CH 10

1.4K 73 7
                                    

"Woii Miera!" sergah Fiqa.

"Ada juga kang orang kena lempar dekat laut japg" balas aku sambil jeling si Fiqa ni. 

"Uishhh takutnya" jawab Fiqa sambil ketawa.

"Kau nak apa? Kalau tak kacau aku sehari tak boleh ka?" balas aku dengan muka menyampah.

Mana taknya, aku ingat bila minah kerek tu busy dengan aktiviti dia. Tak da la orang nak kacau aku kan. Tapi hampeh, budak budak berempat tu mesti ada. Tambah tambah Fiqa, aihh sehari tak kacau aku tak sah.

Oh ya, lupa. Hari sabtu nanti sekolah aku ada hari sukan. So, ramai la pelajar pelajar yang terlibat. Boleh dikatakan seminggu ni memang kitorang tak belajar la.

Korang mesti boleh agak kan macam mana busynya minah kerek tu kan. Ya la, mana tak busy nya. Atlet harapan rumah Merah kot. Bukan biasa biasa tau Mia Alisha ni. Semua acara dia bantai.

Kalau aku ni, ehhehehe! Aku ni just support ja dari jauh. Malas aku nak berlari lari ni. Penat tau. Tapi aku still join juga untuk markah gitu gitu ja la. Tak mampu nak lebih. N disebabkan tu la, aku kena heret join pembarisan rumah aku iaitu rumah Merah. Ya, aku dengan dia satu rumah sukan.

Kalau tak si minah kerek tu petik nama aku, tak da nya aku nak join pembarisan ni. Penat n stress tau. Tiap tiap petang ada latihan. Yang lagi aku benci tu, budak form 4 yang kena handle nya. Ingat senang ka nak bagi arahan dekat budak menengah bawah ni. Tambah tambah lagi diorang pulak tak duduk asrama kan. Lagi susah la, kejap datang kejap tak. Stress aku mat. Okay sambung.

"Kau ni sikit sikit nak marah. Period erkk?" katanya lagi sambil cuit cuit aku.

Aku diam ja, malas nak layan Fiqa ni. Baik aku sambung tido dulu, kejap lagi nak sambung busy dengan hal hal rumah sukan. Tak sempat aku nak lelap japg.

"Kena palau kita sis!" katanya.

"Aihh sabor ja la, ni haa akak kesayangan kau kirim ni. Benda apa ntah" tambahnya lagi.

Aku apa lagi, terus semangat bangun. Hehehehe! Walaupun aku benci dia tapi tak bermakna aku tak suka dia kan. Aku suka okay. Percaya la, kalau korang tengok macam mana cara dia layan aku sekarang mesti korang nak duduk dekat tempat aku. Mesti jeles punya aihhh.

"Mana Fiqa?" kataku dengan penuh bersemangat.

"Amboii, semangat pulak kau. Tadi bukan main bad mood."

"Cepat laa Fiqa, mana?"

"Hahahaa! Nah, aihhh asal comel sangat perangai kau Miera?" kata Fiqa.

"Eii seram! Kau asal puji puji aku ni!" kata aku sambil ambil barang yang kak Mia bagi tu.

"Haahahhaha! Thanks sebab selalu buat aku terhibur dengan perangai acah cool kau tu. Aku suka suka." katanya sambil ketawa terbahak bahak.

Kurang ajar Fiqa ni. Sedap mulut dia ja kutuk aku.

"Kau jangan sampai aku report dekat Iera nanti." kataku.

"Ehh jangan jangan, aku minta maaf. Eishh spoil mood betul kau ni. Da la, aku nak pegi khemah jap. Kau jangan lelap lama sangat oraite." katanya sambil gerak keluar dari kelas.

Tau takut. Asal mention Iera ja terus takut. Dasar bucin!

Oh ya, barang yang Fiqa bagi dekat aku tadi terus aku ambil. Macam selalu setiap barang yang kak Mia bagi mesti ada note kecil dekat barang tu. Tak kira la, makanan ka, alat tulis ka. Pokoknya mesti ada dong.

Kali ni kak Mia bagi sandwich fav aku dengan air kotak yeos anggur. Uishh ni yang buat aku makin sayang ni dekat minah tu.

   'Kalau penat rehat, bukan tido sampai tak makan!'

Eh Senior !Where stories live. Discover now