Di tanah perkuburan
Qarisya selamat di kebumikan di tanah perkuburan.Dia meninggal disebabkan tikaman yang kena di tubuhnya pada malam itu kena pada organ dalaman
Semua orang sudah pulang tinggal mereka berempat dan pasangan kekasih masing masing.Haikal dan Balqis turut ada disitu
"Qarisya!Terima kasih selalu ada untuk aku disaat sedih ataupun senang.Kaulah satu satunya adik kembar yang aku ada dan aku mengharapkan kita sehidup semati tapi apakan daya takdir Allah kau yang pergi dulu.Aku janji akan jaga mama papa dengan baik macam mana kita sama sama jaga dulu.Aku sedih bila kau tak sempat tengok aku kahwin kau pun mesti sedih kan bila tak dapat kahwin sebelum kau pergi tapi ada orang sukakan kau dalam diam.Apa yang aku nak cakap aku akan sentiasa sayang kau dunia akhirat walaupun sekarang ni dunia kita dah berbeza"-ucap Qarissa dalam hati sambil menyiram kubur Qarisya lalu dia memberikan jug air itu pada Aurora
"Aku bersyukur memiliki sahabat seperti kau Qarisya.Kita sekepala,selalu hiburkan orang kalau aku bosan kau hiburkan aku lepas ni tak ada dahlah orang nak happy kan aku.Aku sayang kau Qarisya.Aku dengar nasihat kau aku akan cuba ubah perangai aku supaya tak keras kepala.Tunggu aku kat sana ye!"-ucap Aurora dalam hati.Dia menyiram kubur Qarisya selepas itu memberikan jug itu pada Serra
"Wahai sahabatku.Maaf jika aku terlalu ego,selalu marah kau sebab buat perangai tapi bukan maksud aku tak suka kau aku cuma nak kau jadi seperti perempuan lain.Terima kasih telah menjadi sahabat yang tidak pernah pergi disaat mengetahui baik buruk aku.Sahabat yang tidak pernah merasa tersaing dalam hal apapun,serta selalu ada disaat aku suka duka dalam kehidupan.Kau tenanglah disana"-ucap Serra dalam hati sambil menyiram kubur Qarisya.Dia memberi jug itu pada Sofea pula setelah selesai menyiram
"Qarisya terima kasih untuk semua waktu yang telah kita hadapi disaat susah dan senang.Terima kasih kerana selalu menjadi pendengar yang baik untuk masalah aku.Terima kasih bagi aku semangat setiap kali aku kena gangguan.Kau adalah sahabat paling terbaik walaupun kadang kadang kau buat aku naik angin tetapi kaulah yang sentiasa buat aku terhibur ketika aku dilanda masalah.I love you sahabat.Semoga kau tenang disana"-ucap Sofea sambil menyiram air di kubur Qarisya
Setelah kesemuanya selesai menyiram mereka semua berangkat pergi kecuali Haikal
Farish menepuk perlahan bahu Haikal sebelum pergi.Dia faham sangat perasaan sepupunya itu bagaimana sekarang ni.Syafiq,Hayder dan Harith memeluk erat bahu Haikal
Mereka semua sudah pulang.Kini Haikal sendirian dia kubur
"Kenapa kau pergi Qarisya.Why?"-kata Haikal sendirian di kubur
"Kenapa baru sekarang kau nak luahkan perasaan kau kat aku sebelum kau pergi.Aku baru ingat lepas kau balik bercuti nak melamar kau.Nak jadikan kau sebagai isteri aku tapi dah jadi macam ni"-luahan Haikal
"Aku terima hakikat yang jodoh kita berdua mungkin tak ada tapi aku yakin kau mesti tunggu aku kat sana kan.Lepas ni tak ada dahlah aku orang nak hiburkan aku kat office.Seorang diri jelah aku kat office nanti.Siapa yang nak lukis animasi untuk aku nanti"-kata Haikal sendirian
"Aku pergi dulu Qarisya.Aku janji tiap tiap minggu datang ziarah kubur kau"-ucapnya
Dia bangun dan pergi meninggalkan kubur Qarisya
"Aku sentiasa tunggu kau Haikal"-ucap Qarisya.Roh dia setia memerhatikan Haikal
Sekarang ni kawasan villa itu sedang dikelilingi polis dan ahli forensik
Sebanyak 12 orang mayat yang ditemui di dalam rumah usang itu
Ustaz Mahfuz sudah mengunci tempat itu supaya tidak ada orang yang masuk
Nenek tua sudah tewas tetapi dia boleh wujud balik sekiranya tongkat itu dicantumkan semula begitu juga dengan Ghawiyah dia boleh kembali sekiranya ada orang jumpa cucuk sanggul itu
5 bulan kemudian.........
