Bab 1

243K 7.3K 1.8K
                                    

"Dhia Raihana! Bangun cepat! Kamu cakap nak teman ibu dengan babah ambil abang kamu dekat airport!" Tempik Puan Insyirah. Selimut yang di balut pada badan anak daranya Puan Insyirah tarik kasar.

"Bangun Dhia! Dah lambat ni, nanti lama pula abang kamu tunggu dekat sana."

"Ibu pergi ajelah, Dhia nak sambung tidur."

Puan Insyirah cekak pinggang. Menahan marah. Semalam bukan main anak daranya itu berjanji untuk ikut sekali. Sekarang?

"Jangan banyak alasan! Babah kamu tu dah tunggu dari tadi. Cepat siap! Ibu bagi kamu sepuluh minit untuk bersiap." Kata Puan Insyirah sebelum keluar dari bilik anak daranya.

Dhia bermalas-malasan di atas katil. Dia bergolek-golek dari hujung katil. Wajah cemberut di tayangkan. Itulah akibat tidur lambat semalam. Rasanya dia baru saja melelapkan mata. Dhia mengeliat kecil.

"Argh malasnya! Kenapalah aku berjanji dengan ibu dan babah semalam?" Akhirnya dia bangun dari katil. Tuala yang bersangkut di capai dengan mamai. Bilik mandi di tuju.

Selesai membersihkan diri, Dhia hanya mengenakan kemeja putih dan juga slack berwarna hitam. Tudung bawal bercorak menjadi pilihan. Apabila merasa puas dengan penampilan diri, Dhia keluar dari bilik.

Turun saja kebawah, wajah ibu dan babah sudah bertukar masam. Mungkin lama menunggu ketibaan puteri bongsu yang di kasihi turun datang menjelma. Dhia tersenyum manis. Demi memujuk.

"Maaf ye ibu, babah. Adik terlajak tidur tadi."

"Terlajak tidur la sangat!" Balas Puan Insyirah. Dhia ketawa kecil. Tahu disebalik jelingan ibunya itu hanyalah gurauan semata-mata. Gurauan manja. Awal lagi Encik Zubair meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Malas mahu melayan drama dari anak bongsunya itu. 

Tanpa membuang masa, Dhia meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Hati bertukar ceria kerana abang kandungnya akan pulang semula ke tanah air setelah bertahun-tahun di arah bertugas ke luar negara. Akhirnya pulang juga teman gaduhnya. Rindunya dia terhadap abang kandungnya semakin menggebu-gebu.

Sepanjang perjalanan, Dhia hanya sibuk melihat akaun sosial medianya. Ralik dia melayari akaun sosial medianya.

Sampai saja di kawasan lapangan terbang, anak mata mengeliar-liar  mencari susuk tubuh abang kandungnya.

"Mana abang ni ibu? Dari tadi lagi mata adik ni tengah cari. Tak jumpa pun." Adu Dhia dengan nada manjanya.

"Sabarlah, nanti keluarlah abang kamu tu."

Dhia mencebik. Dia terus mencari di mana susuk tubuh abangnya.

"Ha ibu! Itu abang!" Laju kaki Dhia berlari menghampiri ke arah susuk tubuh yang di kenali sebagai abang kandungnya. Tubuhnya Dhia peluk erat.

"Dhia rindunya dekat abang!"

Darwish tergelak kecil. Dia membalas semula pelukkan dari adik bongsu kesayangannya

"Abang pun rindukan adik abang yang manja seorang ni."

Puan Insyirah dan Encik Zubair menghampiri ke arah anak lelaki mereka. Badan yang agak sado di tepuk-tepuk oleh Encik Zubair. Salah satunya anak lelaki yang dia ada. Pewaris negara dan juga penerus keluarga.

"Babah, ibu." Kedua-dua orang tuanya Darwish peluk erat.  Rindu tak terhingga.

"Apa khabar Kapten Darwish?" Soal Encik Zubair. Dia menyuakan tangan untuk berjabat tangan.

"Khabar baik Jeneral Zubair." Balas Darwish bersama senyuman kecilnya.

Puan Insyirah menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis.

HIS CODE NAME: ALPHA  ( TERBIT )Where stories live. Discover now