Part 30

24.5K 959 11
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata dibuka perlahan-lahan. Cahaya terang menembusi biliknya menandakan siang menjelang tiba. Pandangannya yang tadi kabur mulai jelas. Otaknya seperti baru mencerna apa yang berlaku. Mata mula memandang ke sebelah.

Kosong. Dia mengeluh berat. Peristiwa semalam bermain-main di fikirannya. Dia mengurut pelipis. Apa yang terjadi semalam adalah diluar jangkaannya. Dia sendiri tidak tahu dia akan bertindak di luar kawalan seperti itu. Itulah dirinya. Apabila amarah menguasai, tidak dia peduli perasaan orang lain walaupun dia akan menyakiti dan mementingkan diri.

Dengan berat hati dia bangun dari baring. Tubuh dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri. Walaupun demamnya masih belum kebah, dia harus ke pejabat. Kerja yang bertimbun perlu diselesaikan dengan kadar segera.

•••

Keluar sahaja dari lif, matanya meliar seperti mencari seseorang. Namun, tiada sesiapa di ruang tamu mahupun dapur. Kaki melangkah jua ke dapur. Tudung saji dibuka sebelum matanya dipenuhi dengan makanan untuk sarapan pagi.

Nota kecil yang terselit di bawah pinggan diambilnya sebelum dibaca dengan teliti.

'Saya dah sediakan sarapan pagi untuk awak. Maaf, saya tak dapat teman awak makan sekali, saya perlu berjumpa dengan client pagi ni. Enjoy your meal.' -Larissa

Dia meneguk liur kasar. Terbit rasa sebal kerana tidak dapat berjumpa dengan gadis itu pagi ini. Namun jauh di sudut hati, dia juga rasa dia tak mampu terus menatap wajah cantik Larissa. Dia takut amarahnya kian memuncak naik kelak. Dia takut dendam yang cuba dipadam sebaik mungkin kembali membara.

Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Kerusi ditarik sebelum makanan yang disediakan dihabiskannya. Air kopi yang dibuat masih panas. Mungkin gadis itu baru sahaja pergi, fikirnya. Pinggan yang kotor dicuci sehingga bersih. Meja makan juga dikemas, tidak mahu menyusahkan Larissa untuk mengemasnya jika gadis itu pulang nanti.

Sampai sahaja di pintu utama, dia seperti dapat melihat bayang Larissa menunggu sehingga dia pergi kerja. Dia menggigit bibir menahan rasa.

"Tuan, selamat pagi..." muncul Irdan di muka pintu.

Randika hanya diam. Kasut disarungnya kemas lantas kaki dibawa ke kereta.

Pintu rumah dikunci oleh Irdan. Pantas lelaki itu membuka pintu kereta buat Randika sebelum dia ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Kenderaan beroda empat itu berlalu keluar dari rumah kediaman mewah milik Randika.

Sempat matanya melihat ke luar rumah. Dia seakan-akan ternampak bayang Larissa melambai tangan ke arahnya. Dia tersenyum kecil sebelum senyumannya kembali pudar diganti dengan perasaan sebal dalam hati kerana dia sedar, itu semua hanyalah ilusi. Tanpa dia sedar, perbuatannya semalam merenggangkan lagi hubungan mereka. Rumahtangga yang baru hendak mengecap bahagia didatangi ujian sehingga masing-masing menjauhkan diri.

𝐋𝐨𝐬𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Where stories live. Discover now