Bab 4 - Dunia ini tak adil!

4 0 0
                                    

"I have found you!" He said.

"And... I have found you too, " said Cinderella.

And so Cinderella and the prince were married, and they lived happily ever after!"

Sekian cerita dongeng dari Julie pada malam itu.

"Yeah! Jaja like the story!" Jerit Jaja. Adik perempuan Julie yang berusia 7 tahun itu.

"You always did." Usik Julie sambil mencuit hidung comel si kecil.

"Ala, kakak ni suka baca kan Jaja cerita puteri-puteri. Habis Jiji? Jiji kan lelaki. Jiji tak ngam dengan puteri-puteri." Sahut pula adik lelakinya yang juga berumur 7 tahun. Kembar Jaja.

"Eee, biar la. Jaja suka. Kalau boleh Jaja nak setiap hari kakak baca kan cerita puteri-puteri." Bantah Jaja. Dia tersenyum keriangan. Dia suka kalau kakaknya ada di sini sebelum dia tidur.

"Eeee tak aci la. Jiji pun nak dengar cerita juga. Tapi tak nak cerita puteri-puteri." Gaduh si kembar pula.

"Nak juga!"

"Tak nak!"

"Nak juga!"

"Dah-dah. Ya ya ganti-ganti nanti lain hari kita baca buku lain pula eh. Kakak kan ada banyak buku. Nak buku yang mana satu. Nanti kakak baca kan sebelum tidur." Julie berusaha memujuk kedua-dua adiknya; Alif Zikry dan Aina Zahirah.

"Yeah!!" Serentak Jaja dan Jiji menjerit keriangan. Akhirnya terpujuk juga dengan pujukannya. Dia tertawa melihat keletah mereka masing-masing. Langsung tak nak mengalah. Macam dirinya. Memang padan la mereka bertiga adik-beradik.

"Kakak esok kakak nak baca kan Jaja cerita dongeng apa pula?" Tanya Jaja. Julie terdiam. Hari ni merupakan last day sebelum dia berpindah sementara tempat lain.

"Sor-"

Julie, Jaja dan Jiji terdiam seketika. Julie mengeluh keras. Seperti biasa. Jadi lagi.

"Dah kamu berdua. Tidur sekarang. Jangan cuba-cuba nak keluar bilik selagi kakak tak suruh okay. Masing-masing pakai eye mask dan ear muffs yang kakak dah belikan. Selagi kakak tak suruh buka, jangan buka okay." Pesan Julie panjang lebar sebelum dia mencium dahi adik-adiknya satu persatu. Dia turut menyelimutkan badan adik-adiknya.

Tanpa salam, tanpa ketukan terus Julie menerobos masuk ke bilik mommy dan daddynya.

"Daddy! Mommy! Apalagi ni! Bising la. Tak puas lagi ke gaduh semalam. Kitorang nak tidur! Memekak je 24 jam!" Lantang Julie berteriak. Dia dah tak peduli dengan rasa hormatnya terhadap orang tuanya. Dia sudah terbiasa sejak akhir-akhir ni.

"Kau nak apa, hah, Julie! Tak cukup lagi ke kau malukan aku! Sekarang kau nak buat apa pulak?!" Balas Dato' Jahmal dengan suaranya yang cukup bingit.

"I want both of you stop arguing! Sudah-sudah la tu bergaduh. Bising tau!" Dia sebenarnya sudah tidak tahan lagi. Sejak kebelakangan ini, ibubapanya kerap kali bertengkar.

"Kau tak payah masuk campur la hal orang tua. Kau tu dua kali lima je dengan mommy kau ni. Degil. Payah betul nak dengar cakap aku!"

"Daddy pun apa kurangnya. Ingat Julie tak nampak ke daddy pernah berpeluk-peluk dengan betina lain. Who's that bitch?!" Julie menahan marah apabila mengenangkan perbuatan daddynya. Selama ini dia hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Pernah dua tiga kali dia keluar shopping dengan kawan-kawannya ada je dia nampak daddynya dengan perempuan lain. Perempuan itu pula lebih muda daripada daddynya. Mujur kawan-kawannya tak perasan! Tapi entah sampai bila benda tu tersorok. Sebab lambat laun diorang akan tau juga. Benda itu la yang paling dia takut.

"Kurang hajar!" Teriak Dato' Jahmal. Tak cukup dengan itu, dia menampar pipi mulus Julie. Pipinya kebas. Julie hanya memandang tajam ke arah daddynya. Jika dibandingkan dengan sakit tamparan daddynya, sakit lagi hatinya mengenangkan perbuatan terkutuk orang tua itu.

"Abang!" Datin Mawar mula mendekati Julie. Dia turut menyapu-nyapu pipi anaknya itu agar kesakitan pada pipinya berkurangan. Mengalir air mata ibunya melihat suaminya sendiri menampar anak gadisnya semata-semata ingin membela kekasih gelapnya itu.

"Sama ada kau atau pun Julie, tiada siapa yang dapat halang aku! Aku akan kahwini Nisa hujung minggu ni jugak. Dan aku tak perlukan persetujuan engkau pun! Apatah lagi kau, Julie!" Dato' Jahmal terus keluar dari bilik itu. Semakin deras tangisan air mata Datin Mawar. Dia tahu dia tidak boleh berikan apa-apa lagi untuk suaminya. Jadi, dia tidak mampu untuk menghalang suaminya untuk meneruskan rancangannya.

Julie turut keluar dari situ. Dia sudah tak dapat menahan air matanya lagi. Laju air matanya menerobos keluar. Pasu yang ada pada meja dicapainya lalu dia menghampaskan pasu itu ke lantai.

Kakinya mula berdarah akibat terkena cebisan pasu itu. Namun, langsung tak dihiraukannya. Argh! Dia, Azza Zuliana amat benci dengan kehidupannya. Dunia memang tak adil baginya.





.




"Kakak... kakak. Jaja nak tanya satu soalan boleh?"

"What is it?"

"Kan daddy dan mommy dah kahwin. Kenapa... Kenapa diorang tak happily ever after?" 

𝕬𝖑𝖜𝖆𝖞𝖘 𝕾𝖙𝖆𝖞 𝕭𝖞 𝕸𝖞𝖘𝖎𝖉𝖊Where stories live. Discover now