3. Nirnama - Hilal Asyraf (MY)

4 1 0
                                    

Nirnama karya Hilal Asyraf.

    Nirnama, bermaksud tanpa nama. Seorang pahlawan zuhud yang berkelana di Tanah Melayu menumbangkan satu persatu konco-konco pemerintah zalim yang mengamalkan ilmu hitam. Latar tempat di Malaysia pada zaman dahulu kala, tetapi genre Distopia.

     Penulis sangat kreatif memasukkan cerita-cerita rakyat di sekitar semenanjung Tanah Melayu dan Borneo, menggunakan karakter dalam cerita rakyat sebagai watak-watak dalam novel ini. Kebanyakan pengakhiran yang menyedihkan dalam cerita-cerita rakyat yang asal diubah didalam Nirnama. Kebolehan penulis dalam mengarang puisi ditonjolkan dalam novel ini. Dengan memberi klu kepada pembaca, membuatkan pembaca menjadi teruja membuat spekulasi dan deduksi berdasarkan bahan bukti ditemui sepanjang membaca novel ini.

     Penggunaan bahasa Melayu klasik yang menarik, tidak sukar untuk difahami. Penulis turut menggunakan beberapa perkataan bahasa Arab yang agak jarang didengari.
Nota: pembaca boleh menggunakan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) secara atas talian untuk menterjemahkan perkataan-perkataan bahasa Melayu. Jika terdapat perkataan lain yang sukar difahami, sila rujuk pada kamus bahasa Arab atau pun guru. Jika tiada guru yang boleh membantu, anda boleh bertanya rakan-rakan pembaca ataupun saya di ruangan komen.

     Ilustrasi-ilustrasi watak-watak berpakaian tradisi lengkap dengan perhiasan dan senjata menunjukkan bahawa watak-watak ini bukanlah sekadar orang biasa-biasa. Perjuangan Nirnama bersama sahabat-sahabat seperjuangan bisa membuat pembaca menitiskan air mata. Sejujurnya, saya amat suka dengan ilustrasi dalam novel ini. Berpakaian mengikut adat tradisi, sesuatu yang agak sukar ditemui pada hari ini. Ukiran dan lok keris yang gah, melambangkan kemegahan dan kekuatan pahlawan. Ini menjadikan Nirnama sebuah novel yang mengangkat tradisi.

     Saya amat meminati reka bentuk keris. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana nenek moyang kita mendapat ilham mencipta keris sedangkan kebanyakan bangsa lain menggunakan pedang yang tidak wavy sebagaimana keris. Keris adalah suatu senjata yang amat menarik. Reka bentuk lok-lok menjadikan keris sebagai sebuah senjata yang amat berbahaya. Pernahkan anda dengar, jika seseorang ditikam, anda tidak dibenarkan menarik pisau keluar jika anda bukanlah seorang doktor bedah? Itu baru pisau yang biasa. Bagaimana jika ditikam dengan keris? Reka bentuk lok keris menyebabkan mangsa cedera sebaik sahaja ditikam, dan apabila keris ditarik keluar, daging-daging dan organ mangsa akan tercedera sekali lagi. Tidak mustahillah orang zaman dahulu mengatakan keris mempunyai sakti. Reka bentuk sahaja sudah membuat orang terbayang kecederaan yang parah, belum termasuk penggunaan racun.

       Sampai sini sahaja ulasan pembacaan saya.

Novel ini sesuai untuk menarik minat anak-anak terhadap cerita rakyat di Malaysia.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Oct 10, 2022 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

sapphire wanis' BOOK REVIEW (MY/ENG)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin