⇢ ˗ˏˋ 03 ࿐ྂ

53 8 4
                                    

˗ˏˋ꒰ Beautiful Decision 🍒 ꒱

File putih diangkat sehingga menutupi seluruh wajahnya, setelah itu Bora mula berjalan menuju ke meja kerjanya yang terletak berhadapan dengan meja kerja Raon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

File putih diangkat sehingga menutupi seluruh wajahnya, setelah itu Bora mula berjalan menuju ke meja kerjanya yang terletak berhadapan dengan meja kerja Raon. Kebetulan Raon yang baru masuk itu memandang Bora yang sedang berjalan menunduk sambil menutup mukanya menggunakan fail tersebut. Riaksi hairan terpancar pada wajah gadis berambut pendek paras bahu itu.

Tanpa banyak berfikir Raon langsung menghampiri Bora lalu menepuk bahu gadis itu dan Bora apa lagi terkejut sambil tidak sengaja menjerit, membuatkan pekerja lain mengalihkan fokus mereka dari skrin laptop ke arah Bora dan Raon.

"Raon-ssi..jangan lah muncul tiba-tiba..rasa nak tercabut dah jantung saya ni huaaa," ujar Bora dengan membuat muka seakan-akan mahu menangis tetapi tidak jadi apabila matanya melihat pekerja-perkerja lain yang berada di situ memandang mereka berdua dan lebih membuatkan dirinya terasa mahu menghantukkan kepalanya bila dia bertembung mata dengan Wonwoo. Lantas dia mengambil semula file putih tadi dan menutup wajahnya semula sebelum dia duduk di tempat kerjanya.

Raon, pada awalnya mahu berjumpa dengan Wonwoo untuk mengembalikan beberapa dokumen untuk dikemas kini tetapi terbantut pula bila melihat telatah Bora.

"Wonu-yaaa jom teman aku pergi cafe?"

Langkah Raon terhenti lagi sekali apabila dia melihat seorang jejaka berambut hijau tua datang menghampiri Wonwoo. Raon lalu berdecit dan berkata, "Ingat dah mampus namja ni, rupanya ada lagi."

Setelah berkata sedemikian, dia melanjutkan perjalanannya untuk ke meja Wonwoo dan seusai itu, dokumen yang ada padanya diletakkan di atas meja Wonwoo. "Kemas kini dokumen tu lepas tu hantar dekat Encik Han sebelum pukul lima hari ni."

"Okay."

Raon mengangguk selepas menerima respon ringkas Wonwoo dan seraya itu matanya menjelingnya sedikit ke arah lelaki tinggi duduk bersebelahan Wonwoo. Lelaki itu juga sedang memandangnya tanpa ada riak pada wajahnya. Kalau tadi dengan Wonwoo, senyum saja lelaki itu tetapi sekarang hilang terus senyuman tersebut.

Namun Raon hanya buat tidak endah saja dengan kehadiran lelaki itu dan langsung menuju ke meja kerjanya. Tanpa Raon sedar, lelaki tadi memerhatinya sehinggalah dia duduk di kerusinya.

"Kau gaduh dengan Raon kah?"

Soalan yang meluncur keluar dari mulut Wonwoo membuatkannya dia memalingkan wajahnya semula ke arah rakan baiknya, Wonwoo.

"Mana ada kitaorang gaduh."

"Eh jom lah gi cafe, aku dah lapar ni hyung.." katanya lagi dengan mencebik sambil memegang perutnya yang minta untuk diisi. Tanpa banyak bantah, Wonwoo mengemas mejanya sebelum mengikut Kim Mingyu, rakan sekerjanya itu ke cafe yang terletak tidak jah dari bangunan tempat kerja mereka.

Seusai mereka berdua beredar, Bora dengan tiba-tiba berdiri dan menjerit, "HUAA AKU BEBAS!"

Dia sebenarnya sepanjang Wonwoo berbual dengan Mingyu, dia memerhati Wonwoo. Kot kot lah lelaki itu bercerita tentangnya kepada Mingyu, mampus dirinya kalau rahsia dia terbongkar.

[SU] 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝑫𝒆𝒄𝒊𝒔𝒊𝒐𝒏: 𝑱𝒆𝒐𝒏 𝑾𝒐𝒏𝒘𝒐𝒐Where stories live. Discover now