TUAN ZIYAD| BAB 5

81.4K 4.2K 426
                                    

"HUH? Minta maaf?" gugusan buah dokong itu terlepas lemah dari pegangan Zya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HUH? Minta maaf?" gugusan buah dokong itu terlepas lemah dari pegangan Zya. Ziyad minta maaf? Dia sedang bermimpi atau apa? Biar betik, nangka dan durian?

"Aku tak ulang dua kali." Balas Ziyad lalu melarikan wajahnya jauh daripada Zya. Dia sanggup mengetepikan harga diri dan egonya itu semata-mata untuk menagih secebis kemaafan. Namun, selepas melihat reaksi tidak percaya Zya itu, dia rasa seperti mahu menarik kata-katanya semula.

"Ulang aje la. Malu-malu kucing pulak."

Sepi sejenak.

Tanpa disedari, Zya menghela satu nafas panjang. Rasa kusut di fikirannya itu kian berkurang. Kalau Ziyad sudah memohon maaf, itu bermaksud semuanya kini sudah kembali ke landasan yang benar bukan? Pasti lelaki itu sudah memutuskan untuk melupakan kisah lama mereka. Dia berharap Ziyad tidak akan mengulangi lagi sikap tidak matangnya itu.

"Okay. Pergi la balik dulu. Mama dan papa saya balik malam sikit. Lepas habis berniaga. Kalau tuan tak nak balik, tuan pergi la duduk rumah saya dulu. Borak-borak dengan Zakwan. Saya takut orang kampung curi-curi intai kita. Tak manis." Zya mencapai semula buah dokong dari atas tanah. Usai itu, tatapannya jatuh pada wajah kacak Ziyad. Dari tadi lagi menjeling ke arahnya.

"Kenapa cepat sangat majlis kau dan Redza? Tunang bulan depan. Nikah pulak tiga bulan dari sekarang. Kenapa?" soal Ziyad dengan ton suara bekunya.

"Saya sengaja nak awal. Lagipun benda baik kan? Buat apa nak tunggu lagi kalau betul-betul dah sayang?" Zya mengupas lincah buah dokong lalu mencampakkan kulitnya ke tanah. Dia melirik sekilas ke arah Ziyad. Lelaki itu tampak maskulin. Asyik berkemeja saja.

"Kau pregnant?" tukas Ziyad laju.

"AllahuAkbar! Ke situ pulak yang fikirnya. Pergi la duduk dengan Zakwan dekat rumah sana!" Zya menghalau dengan mimik wajah sebal. Yang majlis elok dan suci, dia kata mengandung anak luar nikah pula.

Ziyad tetap berdiri tegak di situ. Tiada langsung tanda-tanda ingin mengorak langkah ke kawasan rumah Zya. Namun, dia malah menghayun langkah setapak demi setapak ke arah gadis itu. Zya sebagai menantunya? Kedengaran agak aneh. Yang pasti, gadis itu tidak boleh berkahwin dengan Redza.

"Kenapa dengan tuan ni?" tubuh Zya itu terasa kecil di hadapan Ziyad. Renungan tajam jejaka itu sangat berbisa. Tidak mampu berhadapan lagi dengan Ziyad, ada satu getaran kecil yang menguasai dirinya.

"Kalau kau nak majlis awal sangat, aku boleh buat kau pregnant." Ujar Ziyad bersuara serak. Kepala Zya dan dadanya itu berjarak seinci saja. Kalau dia cekup, memang berbulan madulah di sini.

"Buat sa... saya apa?" ucapan Zya itu terjeda. Wajahnya memanas bahang dan rona pipinya itu pula jadi merah padam. Sudah seperti tomato masak. Tadi minta maaf tapi sekarang ini apa?

"You won't believe how many naughty fantasies I've had about you. I can make you feel good, Zya. Hm?" lengan sasa Ziyad itu lincah melingkari pinggang ramping Zya lalu jari telunjuknya itu bermain lama di tulang belakang gadis itu yakni lokasi yang paling disukai Zya. Sensitive spots.

TUAN ZIYAD| TERBIT ✓Where stories live. Discover now