MDM 21

3.7K 199 58
                                    

Daren memukul lelaki itu sepuasnya, lelaki itu hanya mampu mengerang kesakitan.

"Kau dah buang masa aku tau. Apakata kita selesaikan ini cepat hmm." Tubuh lelaki itu di ikat dengan rantai.

Perlahan-lahan tubuh lelaki itu naik apabila Daren menekan butan, lelaki itu berhenti tepat pada tengah-tengah aquarium.

Ikan pirana yang sedang kalaparan itu tidak sabar di beri makan.

"Any last word?" Daren tersenyum sinis melihat lelaki itu ketakutan seraya cuba meraih simpati Daren.

Sayang rayuan itu tidak di endahkan lalu butan merah di tekan, berlumba-lumba ikan pirana itu ingin memakan daging lelaki itu.

Tubuh lelaki yang bernama Haikal itu hancur apabila beribu ikan pirana memakannya. Senyuman puas terlakar di bibir Daren.

Akhirnya lelaki itu mati, siapa yang berani pegang atau dekat dengan Dhia akan menerima nasib yang sama.

Kerana Dhia hanya miliknya. Tiada siapa pun boleh pisahkan mereka. Bilik itu bergema dengan gelak tawa Daren.

Leo hanya memerhati sahaja Daren yang seperti tidak waras.

"Haa dah kena sampuk setan la tu." Sengaja suaranya di kuatkan biar Daren mendengarnya.

Membulat mata anak buah Daren yang lain apabila Leo berani berkata begitu.

Bukan ke Leo juga hanya bodyguard kenapa berani sangat.

Leo hanya memekakkan telinga lalu berjalan dengan gah-nya, tangan di dalam poket.

Kaca mata hitam di pakai lalu berjalan tanpa kisah akan Daren yang di tinggal oleh dirinya.

Honda Civic berwarna hitam itu berlalu meninggalkan gudang lama itu.

Leo tenang memandu sedangkan Daren yang berada di gudang sedang mengamuk.

Tambah-tambah bila Leo meninggalkan dia. Namun Leo tidak kisah, yang penting sekarang ni adalah hal Darel.

Kereta itu berhenti apabila tiba di sebuah lorang yang agak gelap. Beberapa minit kemudian seseorang lelaki masuk.

Pakaian lelaki itu serba hitam di tambah pula dengan mask dan kaca mata hitam.

"Macam mana Ren?" Terdiam Leo seketika apabila lelaki itu seperti ingin mengitip.

"Tak asal dengan baju tu?. Baru lepas mengitip anak dara orang mandi ke apa?" Tersedak air liur lelaki itu.

"Kepala hotak kau! Cakap main lepas je dia debik karang!" Tangan di angkat acah mahu memukul Leo.

"Dah la ni Ren macam mana?" Leo mengangkat ibu jari namun terbalik menunjukkan tidak okay.

"Good. Lepas ni kita boleh jalan kan misi kita, tapi buat masa ni kau perhatikan dulu Daren. Ingat biar pecah di perut jangan pecah di mulut." Seraya itu lelaki itu keluar dari perut kereta.

Tergeleng-geleng kepala Leo melihat perangai lelaki itu. Agaknya betul tak baru lepas mengitip anak dara orang.

Honda Civic itu bergerak meninggalkan Loring tersebut. Ini kalau Daren tahu apa yang dia buat di belakang Daren mahu mampus dia di kerjakan oleh Daren.

                            °•~-✿-~•°

"Bonda Dhia risau la Daren ni tak balik-balik lagi. Dah tengah malam dah ni bonda."

Kehulur kehilir Dhia di depan pintu menunggu kepulangan Daren sejak petang tadi.

Pening puan Aidaa di buatnya melihat Dhia seperti orang mati laki sahaja.

Mrs. Daren Mikael [In Editing]Onde histórias criam vida. Descubra agora