Bab 5 - Pertunangan!

4 0 0
                                    

"So how's the chamomile infusion tea, darling? Sedap?" 

Soal Tengku Maryam dengan lembut. Dipandangnya wajah comel bakal menantunya itu. Macam ada tak kena je pada pandangannya.

Mengenangkan Adrianna langsung tak membuka mulut, Tengku Wafiah Raudhah menyiku perlahan lengan anaknya. Adrianna tersentak.

"Apa, bonda? Ad tak dengar. Sorry, zoning out." Adrianna tersengih. Rasa bersalah.

Tengku Maryam hanya tersenyum. Disisipnya cawannya yang berisi oolong tea itu. Tea kegemarannya.

"Ku Maryam tanya ni. Sedap tak minuman kamu? Yang kamu mengelamun ni kenapa?" Tegur Tengku Wafiah Raudhah. Sejak akhir-akhir ni, mungkin Adrianna masih marah lagi dengannya. Tengok la saja tadi. Kalau dia tak berkeras dengannya, tak kan maunya Si Adrianna ni nak ikut. Selalunya aktiviti ini paling yang dia suka.

"What's wrong with you, darling? Ada masalah kat academy? You don't even touch your favourite macaron. Adrianna suka kan this lavendar-honey macaron kan?" Tanya Tengku Maryam lagi. Suaranya masih sama dengan pertanyaan pertamanya tadi.

"Yeah-yeah. Ad suka. Cuma Ad rasa macam tak sedap badan pula tiba-tiba. Agaknya nak period kot?" Bohong Adrianna. Dia terpaksa. Walhal baru tiga hari lepas dia dah habis datang bulan. Senyuman terpaksa turut dilontarkan.

"Adrianna tak bagitau Ku Maryam pun. Kalau Adrianna bagitau Ku Maryam boleh cancelkan tea time kita ni. Sakit senggugut?" Risau Tengku Maryam.

Rasa kesian la pula Adrianna dengan bakal ibu mertuanya itu. Adrianna cuma menggeleng perlahan. Kalau la benda tu tak jadi mesti dia dengan Tengku Maryam masih lagi rapat macam dulu-dulu. 




.




Baju peplum berwarna ungu muda sudah indah terpasang pada badan si pemakai. Rambut hitamnya yang ikal mayang separas pinggang ditambahkan lagi dengan secepit rambut yang bertatahkan kristal. Sehelai selendang berwarna sedondon dengan baju turut disarungkan pada kepala. Wajah pula diserikan dengan sedikit solekan memandangkan wajahnya yang sudah sememangnya ayu.

"Sayang, kamu jangan la monyok macam ni. Tak elok dipandang orang. Tak manis. Nanti orang sangka kamu kena paksa pula." Pujuk Tengku Wafiah Raudhah. Dielusnya perlahan-lahan rambut panjang Adrianna.

"Bonda, don't you see?" Marah Adrianna. Namun suaranya masih diperlahankan. Dia masih menghormati bondanya.

"Jangan la marah-marah macam ni. Kalau Ku Maryam nampak macam mana? Tak ke dia takut nak sarung cincin kat tangan kamu?" Gurau Tengku Wafiah Raudhah itu. Namun, hampa. Sikit pun anaknya tak tersenyum.

"Bagus la. Biar Ku Maryam lari. Tak jadi tunang hari ni. End of story. Happily ever after."

"Haih. Apa cakap macam tu. Tak baik. Kamu sayang kan dengan Ku Maryam. Kenapa pula tiba-tiba macam ni."

"Tu dulu. Sekarang tak lagi. Bonda, Ad ni nak Ku Maryam tu jadi mama angkat Ad je. Bukannya sampai nak jadi mak mertua."

"Hish cakap sembarangan lagi. Kalau Ku Maryam dengar kamu ni. Tak ke kecik hati dia? Dia sayang kan kamu tu sangat-sangat tau. Sampai kan dua orang anak lelakinya cemburu dengan kamu."

"Cuba terang kan dengan bonda. Apasal kamu dah tak suka dengan anak Ku Maryam tu?"

"Euw! Since bila pula Ad cakap Ad suka dengan anak dia tu? Ad tak pernah cakap okay!"

"Kamu tak payah nak euw-euw bagai. Kamu tu paling rap-"

Belum sempat Tengku Wafiah Raudhah menghabiskan kata-katanya terdengar ketukan pintu bilik Adrianna.

"Maaf mengganggu, Ku Raudhah. Pihak lelaki dah sampai. Diorang dah ada kat bawah." Ujar sepupu perempuan Adrianna.

"Oh, Jennah. Ya, masuk-masuk. Iring Adrianna ni. Jangan bagi dia lari pula." Gurau Tengku Wafiah Raudhah. Walaupun dalam hatinya ada rasa takut. Nanti betul-betul pula Adrianna ni lari. Dia bukannya tak tahu perangai anaknya yang seorang ni.

"Now, give me your princess smile." Ujar Tengku Wafiah Raudhah sambil memegang dagu satu-satu puterinya itu. Dengan akur, Adrianna hanya mampu tersenyum. Secara terpaksa. 





.




"Adrianna... Kamu menghayal lagi? Dah salam Ku Maryam. Kita dah nak balik dah ni. Ingat kan esok dah nak berangkat kat tempat baru boleh la lama-lama sikit dengan Ku Maryam. Kamu diam pula. Tak bising pula macam selalu-"

Dan sekali lagi Adrianna mengikut saja arahan bondanya. 

𝕬𝖑𝖜𝖆𝖞𝖘 𝕾𝖙𝖆𝖞 𝕭𝖞 𝕸𝖞𝖘𝖎𝖉𝖊Where stories live. Discover now