Kini masa yang ditunggu tunggu hari pernikahan Farish dan Qarissa pun tiba
Qarissa dan keluarganya sudah sampai di masjid.Dia sedang menunggu untuk dipanggil.Dia termenung sahaja di dalam kereta
Flashback
Selepas majlis pertunangan Qarissa selesai
"Fuhhhhhh penatnya"-rungut Qarissa dia menghempaskan dirinya ke atas katil
"Baru tunang dah penat macam ni apatah lagi kalau kahwin"-kata Qarisya
"Itulah tu"-balas Qarissa ringkas
"Nantikan masa kau kahwin aku nak jadi pengapit kaulah mana tau aura pengantin kau tu sampai ke aku"-ujar Qarisya
"Kau nak jadi pengapit aku?Tak payahlah silap silap kau kipas diri kau sendiri bukannya aku"-bilang Qarissa
"Ala kitakan adik beradik takkan itupun kau nak berkira kan kan"-kata Qarisya
Qarisya membaringkan dirinya di sebelah Qarissa
"Tak sabar nak tengok kau naik pelamin.Aku janji aku akan teman kau naik pelamin nanti sama sama dengan husband kau"-kata Qarisya
"Mana boleh!Nanti kesianlah kat Farish tak dapat pegang aku sebab kau halang"-ujar Qarissa tidak puas hati
"Biarlah mamat tu apa salahnya aku nak bermanja dengan kau maybe masa tu kali terakhir aku bermanja dengan kau kan"-kata Qarisya menyentuh hati
"Ya"-ringkas jawapan Qarissa
"Aku harap sempatlah tengok kau kahwin"-ucap Qarisya
"Kenapa kau cakap macam tu"-bilang Qarissa
"Ye lah kita tak tahu ajal kita bila.Manalah tahu ada something jadi kat aku sebelum hari perkahwinan kau"-balas Qarisya
"Takpe kau jangan risau kalau aku pergi awal sekalipun roh aku akan tetap tengok kau kahwin"-kata Qarisya
Flashback end
"Qarissa!"
"Qarissa!"-panggil mamanya.Qarissa menoleh ke arah mamanya
"Pengantin lelaki dah sampai.Jom turun"-kata mamanya
"Ok"-balas Qarissa ringkas.Dia segera turun dari kereta
Skip selepas akad nikah.Sesi bergambar
"Yeay dah boleh pegang!"-Farish teruja sambil tu dia memegang erat tangan Qarissa
"Congrats cousin.Akhirnya kahwin juga kau"-ucap Haikal
"Thanks bro.Aku doakan semoga kau dapat jodoh yang baik"-balas Farish
"Amin"-kata Haikal
"Amboi mentang dah halal"-usik Hayder.Apabila melihat Farish memegang tangan Qarissa
Hayder dan Aurora kini sudah bertunang tunggu masa je nak kahwin
"Lepas ni tak ada lagilah aku nak jealous dengan Harith sebab aku pun dah ada bini"-kata Farish
"Elehhh kau takpe aku tetap takkan kalah"-balas Harith
"Jangan berlagak!Lepas ni turn aku pula kan love"-bilang Syafiq.Sofea tersenyum malu.Sebulan lepas tu majlis dia pula
"Aku nak jadi bapak dah korang bila lagi!!"-gurau Harith
Kandungan Serra sekarang ni dah nak masuk 6 bulan.Jadi mak buyung dah dia!
"Insyaallah coming soon"-kata Farish.Qarissa mencubit lengan Farish
"Aduh sakitlah sayang"-rungut Farish
"Ok semua jom bergambar"-kata jurukamera
Mereka semua bergambar dengan pengantin baru
"Selamat pengantin baru kakak"-ucap roh Qarisya di luar masjid
YOU ARE READING
HILANG
Horror1st book Qarisya,Aurora,Serra,Qarissa dan Sofea merupakan kawan baik dari zaman persekolahan mereka lagi.Namun disebabkan mereka berlima sudah habis ijazah mereka mula berpecah dan mengejar kerjaya masing masing termasuk Qarissa dan Qarisya walaup...