Part 22

21K 867 6
                                    

Hampir 10 minit dia berada di hadapan cermin membetulkan tali leher

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir 10 minit dia berada di hadapan cermin membetulkan tali leher. Selalunya dia malas hendak memakai tapi entah mengapa rajin pula dia hendak pakai hari ini. Kena rasuk agaknya. Wajah pula sentiasa senyum daripada tadi. Dia yang jarang senyum sudah berubah menjadi murah dengan senyuman pula.

Namun, senyuman itu hanya seketika apabila telefonnya berbunyi nyaring meminta diangkat. Diangkat panggilan itu apabila melihat nama pemanggil.

"What, Irdan?" Soalnya apabila panggilan dijawab. Rasanya masih awal lelaki itu hendak menjemputnya. Mengapa call pagi-pagi begini?

"Tuan, saya ada sesuatu nak cakap." Jawab Irdan.

"Tentang apa?"

"Black Devil."

Wajah serius mula ditayang. Hilang sudah senyuman manisnya tadi.

"Kenapa dengan Black Devil?"

"Ada masalah sikit, tuan. Saya rasa tuan perlu ke markas. Nak cakap dalam telefon macam tak sesuai, tuan." Balas Irdan.

Randika mengeluh berat.

"Kau tunggu aku ke sana, tak payah jemput aku."

"Baik, tuan."

"Pesan kat Arif, aku tak masuk office hari ini. Cancelkan semua meeting aku." Arah Randika dengan suara dingin.

"Baik, tuan." Talian dimatikan.

Tali leher yang sudah diikat kemas dileraikan semula. Kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

•••

Pagi yang cerah bersama matahari yang setia menyinari langit setiap hari memberi semangat baru untuk manusia meneruskan kehidupan seharian. Begitu juga dengan Larissa. Bangun sahaja daripada tidur lenanya, dia terus bersiap-siap untuk ke butik dan sebelum itu dia perlu menyediakan makan pagi untuk encik suami. Mengingatkan itu, dia terasa tidak sabar pula hendak melihat wajah Randika pagi ini. Agaknya sudah bangun ke belum ya?

Langkah kaki dibawa keluar dari bilik. Matanya mula memerhati Randika yang seperti kelam-kabut. Nama lelaki itu diserunya. Terhenti langkah Randika hendak memasuki lif.

"Awak nak pergi office dah ke?" Dalam hati terbit rasa sedih melihat lelaki itu seperti sudah hendak keluar. Tidak dapat dia hendak menyediakan sarapan pagi Randika.

Lelaki itu menggeleng kepala. "Aku ada hal. Kau tak payah lah sediakan breakfast. Makan malam pun tak perlu. Sebab aku tak tau aku balik pukul berapa." Balas lelaki itu. Matanya menyaksikan wajah keruh Larissa.

Gadis itu hanya mengangguk lemah.

"Kau tak pergi butik ke?" Soalnya sekadar menukar topik perbualan.

𝐋𝐨𝐬𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Where stories live. Discover now