8

416 57 2
                                    

Aku berhenti meronta, entah mengapa aku membiarkan sentuhan dari Taehyung saat ini.

Aku suka, aku selesa.

Namun, Taehyung tiba-tiba berhenti apabila tangannya mendarat pada perut aku. Dengan pantas dia memusingkan tubuh aku agar menghadap dirinya.

"S-sayang.. Kau.." Aku menunduk, Taehyung sudah tahu. Lebih-lebih lagi, kandungan aku sudah masuk di trimester yang kedua dan sudah nampak bentuknya.

"Kau.. kau pregnant??"

"Tak, awak salah sangka" Bohong aku.

"No, Aku tahu. Don't lie to me, Daisy" Aku tak ada apa-apa jawapan atau balasan.

"Kenapa kau tak bagitahu aku?? Ini anak aku, aku patut tahu"

"Kita dah berpisah, untuk apa saya berjumpa awak dan bagitahu tentang kandungan saya?"

"Kalau kau hamil selepas kita baru bercerai.. Jadi.. penceraian kita terbatal. Kita masih lagi suami dan isteri.."

"Ahh.. Yang penting sekarang.."

"I'm gonna be a dad! Terima kasih tuhan" Taehyung kelihatan betul-betul bahagia saat ini. Dan aku hanya berdiam diri sewaktu dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya semula.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Sayang.. Aku minta maaf, aku dah jelaskan semuanya. Aku sayangkan kau, aku cintakan kau. Tanpa kau, aku tak kuat.."

"Tolonglah.. Takkanlah kau masih.."

"Selepas bayi kita lahir, saya nak kita bercerai"

Selepas aku mengatakan itu pada Taehyung, lelaki itu terus pulang. Dia nampak marah. Dan langsung tak datang berjumpa aku.

Tapi, setiap kali waktu aku check up. Taehyung ada sekali. Cuma dia langsung tak bercakap dengan aku, pandang pun tak. Cuma bercakap dengan doktor. Itu je.

Dan harini, sudah tiga minggu juga aku tak berjumpa dengan dia. Mungkin, kami akan berjumpa waktu pemeriksaan di bulan depan pula. Tapi, jumpa seperti orang asing. Tak bercakap.

Apa khabarnya, aku tak tahu. Taehyung tak menelefon atau mesej aku.

Telefon yang berada di dalam tas tanganku bergetar, ada panggilan telefon. Tanpa menunggu lama, telefon aku capai.

"Ibu?"

Ianya panggilan dari Puan Kim. Lantas aku menjawabnya.

"Hello? Ibu? Ada apa call Dais.."

"Daisy, tolong datang ke hospital sekarang. Taehyung demam panas"

.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Makanlah, ibu kata awak kurang makan kan?" Aku menyuakan bubur pada Taehyung. Dia di hospital, panas badannya. Pucat.

Tiada balasan dari Taehyung.

"Taehyung.. maka.."

"Letak dekat situ dulu, aku belum lapar" Taehyung kembali merebahkan tubuh, tetapi berbaring membelakangkan aku. Aku rasa lain sangat waktu ini.

Taehyung betul-betul sedang marah.

"Ibu yang minta saya datang ke sini, sebab aw.."

"Aku tak paksa kau untuk datang, kalau kau tak suka. Balik" Kata-kata Taehyung kedengaran kasar, entahlah. Mungkin aku je yang rasa begitu. Pasti kerana emosi ibu mengandung.

"Daisy.." Puan Kim menegur.

"Y-ya?"

"Hm.. nanti.. Waktu berpantang, ibu nak jaga kamu tau? Duduk di rumah ibu, senang sikit.. Taehyung pun bol.."

"Tak payah, nanti dia sakit hati pula tengok muka Taehyung hari-hari" Taehyung bersuara lagi, semakin pedas. Sehingga air mata aku jatuh. Lemahnya aku??

"Ibu.. Daisy balik dulu ya"

"Tak apa, ibu keluar" Puan Kim seperti meminta aku untuk kekal disitu.

Tetapi aku tetap nak balik, untuk apa aku ada disini jika aku dilayan macamni? Tapi tak apa, aku layak. Salah aku, aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tolak mentah-mentah rayuan dan kata maaf dari Taehyung. Aku pentingkan diri sendiri.

Waktu ini.. Baru saja aku bangun dari kerusi untuk pulang..

"Duduk" Taehyung bangkit dari pembaringan dan bersandar pada kepala katil.

Aku akur, aku duduk kembali. Bibir digigit. Aku takut.

"Huh.."

"Kalau kau bencikan aku. Kenapa kau menangis? Jujur jelah sayang. Kau masih sayangkan aku, kan?" Soal Taehyung sesambil jemarinya naik menyeka air mata dipipi aku. Bohonglah, jika perasaan aku hilang begitu saja buat Kim Taehyung. Di dalam sudut hati, aku masih cinta, masih rindu. Cuma aku ego..

TBC______

.
.
.

[C] Sinful Husband : Kim TaehyungΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα