part 5

1.8K 74 3
                                    

8 bulan kemudian .

"Dah siap ke belum ? Kita dah lambat lah !" Kata Alvin kepada Cyra .

"Dah ii ."

Cyra masuk ke dalam kereta dan mereka mula bergerak pulang ke rumah orang tua Cyra .

"Awak ." Cyra memanggil suaminya .

Alvin yang sedang fokus memandu terus memandang ke arah isterinya sebentar dan memandang ke hadapan semula .

"Apa ?"

"Thank you sudi balik rumah ummi saya . Saya tahu awak taknak pun balik ." Kata Cyra .

"Hm ." Balas Alvin pendek .

'Ya Allah . Kenapa berdebar jantung aku lepas tengok dia tadi ?' Kata Alvin .

Selepas beberapa jam , akhirnya sampai juga ke rumah ibubapa Cyra . Sebaik sahaja mereka turun dari kereta , sudah melihat ibubapa Cyra sudah menunggu di luar .

Alvin dan Cyra menyalami encik Ahmad dan Puan Syarifah .

"Rindunya dekat ummi dengan abah ." Kata Cyra lalu memeluk orang tuanya .

"Ye ke ? Takpelah . Masuk dulu . Nanti kita sambung lain ." Kata Encik Ahmad .

Alvin mengangguk lalu mengambil beg pakaian lalu dibawa masuk ke rumah .

***
"Kali ni Cyra dengan Ed nak duduk berapa hari ?" Kata Puan Syarifah .

"Seminggu kot ummi . Boleh kan ?" Kata Cyra .

"Mestilah boleh ." Kata Encik Ahmad .

Mereka seronok berbual sehingga tiba ii Alvin memanggil Cyra .

"Sayang ." Alvin memanggil Cyra dengan suara yang lembut .

"Ha pergilah . Suami kamu panggil tu . Dia nak mintak tolong apa ii kot ." Kata Puan Syarifah .

"Ok ummi ." Kata Cyra .

Dia pergi ke biliknya . Dia ragu ii dengan panggilan suaminya . Akan tetapi dia tetap masuk ke biliknya .

"Awak ?" Cyra masuk dan mencari suaminya .

Cyra melihat Alvin berada di balkoni di biliknya .

"Awak nak apa ii ke ?" Kata Cyra yang berada di belakang Alvin .

"Takdelah . Aku taknak apa ii pun . Aku cuma nak bagitahu kau yang aku nak keluar kejap lagi ." Kata Alvin .

"Nak saya ikut ?" Kata Cyra .

"Tak payah . Aku nak jumpa kawan aku ." Kata Alvin lalu dia bangun .

Cyra mengangguk faham .

***
Alvin pergi ke sebuah pantai yang dia amat rindukan .

"Akhirnya aku beranikan diri nak datang sini . Aku harap boleh jumpa kau Hana ." Kata Alvin .

Alvin mula berjalan ke tempat dia dan Hana selalu melihat matahari terbenam .

Alvin membatalkan niatnya untuk duduk di situ kerana dia melihat seorang wanita yang sedang berada di situ .

"Kakak ! Jom balik . Mama dah bunyi ." Kata seorang remaja kepada kakaknya .

Wanita yang duduk tadinya bangun untuk pulang .

Akan tetapi jantung Alvin seakan akan mahu berhenti .

"Ha-Hana !?" Kata Alvin .

Wanita tadinya yang sedang berjalan ke arah adiknya berhenti kerana namanya dipanggil . Dia memusingkan badannya dan melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya .

Hana terdiam di tempat .

"Alvin ?"

"Hana , we need to talk ." Kata Alvin .

"Adik , tunggu dekat motor dulu boleh ? Kakak nak sembang dengan kawan kakak kejap .

Adiknya sekadar mengangguk faham .

"Mana awak selama ni !? Hampir setahun saya tunggu awak !! Mana awak menghilang !?" Kata Alvin dengan mata kemerah-merahan .

"Isteri awak okay ? Saya tengok gambar dia . Cantik sangat . Mummy awak sihat ? Awak sihat tak ? Lama kan kita tak jumpa ." Kata Hana tenang .

Alvin melihat ke mata Hana .

"Tolonglah . Kita kembali macam dulu lagi . Saya cintakan awak ." Kata Alvin lalu melutut .

"Saya minta maaf . Saya dah tak cintakan awak . Awak dah jadi masa lalu saya . Please lupakan saya . Lagipun awak dah berkahwin kan ? Fokus dekat isteri awak . Saya rasa dia yang terbaik untuk awak ." Kata Hana lalu berjalan pergi .

'Saya minta maaf Alvin . Saya cintakan awak tapi saya taknak jadi orang ketiga dalam perkahwinan awak .' kata Hana di dalam hati dan tanpa dia sedari , dia menangis .

Cyra melihat semuanya .

'Aku penghancur hubungan suami aku ke ? Aku orang ketiga dalam hubungan diorang ? Ya Allah , maafkan aku .' kata Cyra di dalam hati .

Cyra cuba menahan air matanya akan tetapi tidak dapat kerana melihat suaminya mengalirkan air mata . "Saya mintak maaf awak . Tak sepatutnya kita kahwin dari dulu lagi ." Kata Cyra .

LAST LOVE [C]Where stories live. Discover now