2

535 82 23
                                    

"Ini, kopi awak" Masuk saja ke dalam bilik kerja Taehyung.. Secawan kopi diletak ke atas mejanya. Selain bilik tidur dan mini gym, ada juga sebuah bilik untuk dia menyiapkan kerjanya di rumah.

"Daisy"

Baru saja aku hendak keluar, tanganku dicapai oleh Taehyung. Aku menghela nafas berat. Pengakuan apa pula kali ni? Yang bakal menambahkan kehancuran hati aku?

"Kau marah?"

"Entahlah" Aku mahu menyambung langkah, tetapi Taehyung menahan dan dia berdiri semula.

"Tentang apa yang aku cakap malam tadi.."

"Awak nak bagitahu apa lagi?? Awak nak kita bercerai?? Awak ada lelaki la--"

"Oh god.."

"Come on.. You believe me when I said I was gay?? Tak Daisy, I'm lying. Aku cuma terkejut, kau sanggup buat macamtu untuk goda aku. Lagipun, aku ada masalah lain. Dan aku belum bersedia untuk bagitahu kau. Itu je" Ucap Taehyung, aku merengus geram sebelum. bahunya aku tepuk kuat--

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berjam-jam juga aku tenung mesej dari Taehyung pagi tadi, aku tak tahu nak berkata apa...

Husband

Tonight

Malam ni? Kenapa dengan malam ni?

You want me, right? Then I'm yours. Tonight.

"Aish.."

Puan Kim yang minta aku goda Taehyung, dan aku sendiri yang bersetuju.

Dan aku masih tak tahu, kisah silam apa yang dimaksudkan oleh Puan Kim. Dan Puan Kim tak mahu memberitahu, pelik.

11 PM

Aku sudah mula rasa mengantuk, pedulikanlah mesej pagi tadi itu. Dah tentu Taehyung mengusik je.

Lampu tidur dipasang sebelum mata dipejam rapat.

Baru saja hendak terlena, aku kembali sedar tatkala terasa sepasang tangan melingkar pada pinggang. Terus kecut perutku, saat aku memusingkan tubuh. Taehyung sudah berbaring rapat. Aku kaku.

"T-Taehyung.."

Belum sempat untuk berkata lebih, bibirku dipagut. Aku tidak menolak, ini yang aku nantikan.

Sentuhan dari suami sendiri, aku lega. Akhirnya Taehyung mahu bersama aku..

Mungkin dengan cara ini, hubungan kami betul-betul akan menjadi seperti 'suami dan isteri'. Dan wujudnya rasa cinta buat aku dari Kim Taehyung.

Walaupun aku rasa pelik kerana Taehyung nampak berbeza malam ini, lain. Sangat lain. Tapi aku tak peduli.

Saat ini, aku membuka mata kembali tatkala merasa sesuatu jatuh ke atas peha aku, sesuatu yang terkeluar dari poket seluar Taehyung. Tumpuan aku beralih.

Entah mengapa, aku mencapai sesuatu itu lalu dilihatnya dengan sisa cahaya yang masih ada.

"T-Tak.." Aku terkejut, dengan pantas tubuh Taehyung ditolak jauh. Melihat dia merengek dengan mata yang redup, hati aku semakin pedih. Taehyung, awak sanggup ambil pil khayal semata-mata untuk sentuh saya, tanpa awak sedar. Sampai macamtu awak terpaksa?? Kenapa dengan Taehyung sebenarnya--

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mama!" Terhinjut bahu Puan Jung apabila seseorang tiba-tiba menyergah masuk ke dalam rumah.

"Ada apa ni??"

"Apa benda ni mama??" Wajah bengis jejaka itu dipandang. Bukan adik lelaki atau abang Daisy. Tetapi lelaki itu anak dari rakan baiknya. Memang sejak kecil dia rapat dengan Daisy dan memanggil Puan Jung sebagai 'mama'.

[C] Sinful Husband : Kim TaehyungWhere stories live. Discover now