CH 1

2.4K 64 1
                                    

"Adik, dah siap sedia da ka untuk esok? Barang untuk esok dah siap kemas da ka?" Pertanyaan yang semahu mahunya aku elak untuk ditanya akhirnya ditanya juga oleh seorang wanita yang amat aku sayangi iaitu ibu aku.

Eh bukan apa. Aku sebenarnya malas plus takut untuk hadap hari esok. Aihh bagi aku, esok adalah hari dimana aku hidup sebagai anak rantau yang jauh dari keluarga tersayang. Acecece anak rantau laa sangat kan? Padahal nk masuk asrama ja pun, drama lebih ja dia ni.

"Dah, Bu" jawab aku dalam keterpaksaan. "Adik kenapa ni? Adik tak happy ka masuk asrama esok? Ibu minta maaf, Ibu bukan sengaja hantar adik ke sana. Adik tau kan, ibu buat semua ni bukan sebab Ibu tak sayang adik tapi Ibu nak adik berdikari, Ibu nak anak bongsu kesayangan ibu ni pandai uruskan diri sendiri. Sampai bila kan adik nak harapkan ibu dengan ayah kan?" kata ibu dengan nada sedihnya.

"Ibu, adik bukan tak happy. Adik just takut ja bu. Adik tak tau apa yang bakal adik hadap esok. Da la, adik sorang sorang at situ. Ibu ngan ayah tak da nak teman adik. Adik mana pernah jauh ngan korang berdua." kata aku sambil perlahan lahan kepalaku berlabuh atas paha ibu. Manja kan? Itu la tu, macam mana la aku nak duduk asrama ni kawan kawan. Aihh.

"Eh adik ni, manja sangat kenapa? Pergi asrama ja pun, bukannya nk pergi berperang dik oii. Acah ja budak kecik ni bu. Manja sngat dia ni." kata abang Aziq yang entah sejak bila dia ada situ. "Eii abang ni, abang dulu pun sama jaa macam adik, malah lagi teruk kan bu?" jawab aku. Ibu hanya tersenyum sambil mngusap rambut ku. Yang ni yang lemah ni, tak pasal pasal kejap lagi aku tertido macam ni ja. Ibu ni macam tau ja kelemahan aku.

Ye, aku cukup suka bila orang usap kepala aku. Fuhh, boleh terus tido mat. Aihh, ni salah satu point aku malas nak duduk asrama ni. Nanti siapa pulak yang nk usap kepala aku ni. Adoi mat, risau risau.

"Abang ni, bukanya nak bagi semangat kat adik. Bagi down adik ada la kan? Tapi betul la adik, abang dulu time nak masuk asrama lagi teruk tau. Sambil menangis dia" belum sempat ibu nak habiskan kata kata, abang tiba tiba menjerit " Ibu, eishh. Okay okay, abang minta maaf. Abang tak usik adik da. So, ibu jangan erk cerita at budak manja ni. Nanti abang kena bahan dengan dia." kata abang sambil merayu pada ibu.

"Ya ya, ibu tak cerita da. Abang ni pun." jawab ibu. "Oh ya, esok abang ikut tak  hantar adik?" tanya ibu pada abang. "Tak kot bu, esok abang ada hal sikit, ibu dengan ayah ja erk hantar budak manja ni." kata abang.

"Eleh, acah ja kerja abang ni. Padahal nak g dating la tu dengan kak Farah. Takpa, adik memang tak nak pun abang ikut hantar adik. Tak pasal pasal abang bahan adik time otw ecok" kata aku dengan mata tertutup. Ye la, kena usap kot. Tak lama da ni aku, kejap lagi gone ni. Harap harap ibu stay lama sikit la usap kepala aku. Senang sikit, tak payah overthinking pasal ecok. Adoii, pun boleh macam tu.

Tapi anganku musnah disebabkan ibu da mengantok katanya. Ye laa, da pukul 11 malam da. Cepat sungguh masa berlalu. Time nervous macam ni la, masa cepat pun aihh.

Dengan rela hati, aku pun melepaskan kerpergian ibu untuk tido di biliknya. Aihh, drama ja kau ni mat. Mana nya tak drama mat, gementar plus takut ni. Da laa, kena bangun pagi esok. Pukul 9 kena ada da dekat sekolah baru tu.

Dengan pemergian ibu ke biliknya dan abang yang entah bila menyeludup masuk ke biliknya. Takut la tu, aku cerita pasal kak Farah at ibu. Abang abang, takut juga kan dengan adik mu ini. Hahaha bangga kejap aku.

Selepas aku pastikan semua barang aku siap dan tak ada yang ketinggalan. Jam pun da pukul 12 malam, masa untuk tidur. Semoga hari esok dipermudahkan untuk aku. Amiin.

~

Oh ya kawan, sebelum masuknya hari esok. Meh aku perkenalkan diri dulu erk. Lupa plak tadi nak kenalkan diri aku. Ya la, nebes cek ni ha nak masuk asrama esok. Hang tau pa mat. Adoii adoii.
Nama aku Amiera Irdina Binti Afiz, aku ni anak bongsu dari dua beradik. Ha tadi tu abang aku la, Aziq Imran. Abang aku ni, ada klinik sendiri. Dia doktor la katakan. Nak jadi kan cerita, abang aku ni idola aku juga selain ayah aku. Malas nk gitau dia, nanti dia kembang abis punya. Aihh oh ya sambung sambung. Aku ni seorang gadis yang simple, boleh dikatakan jenis ikut flow ja. Aku on ja yang penting benda tu baik laa. Haa gitu. Aku seorang yang pendiam tak banyak cakap. Boleh dikatakan ada topeng la yang aku pakai bila dengan orang luar ni. Tapi bila dengan orang yang betul betul aku rapat ni, topeng aku automatik terlepas. Manja, banyak cakap suka bergurau. Haa macam tu la jadinya bila dengan orang yang aku rapat.

Eh Senior !Where stories live. Discover now