ℯ𝓂𝒾𝒾𝓇𝓈𝓉ℯ𝓁𝓁𝒶 | 5

12.1K 508 17
                                    

ASHER sekarang ini sedang berenang di dalam kolam yang terletak di belakang halaman rumah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ASHER sekarang ini sedang berenang di dalam kolam yang terletak di belakang halaman rumah mereka.Cuaca hari ini sungguh menyamankan.Tibe.

Rambutnya yang basah digosok kasar.Sambil dia berenang,dia memikirkan sesuatu untuk adiknya.

"Woi!" Jeritan itu membuatkan Asher memalingkan wajahnya ke arah punca suara itu.

Adiknya sedang berdiri mencekak pinggang dengam muka geram.Period ke?

"Woi!Aku panggil kau banyak kali kot.Buta ke?!" Tengking Stella bila dia sudah hilang sabar.

Ha?!"

"Eh!!Pekak ke?!" Stella betulkan ayatnya.Time macam ni juga nak silap ayat.

Gadis itu duduk bersila di atas lantai tepi kolam itu.Ada kerusi nak juga duduk atas lamtai.

"Kau nak apa?Balik-balik marah.Baik jangan balik" Asher gulingkan matanya.Baru je dia nak rehat sekejap,datang dah minah gedik ni.

"Sinilah.Aku nak cerita..Hehe" Lembut gadis itu berkata.Tersengih-sengih dia apabila teringat tujuan dia berjumpa abangnya.

Asher menatap jengkel adiknya.Biul ke apa budak ni.

"Mana abang Axel?" Soal Stella sambil matanya melilau mencari abang sulungnya.

"Dia ada je kat atas"

Asher dongakkan kepalanya memandang wajah cantik Stella.Sekarang dia masih di dalam kolam.Keluar karang nampak benda yang tak patut.

Stella perhati sekeliling dahulu sebelum dia menunduk mendekatkan bibirnya ke telinga abangnya.

"Aku nak kahwin" Bisik Stella perlahan.Entah abang dia dengar ke tidak.

"Ha?!Kahwin?!" Asher terkejut.Seriuslah adik dia nak kahwin?!Hohoho.

"Ada ke orang nak ambil kau jadi isteri?Dengan pakaian kau macam tak ada duit.Malang betul siapa yang jadi suami kau tu" Sinis Asher memerli adiknya.

Stella terdiam.Terasa juga lah dia.Hmm.Teruk sangatkah pakaian dia?Dia pun nak berubah tetapi dia tak tahu nak mula dari mana.Dia perlukan sokongan sekeliling tapi..hmm..

"Alah..Adik kau ni laku okay?!" Stella ketawa kecil.Hambar.

"Siapa nak kahwin?" Suara garau itu membuatkan Stella dan Asher berpaling.Terpampang wajah tiada perasaan abang sulung mereka di situ.Tidak berbaju dan hanya berseluar pendek paras lutut.Dan Axel sedang berjalan ke arah mereka.

Stella pejamkankan mata serapat-rapatnya.Janganlah Asher bagitahu..

"Oh.Adik kesayangan kau nak kahwin" Kata Asher bersahaja.Dia nak keluar dari kolam ni tapi masalahnya..

"Dik.Kau pusing belakang jap" Arah Asher.Stella pelik tetapi dia turutkan sahaja permintaan abangnya.

Selepas memastikan adiknya tidak memandang ke arahnya.Dia mula naik dari kolam.Tuala yang tersedia dicapai dan dililit di pinggangnya.

"Siapa suruh kau pakai seluar ketat.Dah tahu bukan kau seorang saja dalam rumah ni" Axel menggeleng kepalanya.Asher mencebik.Membebel pula orang tua ni!Dasar!

"Dah"

Stella memusingkan kembali tubuhnya ke arah dua orang manusia itu.

"Siapa nak kahwin?Kau ke El?" Axel memberi renungan dingin kepada adiknya.Tiba-tiba sahaja nak kahwin.Cepat betul cari penggantinya.

"Hmm..!" Angguk Stella bersemangat.

"Erm tapi dia tua sikit dari kita.Tak apa ke?" Soal Stella berhati-hati.Nanti terkejut beruk pula kalau dia bagitahu umur bakal suami dia.

"Umur dia berapa?" Axel memandang adiknya.Tua sangat ke bakal suami El ni.

"41..?" Tersengih Stella.Bibir digigit kecil.

Uhuk!

Asher yang sedang meneguk rakus minumannya tersedak mendengar kata adiknya.41?Eww!

"41 umur dia?Memang dah tak ada lelaki muda ke?" Berlapis-lapis dahi Axel mendengar ujaran si adik.Boleh cepat tua dia dibuatnya dengan perangai bongsu mereka ni.

"Alaa..Dia hensem tahu?Lepastu dia bapa angkat Andre tu.Bekas El tu" Stella tersenyum sendirian memikirkan banyak rancangan yang dia mahu lakukan setelah dia mendapat gelaran Mrs Leonardo.

Asher membuat muka geli melihat wajah adiknya yang seperti angau cinta.

"Aku ikutkan saja.Kalau dia setuju,aku setuju.Kalau dia tak setuju,no kahwin-kahwin!" Tegas Axel.Bukan dia tak tahu adiknya ini macam mana.Suka memaksa.Ikut kepala sendiri.

"Okay abang!" Sahut Stella bersemangat.Dia mula bangun mahu mengangkat kaki dari situ.Sempat dia mencium pipi kedua abangnya.Bibir tersenyum lebar.Yeay Yeay nak kahwin!

Axel alihkan pandangannya selepas kelibat si bongsu sudah tiada lagi di situ.

"Aku dengar semua Ash" Axel merenung tajam wajah adik lelakinya.

"Dia jadi macam itu sebab kita juga.Lepas mama papa meninggal,kita terus abaikan dia dan waktu tu dia perlu bimbingan dari kita.Jangan cakap macam tu lagi dekat El" Terus si sulung angkat kaki beredar meninggalkan Asher.

Dari jauh dia nampak mata Stella jelas sedih dengan kata Asher.Dia tahu adiknya macam mana.Mereka yang salah kerana mengabaikan Stella kerana masih bersedih dengan kematian orang tua mereka sedangkan yang paling terkesan semestinya Stella kerana mama dan papa hembuskan nafas terakhir di depan gadis itu.

Asher mengeluh.Niat dia hanya mahu main-main sahaja kerana sebelum ini dia gurau sekasar mana pun Stella tidak akan terasa.Tidak sangka kali ini sudah melebih.

Tidak sangka kali ini sudah melebih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Leo Hailey : Hot Husband √ [ EBOOK ]Where stories live. Discover now