Bab 1

15.1K 68 1
                                    

Kampung Sungai Dua, Alor setar, Kedah

Khemah masih lagi terpacak di hadapan rumah Haji Sanusi. Begitu juga kerusi meja yang masih berbalut kain biru dan putih. Pelamin yang gah berwarna lavendar itu ditenung kosong Haniesya. Sekosong hatinya sekarang. Malu ibu dan abahnya masih belum hilang. Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlansung dengan meriah terpaksa ditukarkan kepada majlis kesyukuran, tanpa pengantin. Begitulah yang terpaksa dilalui Haniesya dan keluarganya. Majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan kerana pengantin lelaki tidak datang. Hanya yang datang wakil sahaja mengatakan pihak pengantin lelaki tidak dapat hadir atas alasan yang tidak menusabah.

Abahnya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung kerana hal itu. Ibu nya juga terpaksa menanggung malu dengan orang kampung. Pelbagai versi cerita dan gosip yang timbul menjamah telinganya. Cerita yang tidak sedap didengar juga telah sampai ke telinganya. Tapi apakan daya, mulut manusia. Penat bercerita nanti senyap la.

"Hanis..menung apa tu..dah la..ibu tahu..anak ibu kuat..benda dah jadi pun kan". Ujar Hajah Salmah sambil mengusap lembut kepala anak perempuan bongsunya itu. Sedih melihat anak nya diperlakukan sebegitu.

"Hanis minta maaf bu..ibu terpaksa tanggung malu..abah sakit..Hanis pun tak minta ibu benda ni jadi..Hanis minta maaf ibu". Haniesya menyeka air matanya buat sekian kalinya. Kalau ditadah air matanya mungkin dah boleh dibuat kolam.

"Bukan salah anak ibu ..biarlah..semoga dengan apa ujian yang Allah bagi pada keluarga kita ni ..buatkan kita lebih kuat lagi untuk tempuh hari2 mendatang. Hanis kena kuat." Dipeluk erat haniesya. Haniesya menangis teresak esak mengenangkan keluarganya terpaksa menanggung malu dek perbuatan bekas bakal suaminya itu .

*******************

Kem Tentera Darat, Port Dickson

"Aku nak jam 8 esok pagi semua dah terpacak depan aku. Sorang lambat, kamu tahu apa nasib kamu kan." Laung Kapten Syafiq kepada anggotanya.

"Baik tuan". Jawab mereka serentak, sambil menghentak kaki.

Kapten Syafiq terus berlalu ke pejabatnya. Lengkap beruniform no 3 nya. Muka yang tak pernah nak senyum. Ketat.

"Woi..lajunya..hang nak beghak ka?" Tegur leftenan Faiz sambil menayangkan muka minta penumbuk Kapten Syafiq.

"Itu lah..aku nak berak ni..ada pulak kau kat sini..dah tak jadi nak berak aku tengok kau.. rasa nak bunuh orang pulak." Kapten Syafiq meneruskan langkahnya. Dia perlu balik JB dengan segera. Mesej yang diterima dari mamanya membuatkan dia tak senang duduk. Dia perlu cepat sampai ke JB

" Dak la...orang melawak ja..hidup ni jangan nak serius sangat kapten..hang nak pi mana ni laju2..jom la sarapan dulu.." Faiz berjalan mengiringi kawannya itu. Baran kapten nya tu bukan boleh buat main. Merangkap bos nya juga. Ketua. Selain dari urusan kerja mereka Buddy. Kawan baik. Teman bergaduh. Mana ada Kapten Syafiq, disitu ada Leftenan Faiz.

"Aku nak balik berak kat JB ni..jamban umah mama dengan papa aku. Sebelum jam 8 esok aku balik kem. Aku dah belikan nasi untuk kau, aku dah letak atas meja." Syafiq membuka pintu kereta nya. Dia perlu sampai JB dengan cepat..esok pagi dia perlu berada di kem.

"Jamban kat kem ni tak sedap ke hang beghak.." Faiz dengan loghat kedahnya masih lagi tak berpuas hati. Kanapa kawannya itu kelihatan cemas dan nak cepat.

" Oi gila..aku nak cepat ni..kang nak balik sini pulak malam nanti.." lagi dilayan si gila tu..makin lambat dia nanti. Tu baru hal jamban.

Semanis Cinta KaptenWhere stories live. Discover now