CHAPTER 18 -DD-

1.3K 67 10
                                    

Majlis yang dibuat di dewan itu sangat lah meriah dengan tetamu yang menghadirkan diri. Kesemuanya memakai baju yang berwarna sama , warna putih salah satu tema bagi majlis besar ini. Ada yang datang bersama keluarga , ada yang datang bersama pasangan mereka. Bukan itu sahaja , mereka tidak datang dengan tangan kosong malah terdapat banyak hadiah yang dibawa oleh tetamu tersebut.

Hari ini hari paling bahagia buat pasangan pengantin ini , selepas ini mereka harus menjalani hidup sebagai sepasang suami isteri.

Sementara tetamu menghadirkan diri , Mayra dan Melissa berada di satu bilik untuk persiapan.

"Lawaa nyaa kauu Mayra" puji Melissa.

Mayra termenung. Hari ini hari paling bahagia buat dia , tetapi tidak semua keluarganya yang datang , hanya Melissa dan sesetengah sepupunya sahaja.

"Kau kenapa ni Mayra , jangan lah termenung , cuba happy sikit , hari ini kau kahwin kot , uish memang jodoh betul kau dengan doctor tu kan , dah lah hensem , tinggi pulak tu , lepastu dia punya body , jangan cakap lah , memang cuci mata pesakit pesakit dia" bebel Melissa , dia pulak yang teruja.

Tok tok..

Pintu bilik itu terbuka sedikit , terlihat seseorang lelaki yang menjenguk kepalanya ke dalam bilik itu.

"Em sorry ganggu , Mayra after dah selesai semua , lagi 2 minit get ready okay" kata lelaki itu dengan suara garaunya.

"Okay , thank you" Mayra membalas senyuman.

"Mayra , siapa lelaki tu?" Melissa bertanya , lelaki itu menarik perhatian dia.

"Kawan Adrian , nama dia Deniz"

"Deniz?"

Melissa tersenyum malu , seolah olah tengah angaukan seseorang.

"Kau jangan nak miang sangat eh , entah entah dia tu tunang orang , menyesal kau angau kat tunang orang nanti , sampai ke tua kau tak jumpa jodoh" bebel Mayra. Dia sudah terbiasa dengan perangai sepupunya itu.

"Apaa! , aku tak cakap apa apa pon , tetapi kan , orang cakap selagi belum di sah kan jadi suami , kita boleh- ADOII!!" jerit Melissa , terputus percakapannya apabila Mayra sudah memukul lengannya.

"Jangan nak gedik eh , dah jom , kang lambat pulak aku nak kahwin nanti" Mayra mula bangun dari tempat duduknya.

"Eleh , tak sabar lah tu" Melissa menyelit.

Mereka pon mula keluar dari bilik persiapan itu lalu menuju ke pintu utama dewan tersebut.

✧\>o<ノ✧

Adrian pon sudah sampai di pintu utama dewan dengan seseorang lelaki yang baru sahaja dikenali lalu Mayra dan Melissa menuju ke arah dua jejaka tersebut.

"Dah ready dah pengantin kita ni?" soal Deniz.

"Ready?" Adrian memandang Mayra.

"Yup , ready" kata Mayra terus dia memegang lengan Adrian.

Melissa dan Deniz mengikut dari belakang.

Mereka mula melangkah masuk ke dalam dewan itu dengan perlahan dan sopan , tetamu yang hadir memberi sorakan dan tepukan untuk sepasang pengantin itu. Juru gambar mulakan kerjanya , dari sudut ke sudut dia mengambil gambar. Puan Zulaika dan Encik Iskandar pula dari sudut pelamin menyaksikan anak terunanya dan pilihan hati , mata Encik Iskandar sudah berkaca , dia amat terharu. Satu satu anak tunggalnya kini akan menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang bertanggungjawab. Amat besar amanahnya selepas ini.

Mereka berhenti di hadapan pelamin itu. Lalu Adrian memusingkan badannya ke arah Mayra , Mayra turut membuat perkara yang sama. Seorang lelaki tua berdiri diantara mereka berdua , lalu dia memberi sedikit ucapan kepada mereka. Mata Adrian tidak lepas memandang Mayra.

OG | DEVIL DAYYAN |Where stories live. Discover now