Bab 63

206 17 0
                                    

DOKUMEN fail diperhati nihil, selakan helaian dibelek dengan bebola mata tertancap di setiap baris aksara yang ada. Dibaca dan dihadam sebaik mungkin, tidak meninggalkan waima sebutir pun perkataan.

Anan Nurfiza binti Abdullah.

9 Januari 20XX

Status; tidak sah.

Meneruskan pembacaan, rentak alur pernafasan kian berubah rentak. Ritma tidak sekata, berkocak mengah dengan pandangan berpinar.

Bukan sekarang, Anan. Bukan.

Syaf Inas bin Saleh.

Status;  anak sepupu lelaki seibu, Salmah binti Salahuddin.

Untaian kata diteliti tajam, dipahat pada perenggan sama berulang kali.

Setitik, juring membahang belan-belan meluruh laju di lurah pipi. Tangan sejuk meligih, kosong tiada rasa.

Kebas.

Seulas bibir merekah kering digeligit, cecair hangat menitis jatuh pada sucinya lembaran. Sebu dada membaca maklumat yang tentera, merayap kecewa segenap sukma.

Panggung kepala, dia buang pandangan dari gelangsar jendela. Panaroma pesisir pantai kirana, jentikan nurani dihunus memori lalu. Pangkin besi disentuh tulang jari, pegangan bertukar erat belan-belan hamparan dada langit menjamah deria.

The sunset is beautiful isn't?

Sejenak, remang kelemayar menjilat liang roma. Ufuk barat terbenam bagaskara megah, perlahan-lahan menuruni pinggir saujana segara. Bayu merelop berpuput jelma, garang diiringi kicauan burung bersimfoni sama. Biasan matanya berkilauan kristal, menikmati pandangan fatomorgana yang ada.

Aku ada, awan.

Kelopak layu akhirnya ditutup rela, gemar bilamana diusik semesta. Ralit benarkan hembusan desir petang membelai laman wajah, seakan membujuk gundah bertakhta kerdilnya hamba.

Abang cintakan Anan.

Deras merentasi epidermis berbera, ceduk melingkari didakap dusta terhampar kepadanya. Dipujuk diri agar tabah, senantiasa. Dipaksa ceria dan pura-pura, selalu.

"Tapi, abang tipu Anan."

Lirih.

Berantakan simpanan emosi, disemat rapi. Memasung kaki malahan seluruh jasad, sesak dihurungi telahan menyembah ke suramnya kegelapan. Roh bergentangan merintih bahagia, apakah hampiri dan gapai tempat berteduh itu begitu sukar untuknya?

Aku janji akan jadi penawar untuk kau, awan.

Berpaut kala dia lemah, huluran rapuh hingga terduduk keseorangan seperti tiada harga.

Gugur, buliran terus hangat penuh kasih menyelusuri muara lara.

Menggigil kecil bibirnya. Basah luka, balutan terlerai dek pekat nyata goresan diukir padanya. Parutan kekal mulai beram, dia pula sekadar terima selagi ditampung badan kerdilnya.

Tunggu aku, Anan Nurfiza.

Ditawan pelbagai rasa, tatluki sepenuh sanubari disuap kenyataan sebentar tadi.

Permata setitik jatuh, kabur penglihatan yang ada.

Anehnya, dia masih mampu lukis senyuman.

Anehnya, dia masih mampu lukis senyuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now