Persiapan Balik Ke Korea

6.2K 211 1
                                    

"Abang, jom kita pergi jalan-jalan nak tak. Adik bosan laa." Diana mengajak abangnya. "Alah, duduk jelah dekat rumah nie. Abang malaslah nak keluar. Tak nampak ke abang tengah main nie." Bantah Darwish yang sedang kusyuk bermain permainan videonya itu.

"Alah,abang nie! Jomlah!" Kata Diana dengan muka tidak puas hatinya itu. "Tak naklah adik. Abang malas." Jawab Abangnya bersahaja. Malas dia mahu melayan kerenah adiknya. Diana membuat muka tanda dia sakit hati. "Tak pelah. Adik pergi sendiri." Kata Diana lalu turun tangga.

"Okay. Eh! Japp! Abang ikut!" Kata Darwish. "Nak pula ikut. Tadi tak nak." Balas Diana.

"Adik nak pergi mana?" Soal Darwish. "Abang pandu jelah kereta nie. Nanti adik kata berhenti ke, belok kanan ke, belok kiri ke, baru buat." Kata Diana. "Abang adik malas nak cakap belok kiri ke kanan ke. Adik cakap jelah mana nak pergi." Kata Diana. "Malas pulak. Ha. Nak pergi mana?" Tanya Darwish.

"Kita pergi pasaraya jap. Adik nak beli barang adik." Kata Diana. "Perempuan nie. Kalau bosan shopping ke kerjanya." Kata Darwish. "Habis tu abang? Bosan main game je kerjanya." Diana memerli abangnya.

"Yelah yelah." Kata Darwish mengaku kalah. Diana hanya tersenyum. "Tahu pun." Katanya sendiri. Setelah sampai di pasaraya besar yang berdekatan dengan rumahnya, Diana terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan panggilan abangnya. Abangnya berlari untuk mengejar Diana yang sudah jauh ke depan.

"Diana. Kenapa laju sangat nie. Abang pun penat mengejar adik." Kata Darwish tercungap-cungap. "Alah, abang. Relaxlah. Bukan jauh pun tempat parking kereta dengan pintu masuk." Ujar Diana lalu meneruskan perjalanannya.

Tiba-tiba, dia terserempak dengan Arina. "Hey! Budak hodoh! Jumpa lagi kita ye? Macam telah dirancang. Oh! Lupa kau tak payahlah nak buat muka baik ye hodoh. Kau tu bukan lawa dan baik sangat. Aku ingatkan kau sekali lagi ye hodoh! Kau tu tak lawa dan tak sesuai untuk Syazril!" Kata Arina.

Satu tamparan kuat menyinggah di pipi Arina. "Kalau nak hina orang tengok tuan punya badan. Lawa sangat ke? Setakat muka macam isteri sherk baik tak payah." Balas Diana yang sudah lama bersabar dengan sikap Arina yang selalu mendinginkan keadaan. "Kenapa nie?" Soal Darwish.

"Boyfriend baru ye? Tak sesuai langsung. Dia tu lagi hensem dan tak sesuai untuk kau.Kau sedar sikit. Kau tu kalau nak dibandingan dengan muka aku. Aku lagi sesuai untuk dia." Arina meninggi diri.

"Huh?! Kau kata kau sesuai dengan abang aku? Setakat muka isteri sherk baik tak payah. Tapikan? Aku rasa isteri sherk lagi cantik dari kau. Nak tahu kenapa? Sebab hati kau dengan bau air longkang yang dah berkarat tu sama je." Kata Diana. "Lagi satu, dia nie abang aku." Tambah Diana lagi lalu pergi dari situ.

"Kau nie kenapa? Cari masalah dengan orang. Dia tu adik aku tahu tak? Kalau kau berani hina dia lagi. Siap kau!" Kata Darwish. "Adik kau tu hodoh! Aku dah hina dia lagi. So? Kau nak buat apa?" Kata Darwish. "Okay. I will be remember that. Kau pereka fesyenkan? I'm going to do something that you will be remember until you die." Kata Darwish lalu pergi ke arah Diana.

"Apa yang dia nak buat huh?" Soal Arina sendiri, mukanya menjadi sedikit pucat. Lalu dia membetulkan tudungnya.

"Kenapalah si Arina tu gedik sangat!" Kata Diana sendiri. "Huh, sabar Diana sabar. Kau kena kuat. Kau tak boleh lemah. Kalau kau lemah, nanti kau dipijak-pijak dengan isteri sherk tu." Tambah Diana lagi.

"Siapa dia tu?" Soal Darwish. "Dialah tunang kawan adik tu." Kata Diana. "Oh. Kalau dia dah putus tunang dengan kawan adik tu pun orang tak kesah. Sebab perangai macam apa je." Ejek Darwish yang masih tidak puas hati lagi dengan Arina.

