Bab 5 - penyingkiran 1

233 11 0
                                    

"Jadi,diorang memang dah datang?" Seseorang bertanya kepada adik beradik nya dengan wajah kosong. Abangnya,Kairi yang berada di sebelah hanya menganggukkan kepalanya. Di tangannya,terdapat dua buah hologram yang menghubungkan mereka dan dua orang lagi adik beradik.

"So,apa abang dan kakak nak buat sekarang?"Lelaki berambut putih itu bertanya.

"Huh,kami takkan buat apa apa. Kami akan teruskan dengan misi asal then,keluar dari situ. Walaupun kalau boleh,akak nak je bunuh diorang kat situ jugak!"Kata Rose dengan penuh kegeraman.

"Sabar,Rose. Fokus pada misi." Zariq berkata tegas kepada si kakak.

"Tch,aku cuba."

"Tapi,Ali tak rasa semudah tu je." Ali berkata.

"Semestinya. Diorang dah perasan akan penyamaran kitorang dari first glance. Memang tak boleh buat apa." Rose berkata.

"Sebab tu,kena jaga jaga. Pastikan tak buat silap. Diorang licik." Zariq berkata.

"Dah,Ali rehat je dulu. Kitorang kena cau dulu. Bye.

Assalamualaikum." Salam dari kedua dua kakak dan abang itu dibalas.

"Ali rasa tak sedap hati. Diorang. Pastinya akan cuba ambik alih tempat kakak dan abang. Abang tahu kan,macam mana perangai diorang." Ali memandang abangnya yang hanya diam. Kairi menganggukkan kepalanya menandakan dia tahu.

"Hah...tapi macam yang kakak Rose katakan,kita tak boleh buat apa apa..." Ali pasrah.

"Abang,nak makan. Lapar lah...." Ali berkata sambil membuat wajah merayu kepada abangnya.

Kairi hanya menganggukkan kepalanya dan keluar untuk memasak makanan Ali.

Semasa dia turun ke bawah,seseorang menekan loceng pintu.
Ting tong

Tanpa ragu ragu,Kairi membuka pintu tersebut.

Setelah pintu dibuka,seseorang berambut blonde masuk tanpa berkata apa apa dan memasuki sebuah bilik diikuti Kairi.

Sebaik sahaja masuk,Kairi mengambil wayar pengecas dan meletakkan nya pada tempat penyecas pada seseorang itu. Tidak,ianya bukan orang. Tetapi robot semata-mata. Kalau tidak dilihat secara teliti, ianya akan kelihatan seperti seorang manusia.

Setelah selesai, Kairi keluar untuk ke dapur dan memasak pula.

Malam itu,

Di sisi adik beradik Ali.

"Macam yang kita dah bincang,pastinya 'diorang' akan cuba untuk singkirkan kita. Jadi,kita kena ambil langkah berhati-hati. Fokus pada misi,bukan pada mereka." Zariq memandang ke arah Rose.

"Abang jangan pandang pandang. Tahu lah perli. Huh." Rose memandang ke arah lain.

"Sudah,jom kita masuk bilik. Ali dah tertidur dah." Zariq sebagai abang pertama mereka, mengangkat Ali yang kecil bagi nya itu, masuk ke bilik.

"Ok lah. Selamat malam guys." Rose dan Kairi juga memasuki bilik masing masing.

Keesokan harinya.

Ketika adik-beradik itu sedang ingin keluar untuk ke MATA,

"Eh,apa korang buat kat sini? Tak ada kelas ke?" Rose bertanya kepada dua orang berlainan jantina yang sedang menunggu di hadapan rumah mereka itu.

"Tak ada kelas,kak Rose. Kitorang datang nak jenguk Ali."

"Ha'ah. Sambil sambil tu,boleh lah saya rawat apa yang perlu."ucap seseorang sambil menunjukkan kit keselamatan yang di bawa.

"Tambahan pula,kalau kitorang ada kat sini, abang Kairi boleh pergi 'sana' jugak. Tak de lah terperap je abang Kairi dalam rumah."

1 ~ Ali's Secret Family(EA)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz