

Love, NadineWhere stories live. Discover now