KNOW HER NAME

1.1K 20 0
                                    

Mereka bertiga sampai di depan unit rumah Khaleesa. Dani masih mengendong Khaleesa sementara Tiara membuka pintu rumah. Setelah pintu dibuka, Tiara menunjukkan bilik tidur Khaleesa kepada Dani untuk meletakkan Khaleesa.

Ni bilik dia. You letak je dia dekat atas katil tu. Nanti i tolong dia remove makeup and tukarkan baju dia. Ujar Tiara.

Semasa Dani sedang membaringkan Khaleesa yang dalam keadaan separuh sedar itu, tiba-tiba tidak tidak semena-mena Khaleesa termuntah ke arah Dani.

Ohh shit!! Habis baju aku. Gumam Dani dalam hati. Hendak dimarah nya tapi tidak sampai hati.

Ya Allah Lisa, apa bala lagi yang kau dah buat ni??? Sorry you, kejap i ambilkan towel untuk you. You guna la toilet dia dulu bersihkan badan, lepastu baju you tu you boleh bilas muntah tu sikit and bagi kat i, i tolong cuci. Sorry tau rumah ni takde baju lelaki tapi you jangan risau rumah ni ada dryer so baju you cepat kering, Kata Tiara.

Dani terus masuk ke dalam tandas di dalam bilik Khaleesa. Dia menanggalkan baju nya yang terkena muntah itu lalu dibilas sebelum dia serahkan kepada Tiara.

Nah towel. You duduk dalam toilet kejap tau, i nk lap badan minah tu kejap. Lepastu nk tukar baju dengan remove makeup dia.kata Tiara sambil hulur tuala kepada Dani di pintu tandas.

Okay. I bilas baju kejap. Balas Dani.

Setelah Tiara selesai menyiapkan Khaleesa, dia mengetuk pintu tandas untuk memanggil Dani keluar.

Kejap tau, i cuci dulu. Dalam 20 minit nanti siap kering la. U nak duduk dalam bilik ni dulu atau nak duduk ruang tamu? Soal Tiara kepada Dani.

I duduk bilik ni la. Segan pulak nk duduk hall dengan tak berbaju. Lagipun kawan you macam belum tidur tu. Biar i duduk sini jaga dia. Don't worry i tak akan apa-apakan dia.

Okay la macam tu. Ehh sorry tadi kelam kabut lupa pulak i nak tanya nama you siapa? Tanya Tiara sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dani.

Nah, it's okay. Tadi pun i lupa nak kenalkan diri i. Nama i Dani. And you? Dani menyambut salam Tiara.

Nama i Tiara, my friend yang suka buat hal dengan you tu, nama dia Khaleesa. Kata Tiara sambil menunjuk ke Arah katil Khaleesa berbaring. Okay la you duduk dulu nanti i hantar air dekat you. You nak minum apa?

Plain water should be fine.

Okay kejap lagi i hantar. Kata Tiara sambil melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Dani dan Khaleesa berdua.

Dani menuju ke arah Khaleesa yang sedang berbaring lalu duduk di birai katil itu sambil memandang wajah jelita Khaleesa. Hati nya benar-benar ingin mengenali gadis cantik ini.

Jam menunjukkan pukul 2.50 pagi. Dani yang hampir terlelap tersedar dengan bunyi ketukan pintu. Kelihatan Tiara masuk sambil memegang baju milik Dani.

Nah baju you. Nasib baik kemeja you nipis, cepat sikit kering. Ehh dah nak pukul 3 pagi ni. You sure ke nak balik? Tak nak tidur sini ke? Dah lewat sangat ni, soal Tiara. Dia berasa bersalah kerana menyusahkan Dani.

It's okay. I balik rumah i. By the way, ni name card i, anything just give me a call. And please, kalau Khaleesa bangun nanti, please let me know. And kalau dia nak ambil kereta dia nanti pun, u let me know. Biar i yang hantar dia nanti.

Okay la Dani, anything I will update you. Jawab Tiara sambil tersenyum. Selesai menghantar Dani ke muka pintu, dia terus mengunci pintu dan masuk tidur. Dia tidak sabar menunggu hari esok kerana mahu memarahi Khaleesa yang banyak buat hal malam ini.

Siap kau Khaleesa. Bernanah telinga kau dengar aku bebel nanti. Gumam Tiara.

MY SEXY MR DANIWhere stories live. Discover now