🌼 BAB 33 🌼

123 10 72
                                    

      “ANIS.  Lama lagi ke?” soal Adreena yang berdiri di sebelah Anis. Dia menggaru pipinya.  Bosan menunggu sebenarnya. Sudah acap kali dia menguap. Anis menoleh ke sebelahnya.

“Sabar lah.  Sekejap lagi sampai lah tu. Tak sabar-sabar.” Anis menggelengkan kepalanya perlahan. Dari tadi asyik merungut aje kerjanya. Sesekali bila dia pandang Adreena, gadis itu tertidur. 

“Tidur ajelah dulu.  Kalau dia orang sampai, saya bagitahu.  Saya nak ke dapur sekejap. Nak tolong mama siapkan kuih.” Adreena hanya mengangguk perlahan. Malas dah nak bersuara. Bahu Adreena ditepuk-tepuk sebelum dia bangun. Kusyen yang di pegang di letakkan di atas sofa kembali sebelum dia menyusun langkah menuju ke arah dapur, meninggalkan Adreena yang sudah terlelap di atas sofa itu.

Waktu terus berlalu. Setengah jam kemudian, kedengaran deruman enjin memasuki perkarangan rumah itu. Selang beberapa minit, bunyi itu lenyap dan di gantikan dengan bunyi orang memberi salam. Luthfi dan Adam.

“Assalamualaikum! Kak Anis? Mama?” Kuat Luthfi bersuara.  Takut kedua mereka tidak mendengar suaranya.  Maklumlah rumah besar. Namun tiada sahutan. Pintu rumah yang terbuka luas membuatkan satu idea terlintas di benak fikiran Luthfi.

“Masuk je lah.  Mungkin dia orang tak dengar.”

“Cuba lah bagi salam lagi. Datang rumah orang kena beradap sikit.” Ceh! Dia pun pernah main masuk je rumah orang dulu. Luthfi buat muka.  Dia kemudiannya melakukan apa yang disuruh oleh abangnya tadi

“Assalamualaikum! Kak Anis? Mama!” Setelah beberapa detik, masih tiada balasan dari dalam. Luthfi menoleh ke arah Adam.

“Masuk je lah.  Menjerit sampai keluar anak tekak pun belum tentu dia orang dengar.”

“Tak apa ke?” soal Adam.  Bimbang sebenarnya naik rempuh masuk je.  Takut dikira menceroboh.

“Kita dah biasa datang sini. Jadi mama tahu-tahu je lah.” Luthfi membuang kasutnya sebelum di letakkan di atas rak kasut sebelum menapak masuk. Sempat dia membaca ayatul Qursi sebelum masuk. Rumah itu senyap sunyi sebelum sayup-sayup kedengaran suara orang berbual.

“Dia orang ada dekat dapur kut. Aku nak pergi check sekejap.” Luthfi terus berlari anak meninggalkan Adam dan menuju ke arah dapur.

Adam pula hanya menghela nafas perlahan. Kasut di buang sebelum diletakkan di atas rak kasut bersebelahan dengan kasut milik Luthfi.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu.  Pandangan di edarkan sekeliling.  Benar-benar sunyi.  Kakinya kemudian melangkah menuju ke arah ruang tamu.  Ingin duduk.

Sesampai di ruang tamu, dia duduk di sofa single. Nafas ditarik sebelum dihembus kembali. Dia kemudiannya menoleh ke sisinya apabila suara dengkuran halus menyapa gegendang telinganya.  Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat Adreena sedang tidur di sofa panjang. Kemudian dia menggosok-gosok matanya.  Ingin memastikan benarkah dia melihat Adreena atau ilusinya sedang mempermainkan nya lagi?

Setelah beberapa mencubit peha nya, barulah dia dapat tahu yang itu benar-benar Adreena.  Tapi... Kenapa Adreena tidur di situ? Bukan kah tidak elok untuk anak dara atau wanita tidur di tempat terbuka? 

Wajah Adreena hanya kelihatan separuh kerana terlindung dengan lengan gadis itu. Dia kemudiannya perlahan-lahan menghampiri gadis itu dengan niat ingin mengejutkan gadis itu. Namun apabila di pandang lama-lama, rasa tak sanggup nak kejut pula hadir. Tapi kalau tak kejut...

“Abang?” Mendengar suara yang memanggil nya, Adam tersentak.  Laju dia bangun sebelum berpusing ke belakang. Anis.

“Abang kenapa?” soal Anis. Aneh dengan tingkah laku abang sepupunya.

C |  DEAR MY CRUSH ✓Where stories live. Discover now