His Sister

5 0 0
                                    

"appa! kenapa selalu buat keputusan tanpa persetujuan Jiwon dulu!!?"

Sebaik sahaja appa mengangkat panggilan aku, terus aku lemparkan soalan aku dengan geram, Chaeyun yang berada disebelah aku hanya berdiam sahaja. Aku sangat marah sekarang kerana ini bukan kali pertama appa berbuat sebegini. Sudah banyak kali dan aku tidak tahan lagi. Aku juga punya hak untuk memilih kenapa harus melakukannya tanpa pengetahuanku?

"apa yang kamu maksudkan tu, Jiwon?", soal appa dengan nada yang clueless sekali dan itu buat aku lagi geram. 

"boleh pula appa tanya mcam tu?!"

"betul, dear appa langsung tak tahu apa ynag kamu maksudkan sekarang ni", jelas nadanya seolah-olahnya dia langsung tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. 

"appa kan yang sign contract untuk projek documentari tu???"

"bila masa?? bukan appa, sayang", dia cuba mengelak lagi.

Aku mendengus geram. "Habistu siapa?"

"OMMA...."

________________________________________________________________________________

Aku diam, tidak berkata apa-apa. Omma sedang menyediakan makanan untuk aku. Memang sudah menjadi tabiat dia setiap kali lunch, dia akan datang ke office aku untuk makan bersamanya. Dia tidak pernah langsung terlepas makan siang aku. Bagaimana kalau aku makan? Aku bukan la orang cacat, aku boleh makan sendiri tanpa sesiapa tolong aku. Hidu dari bau aku tahu ini kimchi fried rice, kesukaan appa.

"tadi kamu cakap apa dengan appa kamu?", pmma mula bersuara.

"pasal dokumentari Jiwon", jawab aku berharap yang dia sebenarnya tahu perbualan aku dengan appa tentang apa.

"jadi kamu setuju?"

"jadi omma setuju?", tanya aku dengan sarkastik tanpa melihat lagipun aku memang tak boleh pun. Ada jeda sekejap sebelum dia menjawab soalan aku. Aku sangat speechless, kebiasaanya omma la yang sentiasa dengar pendapat aku tapi kenapa kali ini...

"omma kenapa tak tanya pendapat Jiwon dulu?"

"dan pendapat kamu tetap sama? Kamu takkan terima kan?", nada omma sedikit tinggi kali ini, dia pasti kecewa dengan keputusan aku.

"tapi omma patut tanya Jiwon dulu", menegakkan pendapat aku semula.

Kali ini, omma tidak membalas. Suasana menjadi sunyi. Aku mengeluh kecil. Aku langsung tak faham kenapa aku harus lakukan perkara seperti itu dan kenapa mesti sekarang?

"Jiwon... omma mimpi kamu boleh melihat semula"

"itu takkan terjadi, omma"

"tak, Jiwon kali ni omma mimpi seperti yang halmeoni kamu cerita sebelum ini kamu-"

"yang akan ada seorang lelaki sahaja yang Jiwon boleh lihat?", aku sangat marah sehingga aku tak sedar aku potong percakapan omma. Sudah banyak kali omma mimpi seperti itu tapi itu cuma mimpi, tiada apa yang akan berubah.

"JIwon, omma yakin-"

"OMMA, Jiwon bukan budak kecil lagi untuk percaya semua itu"

Keadaan menjadi hening mungkin kerana nada aku yang agak lain. Aku berasa sangat marah bila omma selalu mengharapkan sesuatu yang dia tahu tidak akan berlaku. Tiba-tiba aku dengar suara pintu dibuka dan bayangan omma di hadapan aku sudah tiada. Dia pergi. Aku mengenggam kuat tangan aku. Aku tak boleh...

THROWBACK

"Halmeoni, kenapa halmeoni suruh Jiwon baca puisi yang halmeoni buat?". Aku dapat melihat bayangan halmeoni yang berada di hadapan aku sedang membaca buku. Sekarang ini, halmeoni sedang mengawasi aku supaya aku tidak lari daripada membaca. Aku rasa ini sudah kali ke-7 aku bertanya soalan pada halmeoni tapi halmeoni langsung tidak menjawab. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Can See You [FanFiction]Where stories live. Discover now