Serra sudah pun selesai sarapan pagi.Dah tiba masanya untuk dia bergerak pergi ke tempat kerja.Beg disebelah kerusinya dicapai.
"Abang Serra pergi kerja dulu,"ujar Serra.Kunci kereta di cari dalam begnya
"Eh sayang tunggu jap,"henti Harith
"Apa dia bang?"soal Serra
"Malam ni abang ingat sebelum abang gerak ke Australia esok abang nak bawa Serra dinner malam ni kat luar Serra nak?"tanya Harith.Serra tayang senyuman manis
"Mestilah nak lagipun dah lama kita tak dating kat luar,"kata Serra yang teruja
"Wow bukan main suka lagi eh nanti lepas solat magrib kita gerak,"kata Harith
"Ok,"Serra menyalam tangan Harith dan terus pergi ke keretanya begitu juga dengan Harith.Pintu rumah dikunci terlebih dahulu
Tiba di pejabat Serra
"Morning Puan Serra,"sambut rakan sekerjanya Aya
"Morning,"balas Serra dengan senyuman
"Aya suruh Darla masuk bilik saya kejap,"suruh Serra.Langkah disambung sehingga tiba di bilik kerjanya
"Baik puan serra,"balas Aya.Darla merupakan pembantu Serra di pejabat dan juga di bilik mahkamah.Darla mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum dia memasuki bilik Serra.Dengar sahaja arahan 'masuk' terus sahaja dia membuka pintu +
"Ya puan Serra ada apa nak jumpa saya,"tanya Darla
"Saya nak dalam masa sebulan ni tolong jangan bagi saya apa apa kes sebab saya nak bekerja di office sahaja,"arah Serra.Dia sudah penat asyik keluar masuk pejabat kerana menyelesaikan banyak kes terutama kes berebut harta sekeluarga
"Baik puan Serra,"balas Darla
"Ada apa apa lagi yang nak saya buat?"soal Darla
"Tak ada,"
"Kalau macam tu saya keluar dulu,"ucap Darla
"Ok,"
*
Haikal sedang menghafal skrip di sebalik komputer.Dia memandang Qarisya yang sedang kusyuk dengan komputer pasti gadis itu sedang melukis kalau tidak tak adalah fokus sampai begitu sekali.Satu benda terlintas di kepalanya
"Qarisya malam ni jom kita dinner sama sama nak kat luar,"ajak Haikal
"Dinner....kau ingat kita ni bercinta ke nak dinner bagai,"balas Qarisya.Mata masih ralit pada komputer
"Hello dinner tu tak semestinya orang yang bercinta je boleh orang single pun boleh,"kata Haikal
"Kau tahukan aku ni jenis macam mana memang malaslah kalau orang ajak ajak ni mesti aku tolak punya,"ujar Qarisya
"Habis kalau family kau ajak dinner kau tak ikutlah,"tanya Haikal
"Tak diorang keluar dinner aku tinggal rumah tapi aku suruh diorang tapaukan untuk aku la kalau aku ikut pun kena paksa,"jawab Qarisya.Kerusi bergerak itu dipusingkan menghadap Haikal
"Pula dah.Ala Qarisya please aku tak pernah pun keluar makan dengan kau sekali pun jadilah,"rayu Haikal.Kedua belah tangan di satukan tanda dia merayu
"Kalau aku pergi apa aku dapat,"soal Qarisya
"La keluar makan pun nak balasan ke,"hairan Haikal
"Of course aku ni bukan senang nak keluar dinner jadi kalau aku ikut kau dinner kau mesti bagi aku something yang bagus,"bilang Qarisya
"Oklah kau nak apa aku bagi asalkan kau ikut aku dinner malam ni,"tawaran Haikal
"Satu je aku nak kau puji lukisan aku cantik tak jujur dari hati kau,"suruh Qarisya.Haikal pergi ke komputer di depan Qarisya dan tengok lukisan tersebut
YOU ARE READING
HILANG
Horror1st book Qarisya,Aurora,Serra,Qarissa dan Sofea merupakan kawan baik dari zaman persekolahan mereka lagi.Namun disebabkan mereka berlima sudah habis ijazah mereka mula berpecah dan mengejar kerjaya masing masing termasuk Qarissa dan Qarisya walaup...