"Diorang memang dah putus." Jawab Diana. "Kan? Abang dah agak dah. Lelaki mana boleh tahan dengan perangai gila dia tu. Naik gila orang!" Ujar Darwish. "Abang tak baiklah cakap macan tu. Kita sepatutnya nasihatkan dia bukan menghina. Hmmm, kalau hina je tak de apa-apa yang jadi." Kata Diana.

"Okay, sorry. Sekarang nie, abang nak pergi makan. Diana nak pergi mana?" Soal Darwish. "Diana nak beli barang dia. Al maklumlah, adik nie nak balik Korea dah. Malas nak tunggu lagi. Nanti kalau lambat sangat pack barang kelam kabut jadinya." Kata Diana.

"Okay. Nak abang ikut ke?" Soal Darwish kerana dia memahami perangai adiknya, dia memang suka suruh orang ikut dia untuk berikan pendapat. "Ehm, tak pelah. Adik rasa nak cuba cari pendapat sendiri." Kata Diana dengan yakin.

"Okay. Nanti kalau nak apa-apa. Telefon abang tau." Kata Darwish lalu pergi dari situ. "Okay, misi aku sekarang bermula. Aku nak beli barang keperluan aku diKorea." Diana menuju ke butik. Butik itu menjual baju kurung. Baju kurung disitu cantik-cantik belaka. Kebanyakan baju disitu berwarna merah jambu. "Ohhh, my pink!" Kata Diana keriangan.

Diana membelek-belek baju yang ada disitu. Dia ingin membeli sepuluh helai baju. Di Korea memang tiadalah baju kurung. Diana mengambil satu baju yang terdapat labuci di lengan dan di bawah baju tersebut. Baju tersebut berwarna pink yang seakan-akan merah. Diana menyukai baju itu lalu meletakkan baju itu di counter. Diana mencari lagi baju kurung. Akhirnya, dia telah berjaya memilih baju dengan pendiriannya sendiri. Namun ada kalanya dia meminta pendirian pekerja disitu.

Diana keluar dari butik tersebut lalu pergi ke kedai kasut. Kasut disitu kebanyakkannya kasut tinggi. Diana memang tidak suka memakai kasut tinggi. Dia pun keluar dari butik tersebut lalu ke kedai kasut yang lain. Dia melihat kasut tinggi yang tumitnya lebar. Itulah kasut kegemarannya.

Dia mengambil kasut bertumit lebar yang seakan-akan kasut sukan. Kasut itu berjenama Nike. Pada tanda Nike terdapat corak bunga yang berwarna ungu dan kasut itu semestinya berwarna merah jambu.

Diana mencari lagi kasut seperti itu namun dia mengambil yang jenisnya lain. Yang ini dia seperti kasut bertutup biasa. Diana mengambil kasut itu yang berwana turqoise. Kasut itu mempunyai reben di tepi sebagai hiasan. Kasut itu juga bercorak polka dot. Diana juga membeli kasut sukan.

Diana mencari tudung pula. Dia membeli shawl yang bercorak bunga sakura, polka dot dan yang kosong. Dia juga membeli tudung petak labuh yang berwarna hitam sebanyak lima. Dia membeli banyak-banyak kerana diKorea sukar untuk mencari barang keperluan muslimah. Dia juga membeli pin tudung

Diana berjalan menuju ke kedai watson. Dia membeli alatan make up, sabun dan minyak wanginya. Diana memakai make up berjenama Silky Girl. Sejak dari dulu lagi dia memakai jenama tersebut. Diana hampir lupa. "Takkan aku nak pakai baju kurung sepanjang masa." Kata Diana. Lalu pergi ke kedai baju yang menjual baju yang sesuai dipakai ke sekolah mahupun di luar sekolah. Diana mengambil kemeja jeans, kemeja berwarna merah jambu dan ungu. Diana membeli skirt yang bertingkat dan mempunyai warna pelangi. Kemudian dia mengambil skirt yang berwarna kegemarannya. Dia juga membeli baju muslimah yang labuh, dan seluar slack yang besar dan tidak ketat untuknya.

Diana sudah selesai membeli barangannya. Abangnya pun tertidut didalam kereta akibat menunggu Diana yang membeli belah. Diana meletakkan barangnya di tempat duduk belakang dan duduk dkerusi depan. Darwish terjaga. "Hehehe, abang. Sorry." Kata Diana. "Lamanya. Hampir lumat nasi goreng abang makan tadi." Kata Darwish lalu beredar dari situ.

             -Bersambung-

Our Perfect Story (Malay)Where stories live. Discover now