Bab 5

11.2K 37 0
                                    

Syafiq menggenggam penumbuk. Maruah lelakinya seakan tercabar apabila mengetahui yang bakal isterinya berjumpa dengan bekas kekasihnya tanpa pengetahuannya. Seoalah olah berahsia. Kalau tak salah kenapa berahsia. Terus terang kan lebih baik.

Buk!

Syafiq menumbuk dinding. Walaupun dia masih dalam operasi.. segala gerak geri Haniesya sentiasa dalam poketnya. Betul2 dia marah apabila mengetahui Haniesya bersetuju untuk naik kereta bersama lelaki itu.

Faiz tidak berani untuk menegur Kaptennya yang sedang marah. Sarang tebuan jangan dijolok. Lebih baik berdiam diri.

"Kau flight sama dengan aku ke nanti?" Kapten Syafiq menyoal Faiz. Muka masih merah menahan marah. Operasi nya berbaki lagi 2 hari. Hujung ni..Haniesya pulak buat perangai. Memang saja nak mencari nahas la tu.

"Aah kapten. " Jawab Faiz pendek.

"Nanti kau datang tak majlis aku...kau sambung cuti tak?Soal Kapten Syafiq. Selalunya selepas habis operasi mereka akan diberi cuti selama 2 minggu.

"Tak sambung kapten..cuti tak lulus. .tapi kalau tak ada aral aku sampai majlis kau nanti..sebab sungai dua tu tak jauh sangat dari rumah aku. Majlis yang kat johor tu tengok dulu kapten". Ketika masih dalam uniform kerja..Faiz akan memanggil Syafiq dengan panggilan Kapten. Bila diluar mereka seperti adik dan abang.

"Yela..tapi aku dah mohon dengan mejar untuk balik petang nanti. Aku naik flight pukul 8mlm nanti ". Jelas Syafiq sambil memasukkan baju2 nya ke dalam beg askar nya.

"Eh...awat pulak?tau la tak sabar nak kawin..tapi balik awal2 bukan dapat pun lagi. ". Faiz mengekek ketawa. Sambil menutup mulutnya apabila Syafiq memandang nya. Memang nak makan kaki.

" Memang la tak dapat selagi belum akad...ingat aku gelojoh sangat macam kau ke..aku kena balik la..Haniesya buat hal dengan aku". Lemah suara Syafiq bila menyebut nama Haniesya. Tangannya masih lagi berbekas kesan tumbukan tadi. Tu la...siapa suruh tumbuk dinding.

"La...pasal tu ke kau mengamuk..rileks la...orang kata lagi dekat hari kita nak menikah...lagi macam2 dugaan..kau rileks je". Ujar Faiz. Dia juga risau kalau2 Haniesya betul2 buat hal. Baran Syafiq bukan boleh di buat main cumanya Syafiq dia lebih matang dalam menyelesaikan masalah.

"Aku dapat tahu dia keluar dengan ex dia malam pulak tu...berdua..kot ye pun benda boleh bagitahu aku dulu..tak pun ajak la member rumah dia tu..kan pelik tu pergi berdua." Syafiq kembali menekan suara nya. Hatinya panas bila mata2 nya di JB bagitahu yang Haniesya keluar berdua. Siap dengan no plat kereta. Dan bila disemak..rupanya bekas kekasih Haniesya juga bukan calang2. Dia merupakan anggota D9 yang bertugas di Kuching Sarawak.

Haniesya tidak pernah menceritakan padanya..tetapi semua maklumat ada dalam poket nya. Cuma sejauh mana hubungan mereka sebelum ini dia tidak dapat mengagak. Adakah Haniesya sudah pernah tidur bersama atau sebaliknya. Dia tak nak tahu ..argghhh...cemburu barangkali.

"Mungkin ada hal yang belum selesai..hang pun tahu kan..jantan tu hilang macam tu ja..mestila Hanis tu tertanya2..cuba hang siasat dulu." Faiz cuba meredakan kemarahan Kaptennya. Ada betul nya juga Syafiq marah...lagi 3 minggu nak bernikah kot.

"Tak pa lah..nanti hantar aku airport. Kau ajak la Aidil teman kau nanti..aku sign untuk dia." Ujar Syafiq. Walaupun dia begitu..kebajikan anak2 buahnya tidak pernah terabai. Bimbang Faiz drive sorang2 balik ke kem dengan jalan kiri kanan kelapa sawit. Sekurang2 nya berteman. Dan apa2 yang berlaku semua di bawah tanggungjawabnya.

"Okey, Tuan. Jumpa kat Kedah nanti. Selamat pengantin baru, Tuan!!" Syafiq menabik hormat pada ketuanya.

**********

Semanis Cinta KaptenWhere stories live. Discover now