『11』

770 55 3
                                    

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟷𝟷: 𝚈𝚘𝚞 𝚑𝚘𝚕𝚍 𝚝𝚑𝚎 𝚝𝚛𝚞𝚝𝚑 𝚋𝚞𝚝 𝚢𝚘𝚞 𝚌𝚑𝚘𝚘𝚜𝚎 𝚝𝚘 𝚕𝚒𝚎

Sejak daripada awal pagi lagi, wajah gadis itu muram

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Sejak daripada awal pagi lagi, wajah gadis itu muram. Daripada dia mula menjejaki kaki masuk ke dalam pejabat Khaleel sehingga sudah siap separuh tugasnya, sepatah kata pun tidak bunyi dari mulut gadis itu. Seperti dia dalam dunia dia sendiri dan Khaleel dalam dunianya saja.

Dan ini bukan perkara biasa yang terjadi antara mereka. Sepanjang dua minggu gadis ini bekerja sebagai personal office maid, Qaisarah sudah berani juga berbual dengannya kadangkala. Tanya khabar, tanya kerja yang sedang disiapkan, tanya aktiviti dan mesyuarat perlu dia hadiri. Paling tidak pun mesti tanya dia sudah menjamah makan atau belum.

Namun tidak hari ini. Gadis itu seolah-olah bisu. Dan Khaleel tidak biasa. Tidak selesa. Tidak suka. Rasa tak kena!

Rasa tidak sempurna harinya tidak mendengar suara gadis itu. Rasa bagaikan dia kehilangan serpihan kebahagiaan dalam hidupnya.

Khaleel tunduk, memaku pandangan ke permukaan material kayu walnut meja kerjanya. Sudah lama dia tidak mengalami perasaan ini.

Beberapa tahun lalu, perasaan ini pernah wujud. Tapi sayangnya dipatah patahkan oleh seseorang yang tidak mengenal erti cinta dan kesetiaan. Akhirnya perasaan itu mati, terkambus dalam penjuru hati sebelum muncul Qaisarah menumbuhkan rasa itu semula.

Dari ekor mata, Qaisarah sudah menutup muka keras fail tebal itu, menandakan tugasnya jeda. Akan disambung selepas rehat nanti.

Di susun fail tersebut sebaris dengan fail yang sudah siap dikemaskini. Tubuh kecil itu mengatur langkah ke arah tote bag yang disangkut pada tiang penyidai kot tepi pintu. Mengeluarkan sesuatu.

Khaleel nampak peluang.

Qaisarah berura-ura menuju masuk bilik tidurnya. Untuk menunaikan solat seperti biasa. Telekung pemberian Khaleel kepada Qaisarah sewaktu pertama kali mereka bersua muka, nampak dipeluk ke dada.

Tanpa berkira-kira lagi, masih statik atas kerusi, Khaleel melontar suara serak basahnya.

"Kau masih tak sihat ke?"

Sepasang mata melekat pada skrin komputer saat soalan diajukan. Tipikal gaya Khaleel bercakap dengan Qaisarah. Tidak mahu pandang muka sangat.

Kaki Qaisarah terpasak atas karpet pejabat itu sebelum dia menoleh perlahan.

"Eh tak, saya okay dah. Sakit kepala haritu tak datang lagi dah." Balasnya, nada biasa walaupun hakikatnya terserlit getaran. Kerana diajukan soalan tiba-tiba ketika dia sedang dalam fikirannya.

"Pergi klinik haritu Dr cakap apa?"

"Kurang rehat je..."

"Ke banyak berfikir?"

The Lost Girlحيث تعيش القصص. اكتشف الآن