H.L.A 𝕴𝖓𝖆𝖞𝖆 𝖄𝖆𝖘𝖒𝖎𝖓(2)✨

253 22 1
                                    

Jarum jam menunjukkan tepat pada pukul 9:00 malam.Inaya hanya mampu termenung kerana tangan dan kaki nya di ikat.Semasa makan sahaja ikatan tali di tangan nya dibuka,kemudian tangannya akan diikat semula.

Inaya meneliti setiap sudut di bilik itu.Dia melihat enam orang lelaki bersut yang berbadan tegap dan tinggi sedang melakukan kerja mereka masing -masing.Ada yang bermain phone ada juga yang sedang berborak.

"Hmmmm, handsome jugak diaorang ni.Agak-agak kalau aku try ni dieorang layan aku tak."Inaya bercakap dengan nada yang perlahan.

"Ehem, awak."Inaya memanggil salah seorang lelaki yang berada di situ.

"Ya, saya."Lelaki itu membalas panggilan Inaya dengan sopan.

"Mana pak cik tadi pergi."Tanya Inaya dengan mata yang bulat.

"Apa,pak cik!"Lelaki itu terkejut dengan panggilan yang diberikan oleh Inaya kepada tuan muda mereka.

"Kenapa,salah ke ?"Inaya bertanya kepada lelaki itu.

"Tuan muda kami muda lagi la."balas lelaki itu sambil tersenyum manis kearah Inaya.

Muka Inaya memerah kerana senyuman yang diberikan lelaki itu.Inaya segera mengalihkan pandangan nya daripada wajah lelaki itu .Dia terlupa soalan yang ingin dia bertanyakan.

Bunyi pintu terbuka membuatkan semua orang mengalihkan kan pandangan ke arah pintu itu.Keenam-enam lelaki itu segera menundukkan badan apabila melihat susuk tubuh tuan muda mereka berjalan memasuki bilik itu.Inaya hanya diam dan terkaku disitu.

"Korang semua boleh keluar."Lelaki itu mengarahkan supaya keenam-enam bodyguard nya itu keluar.

"Baik tuan muda."balas keenam-enam lelaki itu

Kini tinggal Inaya dan lelaki itu sahaja berduan di dalam bilik.
Lelaki itu merenung wajah Inaya dengan riak muka yang tidak berperasaan.Dia membuka ikatan tali di kaki dan tangan Inaya.Inaya hanya memerhati tindakkan lelaki di depannyadengan riak muka yang pelik.

"Jom"hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu .

"Jom pergi mana?"tanya Inaya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia memandang Inaya sambil bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Aku nak jual kau."

Muka Inaya nampak sangat terkejut dan ketakutan.Tetapi Inaya segera berpura-pura bersikap berani untuk membalas jawapan yang diberikan lelaki yang berada didepannya.

"Apa masalah orang tua ni, nak mati pun buat dosa lagi.Pergi la betaubat sana."
Dengan beraninya Inaya memberikan jawapan yang cukup pedas yang boleh menyakit kan hati sesiapa sahaja yang mendengar.

"Apa kau cakap budak?"dia menyoal Inaya dengan mata yang dikecil kan menahan geram .

"Pak cik dengar kan apa saya cakap tadi."Inaya membalas sambil menjeling ke arah lelaki itu.

Dia melepaskan nafas berat lalu meninggalkan Inaya berseorangan di belakang.Inaya hanya mengikut walaupun dia berasa takut.


Suasana di dalam kereta sangatlah sunyi.Inaya hanya memandang ke luar tingkap melihat pemandangan pada waktu malam.

"Pak cik."Inaya memanggil lelaki yang berada disebelahnya.

...... Tiada jawapan.Lelaki itu hanya focus pada pemanduan nya

"Hmmmm pak cik."

.......... Masih tiada jawapan.

"Pak cik!"Inaya meninggikan suara nya.

"Boleh tak kau berhenti panggil aku pak cik.Aku muda lagi kau tahu tak.Umur aku baru 26 tahun!"

Inaya terkejut dengan jerkahan lelaki disebelahnya.

"Okay okay.Jangan la marah kalau macam tu bagi la tau nama pak cik apa,baru saya tahu nak panggil apa "Inaya membalas sambil menahan tangisan.

"Panggil aku Ezekiel."

"Ok."balas Inaya pendek.

Kereta mewah itu meluncur laju ke dalam kawasan rumah agam yang sangat besar .
Inaya terngaga melihat rumah agam persis istana itu.

Ezekiel sudah keluar daripada kereta bahagian pemandu dan menuju ke bahagian penumpang bahagian depan untuk membuka pintu kepada Inaya .

"Rumah siapa ni encik Ezekiel?"Inaya bertanya kepada Ezekiel selepas keluar daripada kereta.

"Encik?" Ezekiel mengangkat kening sebelah nya.

"Saya tak biasa panggil Ezekiel sebab encik Ezekiel lagi tua daripada saya ,saya kena hormat."balas Inaya.

"Suka hati kau la."Ezekiel membiarkan Inaya memanggil nya dengan pangilan encik.Lebih bagus daripada dipanggil pak cik.

Inaya hanya mengikut Ezekiel dari belakang memasuki kedalam rumah agam.

"Wow besar nya,ni betul-betul macam istana ni.Dia duduk sorang je ke?" Inaya bertanya kepada dirinya sendiri.

"Tuan Henry dah balik."seorang wanita yang berumur lebih kurang dua puluhan menegur Ezekiel sambil tersenyum.

"Fika bawak budak ni pergi bilik tetamu dekat atas.Mulai hari ni dia akan tinggal dekat sini."Ezekiel mengarahkan pembantu rumah nya.

"Baik tuan."perempuan itu membawa Inaya pergi ke bilik yang disuruh Ezekiel.

Inaya tanpa bantahan hanya mengikut perempuan yang bernama Fika itu.

Inaya masuk ke dalam bilik tetamu yang disediakan.Dia terus membaring kan badan nya diatas tilam katil yang empuk .

"Tadi kata nak jual aku kenapa bawa aku pergi rumah dia.Kenapa aku kena tinggal dekat sini.Lagi satu, perempuan yang tadi tu pembantu rumah ke kenapa nampak muda sangat?"
Inaya hanya bertanya kepada dirinya sendiri.

"Apa-apa la.Yang penting aku nak tidur sekarang ni.Inaya memejamkan mata nya lalu tertidur tanpa membersih kan diri nya dahulu.

Bersambung.......
Jangan lupa vote tau.😉


His Little Angel Where stories live. Discover now