『23』

665 46 4
                                    

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟸𝟹 - 𝙾𝚗𝚎 𝚜𝚝𝚎𝚙 𝚌𝚕𝚘𝚜𝚎𝚛

-

Kakinya masih setia berlipat di atas sejadah walaupun solat sunat yang didirikan sudah selesai 10 minit lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kakinya masih setia berlipat di atas sejadah walaupun solat sunat yang didirikan sudah selesai 10 minit lepas. Tangan pula menutup buku panduan solat itu sebelum meletakkan ia ke sisi sejadah.

Hari ini perasaan resah gelisah, takut dan kesedihan yang mendiami jiwa selama beberapa hari ini, semakin beransur pergi. Damai itulah yang digambarkan sekarang ini. Yang kini tinggal hanyalah sebuah ketenangan yang dicari-cari.

Entah mengapa selesai menunaikan solat sunat dia seperti tidak mampu mengangkat tubuh dari sejadah dan kembali tidur. Dia selesa begini. Merenung setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya sejak akhir-akhir ini.

Kehidupannya sekarang dan empat bulan lepas berubah 360 darjah tanpa sekalipun terlintas dalam fikirannya bahawa dia akan sampai ke tahap ini.

Pandangan jatuh pada telekung yang dipakai. Daripada meminjam barang dan pakaian Ainul, sekarang dia meminjam daripada Aisyah pula. Hanya beberapa helai t-shirt dan seluar saja kepunyaannya. Yang lain, bukan milik dia.

Memang pahit menerima hakikat bahawa hidupannya sekarang serba banyak bergantung atas orang lain. Dia benar-benar tidak punya apa-apa ketika keluar daripada kelab malam itu. Ketika Khaleel membeli dan membebaskannya seperti seekor burung yang akhirnya dapat mengepakkan sayapnya setelah sekian lama dikurung dalam sangkar pada malam itu.

Keluhan meluncur keluar di antara dua ulas bibirnya yang kering.

Serta merta mata tertacap pada buku panduan solat tersebut, dan wajah si pemberi muncul di fikiran. Perbualan mereka pada hari terakhir Khaleel melawat dia di rumah itu, berlegar-legar dalam gegendang telinga.

Bukan perbualan mereka yang bertukar air mata di belakang rumah pada petang itu tetapi sewaktu Khaleel hendak meninggalkan rumah itu. Di pagar rumah, dia memberikan kata putus kepada lamaran Khaleel.

"Saya terima lamaran awak Khaleel."

Terhenti kasut kulit Khaleel yang baru hendak melangkah masuk kereta. Kedua matanya tidak berkedip merenungnya. Nampak sangat terkedu.

"Apa kau cakap? Aku tak dengar." Pinta lelaki itu agar dia mengulangi kata-katanya walaupun dia cukup yakin, Khaleel sudah mendengar dengan jelas.

"Saya terima lamaran awak. Saya setuju nak jadi isteri awak."

Tidak pernah selama ini dia melihat senyuman manis Khaleel selebar itu, sehingga ke telinga dan hari ini dia menyaksikan lelaki itu menjadi lelaki paling bahagia dalam dunia ini. Masih melekat lagi dalam memorinya ketika mata hazel itu bersinar-sinar, teruja tidak terkata.

"Kalau macam tu nanti aku bawa kau jumpa papa dan mama. Walaupun dorang dah pernah jumpa kau sebelum ni tapi kali ni aku nak bawa kau jumpa dorang lagi sebagai. "

The Lost GirlWhere stories live. Discover now