22

352 12 0
                                    

"Saya nak jujur denga awak." Aku diam. Begitu juga Adrian. Matanya masih lagi fokus dengan pemanduannya.

"Awak dengar tak?"

"Just spill it."  Jawab Adrian mendatar.

"Saya nak kahwin dengan awak bukan sebab saya suka, sayang awak."

"Aku tahu. Kau pun dah cakap kat aku pasal ni."

"Tapi kenapa awak tetap nak kahwin dengan saya?"

"Jodoh." Hanya satu.

"Awak nak tahu kenapa saya nak kahwin dengan awak?"

"Kalau rasa nak bagitau. Aku dengar."

Aku diam.

"Haziq." Adrian memang sekilas kearah aku.

"Saya terima sebab Haziq." Adrian kerut dahi.

"Saya nak Haziq tahu yang saya dah buat pilihan yang tepat. Lelaki macam dia, memang tak layak untuk saya." Aku gigit bibir. Menahan sebak. Apabila nama itu teringat, pasti kenangan pahit itu akan datang. Lelaki tak guna yang hampir menghancurkan hidup aku.

"Lepas kau buktikan, kau nak buat apa?"

"Ha?"

"Iyelah lepas kau dah buktikan kat dia yang kau buat pilihan yang betul, kau nak buat apa?"

"Entah." Aku pun masih tidak berfikir sampai ke tahap itu.

"Saya cuma nak bagitau yang saya hanya gunakan awak untuk kepentingan saya je. Kalau awak rasa nak batalkan, semua terpulang pada awak." Aku kembalikan ayat Adrian semula kepadanya.

"Nope. I will make sure your dream comes true."

"Dan aku akan pastikan, hati kau hanya untuk aku." Adrian sambung kata. Aku diam. Tak tahu nak rasa teruja atau tidak. Hati aku mati rasa tiba-tiba.

"Hantar saya dekat 7E je. Nanti abang Ash datang ambil."

"Ash sibuk harini. Dia suruh aku hantar kau balik terus."

"Awak ada contact abang Ash?"

"Nak keluar dengan adik dia, kena lah minta izin dulu. Nak minta izin ayah kau, tapi keberanian aku tak cukup tinggi lagi." Adrian gelak kecil.

Aku mencebik.

"Takut cakap jelah."

"Aku takut? Tak jantanlah." Adrian senyum bangga.

"Sangatt."

**********************************
Pejam celik, pejam celik persiapan perkahwinan kami hampir siap. Dua bulan sudah pun berlalu. Dalam masa seminggu sahaja lagi aku bakal menjadi isteri kepada Faiq Adrian. Walaupun keputusan yang dibuat atas sifat pentingkan diri, tetapi hati aku tetap berdetak hebat apabila masa yang semakin mendekat.

Aku bakal menjadi isteri orang. Isteri kepada lelaki yang aku tidak jangka.

"Cuak je muka dik. Bukan adik pun yang nak angkat lafaz." Abang Ash gelak kecil.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now