MDM 14

4.5K 237 81
                                    

Bonda harap kamu dapat kawal sifat Daren tu Dhia.” Ayat itu tergiang-giang dalam fikiranku.

Klak.

Berdebar jantungku apabila Daren keluar dari bilik air dengan tuala di pinggang.

“A-awak dah siap. Saya nak mandi pulak.” Baru setapak aku melangkah terasa pinggangku ditarik oleh satu tangan kekar.

Daren menghidu wangian dari tubuh Dhia. Walaupun Dhia belum mandi namun haruman ini membuatkan dia khayal.

“A-awak tepi la."

Daren melepaskan lenggannya lalu baring di atas katil.

Eh dia ni dengan basah naik baring atas katil.

Selepas lima belas minit berlalu Dhia keluar lalu menyangkut tuala. Tudung dan niqab dipakai. Kelibat Daren tidak kelihatan.

Keluar sahaja dari biliknya Dhia mendengar gelak ketawa yang kuat dari ruang tamu.

Kaki melangkah menuruni anak tangga. Di ruang tamu kelihatan semua sedang berbual.

Dan ada drama yang buat Dhia menyampah. Siapa lagi kalau bukan Lisa yang tengah cuba mengoda Daren.

“Eh Dhia sini la kau buat apa kat situ?” Tya yang perasan akan kehadiran Dhia segera menarik Lisa ke tepi dan menyuruh Dhia duduk di sebelah Daren.

Lisa yang hampir tersungkur itu menyumpah seranah Tya. Leo pula mengulingkan mata ke atas melihat Daren yang memeluk Dhia.

Menyampah aku hmphh! Takpe nanti aku suruh reader masuk meminang aku.

Nek Jah la yang paling gembira melihat cucunya berkahwin. Alangkah indah jikalau arwah mama dan papa Dhia masih ada.

“Ha kamu ni Tya gelak bukan main kamu ye. Ni bila pulak boleh nek merasa nasi minyak kamu?" Gurau nek Jah.

Tya dan Dhia sudah berkawan sejak kecil jadi Tya dah macam cucunya juga. Terus cemberut muka Tya.

“Lambert lagi nek.” Seraya itu kek cawan di sumbat dalam mulut tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang.

Leo hanya memandang sepi mereka yang berbual. Manakala Dhia pula Cuba menepis perlahan tangan Daren yang memeluk pinggang-nya.

Panas juga hati Lisa melihat kemesraan Daren dan Dhia. Sepatutnya dia yang berada disebelah
Daren.

“Menyampah. Apa yang ada dekat kau sampai kau boleh pikat jantan tu!” Guman Lisa perlahan.

“Ni makan la kek cawan ni Dhia, Daren.”

“Haa ye nek.” Daren mengambil satu kek cawan lalu di suapkan pada Dhia.

Dhia hanya makan tanpa banyak soal. Takut kalau ditolak mengamuk Daren nanti.

“Hah kamu tak makan ke Daren?” Soal makcik Liza. Dhia di sebelah Daren di jeling.

“Takpa cik saya memang tak makan benda manis. Lagipun isteri saya dah cukup manis.” Ujar Daren selamba tanpa menghiraukan orang yang tersedak di hujung sana.

Laju Leo mencapai air yang di hulur oleh Tya. Perit tekaknya.

Nek jah hanya tertawa kecil melihat mereka.

“Amboi bukan main ye, ha kau Dhia kau bomohkan Daren ke? Yela macam lelaki yang kaya macam dia boleh terpikat dekat kau. Kamu tu bukannya cantik sangat pun. Keluar rumah pun bertutup likup macam makcik-makcik, aku yang tua ni pun reti berfesyen” terbuntang luas mata mereka mendengar apa yang baru makcik Liza katakan.

“Mana ada makcik. Saya tak buat perkara syirik macam tu.”

“Yelah la tu entah-entah kau calitkan minyak dagu ke dekat laki kau tu!” Puas hati-nya dapat membuat Dhia terdiam.

Daren pula yang panas hati apabila Dhia di perlakukan seperti itu. Kalau ikutkan hatinya mahu tembus kepala perempuan tua kutuk itu.

For your information, Saya yang ajak Dhia kahwin dan Dhia tak ada kena mengena dengan apa yang makcik katakan. Bagus la Dhia keluar rumah bertutup dari atas sampai bawah sebab dia tutup aurat, makcik yang dah tua tu tak reti nak tutup aurat? Mana la tahu mati esok lusa” Terkedu mereka yang lain. Daren menarik tangan Dhia naik kebilik.

'Bodoh penat-penat aku culik Dhia. Kau senang je cakap macam tu.' getus Daren.

                                  ✿

Setelah seminggu duduk di kampung hari ini mereka terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana Daren ada kerja.

“Sayang dah la menangis. Nanti kita balik lagi hmm.” Lembut suara Daren memujuk isteti kecilnya yang menangis teresak-esak sedari tadi.

Leo pula merengus asyik dia saja yang kena angkat beg. Beg korang, korang la bawak.

“Sudah la Dhia kamu ni sama je macam selalu, setiap kali nak balik asyik berdrama aje” tergeleng kepala nek Jah melihat cucunya itu.

Tiap kali pulang ke kampung mesti Dhia akan menangis.

Daren memeluk bahu Dhia apabila melihat makin kuat pula tangisan Dhia itu.

“Nanti kita balik lagi okay.” Pujukkan Daren menjadi bila Dhia sudah berhenti menangis.

Nek Jah menarik Dhia kedalam pelukkan. Dhia memeluk nek Jah erat. Tya di sebelah pula asyik tersenyum.
Dah biasa dengan perangai Dhia.

“Dah pergi cepat lambat nanti kamu sampai sana.”

Daren menyalam nek Jah dan makcik Liza. Apabila Dhia ingin menyalam makcik Liza awal-awal lagi makcik Liza manarik tanganya dari di sentuh Dhia.

Terkedu Dhia seketika namun dia sudah terbiasa di layan begitu oleh makciknya itu.

Lidah di tolak pipi belah kirinya dari dalam mulut. Sungguh panas sahaja Daren rasa tika ini.

Selepas menitipkan beberapa pesan buat sang nenek mereka bergerak pulang.

Kereta Mercedes Benz bergerak meninggalkan perkarangan rumah nek Jah.

Di dalam kereta bukan main marah Daren. Selama seminggu Dhia di layan seolah-olah hamba oleh makciknya.

Setiap kali Daren ingin mengamuk Dhia pastikan akan tenangkan amarah Daren.

Kerana Dhia tahu bila Daren mengamuk pasti makcik Liza di kerjakan teruk oleh Daren.

“BODOH PEREMPUAN TAK SEDAR DIRI SIAL!” Kerusi penumpang depan di tumbuk kasar.

Leo pula hanya tenang di tempatnya sambil memandu seolah-olah tidak terganggu dengan amukkan Daren.

Dhia pula sudah mengigil kecil namun di kuatkan dirinya memeluk pinggang Daren. Agak janggal apabila dia yang memeluk Daren dahulu.

Terhenti amukkan Daren apabila terasa lengan kecil isterinya memeluk.

Daren memandang sekilas ke arah Leo lalu memeluk tubuh Dhia erat.

Tbc

Hehe harap maaf jika ada kesalahan typo dan sebagainya.

Mrs. Daren Mikael [In Editing]Where stories live. Discover now