Part 34

172 13 13
                                    

"Nong! oh Nong" sy terdengar suara mama si Greg memanggil mama sy masa sy sedia sarapan di dapur. Oh ya kan, kelmarin dia ada cakap mau datang rumah untuk hantar duit kutu mama sy. Sy lap-lap tangan sy yg basah sikit di baju dan terus pergi jumpa si aunty di pintu.

"hai aunty, sorry mama sy di kebun belakang rumah, aunty duduk dulu lah, nanti sy panggil mama sy"

"oh bah bah, aunty panggil dulu uncle ko ni" si aunty jawab sambil panggil bapa si Greg untuk naik sama sebab dorang datang sini naik motor. Tapi biasa la lelaki ni, nanti-nanti baru dia naik.

"aunty mau minum apa-apa?" saja bersopan. Macam mana lazer mulut dia pun tetap juga orang yg tua dari kita kan, lagipun dia tetamu.

"nda la Daph, aunty ni sekejap ja ni"

Sy nda perlu keluar rumah pun untuk panggil, cuma panggil dari pintu dapur ja.

"Ma! Pa! sudah la tu! mari makan! ada mama si Greg datang rumah mau jumpa mama!" simple ja, jerit ja dari pintu dapur..hehe

"Bah bah! tunggu sekejap bilang!" mama sy balas dari jauh. Lucu juga tengok dorang tiga ni. Biasa la kan kalau masuk kebun di kampung ni, dengan kemeja lusuh lengan panjang, seluar panjang, topi, dengan parang berlilit di pinggang, kasut but lagi. Itu benda biasa sy nampak kalau dengan mama bapa sy. Tapi untuk Farel ni first time. Nda nampak sudah yg dia ni asal bandar..haha

Nda lama kemudian masuk la dorang dari pintu belakang dengan Farel memikul satu tandan pisang mentah. Betul-betul dorang guna si Farel ah..hehe..Apa lagi mata mama si Greg,  meninjau la mata dia di dapur sebab ruang tamu dengan dapur kami di kampung memang nampak-nampak, tiada pemisah pun. Mata dia tengok ja si Farel.

"ma, pa, aku mandi dulu ya" Farel minta izin mandi selepas dari kebun.

"bah bah, pergi la dulu Rel" parents sy cakap.

Sempat Farel limpas mama si Greg untuk ambil towel dan baju di bilik sy sebelum jalan pergi kamar mandi.

"pagi tanter" Farel tunduk sikit dengan mama si Greg masa on the way pergi mandi. Mama si Greg pun tengok Farel pelik-pelik sebab masa tu Farel masih pakai topi kebun, muka pun comot sikit.

Hilang ja Farel dari pandangan, mama si Greg terus nda buang masa menanya soalan.

"Siapa tu Daph?" dia tanya dengan badan sedikit dibongkokkan ke arah sy.

"oh, kawan sy aunty"

"itu lah ko punya bakal tunang yg ko bilang orang mix Indonesia tu?" oh, dia pay attention juga dengan cerita sy kelmarin.

"err..iya aunty, dia la tu" nampak sudah dia mencebik bibir. Mungkin dalam fikiran dia, biasa-biasa ja. Yalah, yg dia nampak Farel yg comot, dari kebun.

Nda lama kemudian datang la mama sy. Bapa sy di luar dengan bapa si Greg, biasa lelaki ni memang suka ambil angin di luar.

"Nong, ni nah duit ko, giliran ko kan ni bulan" sambil mama si Greg serah satu sampul tebal untuk mama sy yg sy yakin berisi duit.

"Nah. kaya sy ni bulan" mama sy cakap sambil belek-belek duit dalam sampul.

"Nong, yg tadi tu ka bakal menantu ko?" dia korek lagi cerita dari mama sy sambil dia muncungkan mulut dia.

"eh bukan lah, itu laki sy tu" mama sy cakap sebab mama si Greg muncungkan mulut ke arah kamar mandi dan kebetulan bapa sy ada limpas kamar mandi masa tu.

"hish ko ni Nong" mama si Greg tepuk paha mama sy. Sy nda tahan sy lepaskan ja ketawa sy masa tu. Mama sy sama bapa sy ni dua kali lima ja gaya dorang.

"iya bah, dia la tu bakal-bakal menantu kami" akhirnya mama sy jawab juga dengan serius.

You drive me crazy (complete)Where stories live. Discover now