CHAPTER 29 -DD-

745 43 0
                                    

"KAU BUAT APA PAGI PAGI BUTA NI HA!" terkejut Melissa.

Mananya tidak terkejut , pukul 5 pagi dah terpacak depan pintu rumah. Mungkin perkara baik bagi orang nak mahu pergi ke kerja , tapi bukan bagi Melissa. Ikutkan sekarang dia masih dibuai mimpi.

"Aku nak ambil barang"

"Barang apa?"

Lupa pula dia ini.

Deniz mengetap rahangnya. Ada yang kena flying kick nanti.

"Kau belum tua dah jadi pelupa dah? , tak ingat apa yang Dayyan suruh ke?"

Dahi Melissa berkerut lagi , tidak tahu sudah masuk ke berapa. Dari tadi jejaka dihadapannya ini menanyakan soalan.

"Dayyan?"

"Yelah Dayyan , kau-"

Diam. Nasib tidak terlepas cakap. Nampaknya Melissa tidak kenal siapa itu Dayyan. Deniz berdehem sedikit sebelum dia menyambung percakapannya.

"Ehem , maksud aku Adrian , ha Adrian" boleh basah ketiak kalau terlepas cakap tu.

"Owh Adrian , kenapa dengan dia?"

Nasib Deniz ini tidak mempunyai sifat baran dalam diri dia. Mungkin hanya mulutnya sedikit pedas. Tapi masih boleh cuba untuk mengawalnya. Ini kalau Melissa tidak mempunyai rasa sakit dalam dirinya , sudah melayang gadis itu dek tendang oleh Deniz.

"Apa masalah kau ni , pekak ke , lain kali korek telinga tu , banyak kali dah aku ulang benda yang sama , aku nak barang" tegas jejaka itu berkata.

Tiba Melissa tersenyum kambing. Bukan angau , tapi malu. Malu kerana baru teringat akan soalan si Deniz.

"Ish sabar boleh tak , tahu lah nak ambil , ish" gadis itu sempat menghadiahkan jelingan tajam sebelum barang yang berada di belakang pintu itu diambil.

Terdapat 5 paper bag berjenama dihulurkan pada Deniz.

Deniz mengambil paper bag itu dengan jelingan juga. Apa salahnya berbuat baik.

"Jeling Jeling , cucuk biji mata tu kang" sindir Melissa.

"Apa , kau buat boleh , aku buat tak boleh , cucuk mata tu kang" baguslah sindir dibalas sindir.

Pang..

Pintu rumah itu ditutup dengan kuat. Angin dari pintu itu membuatkan hujung rambut Deniz bergerak sedikit. Kuat betul gadis itu.

"Eleh , dia ingat rumah ni dia yang bina agaknya , selalu sangat buat macam tu , biar nanti roboh rumah ni" bisik Deniz. Ada sahaja yang nak didengki.

Deniz melangkah masuk ke dalam kereta. Destinasi pertama sudah selesai , kini Destinasi kedua pula.

✧\>o<ノ✧

Ding Dong..Ding Dong..

Perlahan Adrian turun dari tangga. Pintu rumah dibuka. Dia tahu insan yang berada diluar rumahnya ini ialah pembantunya. Jadi tidak salah kalau dibiarkan lama sekejap.

"Uish semenjak dah berbini ni , memang jarang pakai baju ke macam mana?" soalan pertama keluar dari mulut jejaka itu.

Adrian hanya pandang. Tidak membalas apa apa lalu dia memeluk tubuh. Badannya disandar pada bingkai pintu itu.

"Kau nak apa ni?" Adrian bertanya.

"Ni lagi sorang nak kena smackdown , orang nak kasi barang lah" geram aja.

Adrian hanya meng'o'kan sahaja.

"Bawak lah masuk dalam , aku malas nak pegang"

Panas pula hati ini. Nasib Adrian ini boss. Kalau tidak dia dengan Melissa jadi mangsa smackdown Deniz.

OG | DEVIL DAYYAN |Where stories live. Discover now