HEM - 16

28 0 0
                                    

Sudah berapa kali Fifyana reject Zack kerana rasa hormat dan sayangnya Fifyana dekat Kentang kerana Kentang lah yang jaga mereka dan tanggung perbelanjaan hidup mereka sehingga sekarang serta Kentang juga ambil tanggungjawab mendiang Mamalita untuk menjaga mereka dan di rumah agam.

Fifyana tidak mahu bebankan tanggungjawab dan beratkan fikiran Kentang tentang hubungan mereka gadis dalam family Kentang itu.

Kentang sebenarnya tahu hal Fifyana reject Zack itu. Kairo dan Presiden Black berbincang tentang hal Zack bersuara solo untuk minta izin bercinta dengan Fifyana. Zack sendiri meminta izin dekat Kairo dan Presiden Black.

"Keputusan terakhir ada di tangan El. Kami dua okay saja. El ada sebab kenapa dia susah bagi green light untuk gadis2 dalam family kami sebab JIKA ada sesuatu berlaku pada gadis kami El tidak akan ada kompromi sikit pun El akan terus KILL." Kata Kairo dekat Zack.

"Aku tidak akan jadi Mafia kalau takut mati." Kata Zack dengan yakinnya.

"Ini bukan hal kau takut mati atau kau mafia tapi El lebih pentingkan Kepercayaan yang dia berikan sama seseorang itu adakah jenis yang pegang amanah atau mensia-siakan." Kata Kairo lagi.

Zack terdiam. Pada masa yang sama Kentang dan Fifyana masuk ke dalam mini pejabat istana. Kentang dengan muka kencangnya memandang abang tirinya itu.

"Bagi aku tiga sebab kenapa aku patut terima kau untuk gadis dalam family aku?" Tanya Kentang dengan mukanya yang tegas itu.

"Aku akan pegang amanah yang adik berikan. Aku akan pertaruhkan nyawa aku untuk Fifyana. Jika aku buat salah sama gadis dalam keluarga ini aku jujur dan bersumpah akan mati cuma di tangan adik." Jawab Zack dengan yakin dan tegasnya.

"Dalam satu pertempuran aku dan Fifyana mahu di tembak siapa yang kau selamatkan?" Tanya Kentang lagi.

"Kentang." Jawab Zack ringkas.

"Di atas kapal itu ada aku dengan Fifyana di mana kapal itu di pasang bom. Mana satu kau selamatkan dulu aku atau Fifyana?" Tanya Kentang lagi.

"Kentang." Jawab Zack pula.

"Aku dan Fifyana masuk hospital sebab pertempuran dan kehilangan banyak darah siapakah yang akan kau dermakan darah? Aku atau Fifyana?" Tanya Kentang lagi.

"Kentang." Jawab Zack lagi.

"Kenapa aku? Sedangkan Fifyana itu pasangan mu. Aku cuma adik tiri atau orang luar." Kata Kentang lagi.

"Walaupun kau adik tiri aku tapi kau aku anggap seperti adik kandung aku. Walaupun kau kata kau orang luar tapi kau mengajarkan aku erti kasih sayang dan cinta itu dalam kehidupan bagaimana." Jawab Zack dengan tenang dan jujurnya.

Semua terdiam menunggu keputusan dari Kentang. Kentang menarik nafas panjang dan menghembus sebelum berkata selanjutnya.

"Bulan depan kamu dua bertunang. Bertunang tempoh dua bulan saja. Bulan ketiga kamu kahwin. Setuju?" Tanya Kentang dekat abang tirinya.

Semua terkejut dengan keputusan Kentang buat.

"Setuju atau tidak?" Tanya Kentang sekali lagi.

"Setuju." Jawab Zack dengan lajunya.

"Seriuosly adik?" Tanya Kairo terkejut dengan keputusan adiknya itu.

"Buat apa lama2 kalau sudah suka sama suka sayang sama sayang cinta sama cinta kasih kahwin saja. Adik ini bukan tidak tahu percintaan itu bagaimana tapi dalam hal2 begini kena serius. Elak di cakap oleh orang2 nanti bikin malu keluarga Mamalita. Okay?" Kata Kentang dengan tegasnya.

Semua memandang Kentang penuh tanda tanya.

"Kenapa kau mahu kahwin juga abang?" Tanya Kentang mencuba tukar topik.

Happy Evil Me  (COMPLETED)Kde žijí příběhy. Začni objevovat