Mereka semua terdiam. Hana sedikit terkejut dengan kata-kata Renjun.
"Mwo? Gila?"
"Hm. Gila. Kau kan tahu, aku kawan rapat dia. Mestilah semua benda aku tahu. Aku cakap dia seorang yang gila sebab..
"Sebab Aebi", kata Mina perlahan sambil menunduk
"Ae- mwo?"
Hana tidak berapa jelas akan perkataan yang diungkapkan oleh Mina sebentar tadi. Gadis itu terlalu perlahan berkata.
"Aebi. Seo Chaebi", jelas Mina
Hana berfikir. Siapa gadis yang sedang dicakapkan oleh Mina? Sering kali juga dia dengar nama tersebut. Tetapi, dia tidak dapat meneka siapakah gerangan yang selalu disebut-sebutkan.
"Siapa Chaebi tu?", soal Hana hairan
"Aebi tu, bekas teman wanita Jaemin 5 tahun dulu", kata Jeno membuka cerita
Mendengar perkataan 'lima tahun', Hana sangat terkejut. Ia sangat lama! Dan sudah berlalu!
"Satu hari, Aebi mati gantung diri dekat kipas siling belakang kelas. Kau tahu kelas kosong tingkat 3? Itulah kelas Aebi. Sejak kematian Aebi, pelajar-pelajar perempuan selalu nampak hantu Aebi berkeliaran dalam kelas sehingga guru besar terpaksa tutup kelas itu untuk keselamatan semua pelajar yang lain", jelas Jeno panjang lebar
"Aebi adalah cinta pertama dan terakhir bagi si Jaemin tu. Sejak dari kejadian tu lah Jaemin susah nak move on", sambung Mina pula
Kini, Hana sudah tahu penyebab Jaemin sering termenung tanpa sebab. Kerana seorang gadis sahaja rupanya. Dia fikir, kehadirannya menyebabkan Jaemin tidak senang. Tetapi, tekaan nya salah.
Loceng waktu makan tengah hari sudah berbunyi buat kali kedua. Mereka semua harus masuk ke dalam kelas dan meneruskan mata pelajaran sehingga lewat 5 petang.
Setiap minit, Hana akan memandang Jaemin yang mejanya berada agak jauh dari Hana. Dia memerhati dan terus memerhati. Namun, dia tetap harus fokus dalam pelajarannya.
Momo menyigung siku Hana. Perilaku gadis itu menyebabkan Momo juga berasa pelik. Akhirnya, waktu yang dinanti-nantikan sudah tiba. Waktu pulang adalah impian para pelajar di sekolah tersebut. Sebelum keluar dari kelas, Hana sibuk mengemas mejanya. Momo menunggu Hana di hadapan kelas.
"Momo-ya, kau pergi lah dulu. Jangan tunggu aku. Gwaenchanayo. Aku nak pergi tandas sekejap"
"Eo, okay", kata Momo dan berlalu pergi meninggalkan Hana seorang diri di dalam kelas
Setelah Momo pergi, Hana tertunduk-tunduk memandang kiri dan kanan. Dia hanya mahu memastikan jika tiada orang yang di sekitar koridor tersebut.
Langkah kaki Hana terus mengorak ke hadapan. Dia menuju ke tingkat tiga di mana kelas lama Aebi dikatakan oleh Jeno tadi. Selang beberapa minit, Hana sudah tiba di tingkat tiga itu.
Kini, gadis itu berdiri betul-betul dihadapan kelas Aebi. Sungguh usang kelas tersebut. Habuk merata di sana sini. Tetapi, meja di dalam kelas itu masih tersusun dengan cantik. Mungkin, kerana trajedi yang tidak menyebabkan 'terkejut'.
Hana mendekatkan anak matanya di tepi tingkap kelas itu. Dia memerhati setiap sudut kelas.
"Aish, susah juga nak nampak dari sini", ngomel Hana sendiri
Dia gigih untuk mencari alternatif lain bagi membuka dan menceroboh masuk kelas lama ini. Dia berlegar-legar di ruang koridor kiri dan kanan. Tiba-tiba, dia teringat akan besi panjang ketika loker milik Somi tidak boleh dibuka tempoh hari. Kerana besi itulah loker Somi akhirnya boleh dibuka.
"Ah! Stor!"
Akalnya berfungsi.
Hana menuju ke stor kecil yang terletak di tingkat 2.
YOU ARE READING
[✔️] 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐄 [나 재민]
Fanfiction𝗕𝗼𝗼𝗸 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗘 [Malay ff] "Anxiety is when the butterflies in your stomach turn into bees" ❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀ Dia selalu bersama dengan 'stress store'. Setiap hari, dia akan menyinggah ke sana demi menghilangkan stres yang se...