Perkenalan 2

7.8K 93 8
                                    

Aqil adalah seorang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di xxxx. Kehidupannya di sekolah ini bukannya Aqil tumpukan pada pelajaran, tetapi dia lebih fokus kepada sukan rugbi.

Di sekolah ini, sukan rugbi adalah sukan no 1 yang menjadi pilihan pelajar berbanding bola sepak. Malah sekolah ini juga sangat terkenal dengan kehebatan sukan rugbi nya suatu ketika dulu. Sebut sahaja nama sekolah ini pada ketika itu, pasti semua pemain rugbi pernah mendengarnya.

Tetapi itu cuma lah sejarah sekolah berasrama penuh ini. Mereka masih lagi hebat, tetapi tidak cukup hebat untuk mendapat tempat pertama di pertandingan negeri ataupun pertandingan antara SBP. Sudah lebih 15 tahun sekolah Aqil tidak berjaya merangkul sebarang tempat Pertama untuk pertandingan rugbi.

Sehinggalah cikgu Izzudin datang ke sekolah ini 3 tahun lepas. Kehadirannya membawa idea baru untuk pasukan rugbi sekolah ini. Dalam tempoh 3 tahun, dia berjaya membina satu pasukan yang mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kejohanan rugbi. Pasukan itu sudah semestinya terdiri daripada batch Aqil.

Aqil memang terbukti berbakat dalam permainan ini sehinggakan sejak dari tingkatan 3 dia sudah dipilih untuk mewakili negeri walaupun sekolah mereka cuma menduduki tangga ke 5 ketika kejohanan negeri berlangsung untuk under 18.

Jadi tahun ini, ketika Aqil tingkatan 4. Dia mempunyai impian yang lebih besar iaitu ingin menjuarai kejohanan rugbi antara SBP dan kejohanan negeri.

Oleh kerana Aqil banyak menghabiskan masa dengan rugbi, keputusan pelajarannya selalu di dalam paras yang ala kadar. Mungkin dulu ketika di tingkatan rendah, ia tidak menjadi isu yg besar. Kerana banyak mata pelajaran yang mudah untuk di fahami. Tetapi kini di tingkatan 4, dengan kehadiran subjek yang sukar seperti add math, physics dan chemistry. Cara belajar Aqil yang ala kadar membuatkan dia gagal di setiap peperiksaan yang didudukinya sehingga kini.

Isu Aqil bertambah besar apabila, pengetua sekolah mengumumkan. Bagi pertandingan antara sbp yang bakal berlangsung usai ujian pertengahan tahun ini, pelajar yang ingin mewakili sekolah wajib lulus dalam setiap subjek yang mereka ambil.

Tetapi Aqil tidak memandang serius tentang perkara ini, kerana baginya. Sudah pasti sekolah akan memberi kan kelonggaran untuknya kerana dia adalah pemain rugbi terhebat bagi sekolah mereka.

Hanya Cikgu Izzudin yang mengetahui betapa besar masalah itu, kerana di dalam meetingnya bersama guru-guru sebelum pengumuman dibuat. Pengetua telah menyebut secara jelas, peraturan itu dibuat khas bagi pelajar-pelajar rugbi yang bermasalah. Kerana terdapat lebih dari 10 orang Pelajar rugbi yang sering gagal dalam ujian mereka.

Bersambung.....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lagi Cemerlang, Lagi LumayanWhere stories live. Discover now