Curiousity

3 0 0
                                    


Riak wajahnya berubah-rubah. Jadi begini rupanya kita ingin mengetahui reaksi seseorang, dengan melihat riak wajahnya. Sekejap dia kelihatan serius, sekejap dia tersenyum, sekejap lagi dia macam bosan apa yang dia fikirkan sekarang..? Ya, dari tadi aku menenung lelaki yang sedang duduk dihadapan aku sekarang. Dia duduk dengan selesa sekali, tangan disilang pada dadanya. Kami sekarang berada di cafe library. Mungkin dia tidak tahu yang aku adalah orang yang dia cari. Kalau tidak, sudah lama dia mengutarakan niatnya kesini.

"Unnie, ini air unnie", Chaehyun tiba-tiba menerja di sebelahku. "Dan ini air untuk Producer Choi", kedua-dua minuman berada pada tuannya. Tadi Chaehyun pergi belikan air untuk kami semua. Lelaki itu menghirup caramel frappucino itu. Sekali lagi, riak wajahnya berubah seakan-akan dia menikmati minuman tersebut. Comel sekali wajahnya.

"Kamu berdua adik-beradik ke?", tanya dia dengan serius. Aku hampir tergelak mendengar soalannya.

"No.No.No. Saya sekretari dia", cepat-cepat Chaehyun membetulkan faktanya sambil jari telunjuknya digoyangkan berkali-kali tanda tidak!

Kali ini, kedua keningnya bertaut. "Jadi sekarang ni mana Writer Liz tu?", terus Chaehyun menuding jari telunjuknya pada aku. "Ahhh, kau rupanya", baru lah kedua keningnya mendatar semula sambil dia tersengih kecil. Mungkin dia rasa malu. Aku semakin suka melihat wajahnya yang berbagai-bagai reaksi.

"Sebenarnya, ada apa PD-nim nak berjumpa dengan unnie?", Chaehyun kembali pada inti patinya.

"Saya cuma nak bincang tentang projek dokumentari Liz Jakga-nim", jawabnya dengan berhati-hati. Dan aku tak sedar yang jawapan itu diajukan kepada aku kerana dia memandang aku.

Dan aku tersedar dari lamunan bila Chaehyun tiba-tiba memanggil aku sambil menepuk bahuku berkali-kali. Aku terus menundukkan pandangan. "Sejak bila unnie berniat untuk buat dokumentari ni?". Ah! Aku lupa yang aku tak bagitahu Chaehyun tentang perkara ini, lagipun aku baru tahu semalam. Apa yang harus aku katakan?

"PD-nim... apa yang perlu kita bincang?", aku mengelak soalan Chaehyun. Wajah lelaki itu sekali lagi aku padang tapi kali ini aku ingin berbual serius dengannya.

Dia menghirup minumannya sekejap. "Saya cuma nak tanya, Jakga-nim tak keberatan ke kalau shooting start next week?". Bwo?!? Minggu hadapan?? Setahu aku, belum ada keputusan yang muktamad dari aku sama ada aku ingin atau tidak. Ini mesti kerja appa. Dia yang sign contract sebagai wakil aku.

Aku jadi buntu untuk menjawab. "Unnie sekarang nak jadi artis pula ke?", perempuan disebelah aku ini kembali bersuara. Lelaki itu tergelak kecil mendengar soalan Chaehyun. Comel sekali senyumannya.

"PD-nim, im really sorry but can you postponed the shooting for one week more...?", wajahku automatik tertunduk kerana aku terlalu malu untuk merayu padanya. Aku masih tidak ada kata putus dan mereka nak mulakan minggu depan? Dalam keadaan aku tak bersedia?

Dia diam seketika. Dan dia mengangguk tanda setuju.

I Can See You [FanFiction]Where stories live. Discover now