"Malam nanti ada jamuan dekat istana, bonda suruh kita berangkat awal sikit lagipun ada hal mustahak yang bonda nak bincangkan"
"Berkenaan apa abang? Ada kena- mengena pasal Hairi ke?"
"Abang tidak pasti.....yang penting maklumkan anak kamu tu awal-awal jangan sampai dia beri macam-macam alasan pulak cukup-cukuplah hari tu dia contengkan arang dekat muka kita."
Isteri Raja Salman mendiamkan diri buat seketika dia faham sangat dengan apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu. Cukuplah kejadian tempoh hari memalukan mereka berdua harapnya pisang tidak berbuah dua kali. "baiklah abang."
*******
"er....sa saya....
"siapa ni abang?" Isteri Raja Sulaiman yang baru tiba pula bersuara. Di sisinya berdiri dua orang perempuan yang nampak seiras. Dua-dua cantik.
"Effa....." Panggil Permaisuri Helen yang secara tiba-tiba muncul entah dari mana. Dia berjalan mendekati cucu kesayangannya itu lalu berdiri disebelahnya.
"nek..."sahut Effa lemah dalam masa yang sama dia merasa sedikit lega. Dia justeru memaut lengan kanan Permaisuri erat. Kedatangan Permaisuri Helen bagaikan penyelamat buat dirinya di saat-saat genting itu.
Raja Sulaiman mengerutkan dahi merasa hairan."nek?" Gumamnya perlahan.
"Sayang, kamu masuk bilik dulu ye nanti nenda jumpa kamu." Kemudian Permaisuri melihat kedua orang pengiringnya."Puspa, Zaujah bawak Effa masuk bilik dia." titah baginda.
"Baiklah tuanku,"
Effa dibawa pergi dari situ. Tanpa membantah dia menurut saja langkah Puspa dan Zaujah sempat dia melihat sekilas ke arah Raja Sulaiman pandangan mata mereka bertaut buat beberapa saat sebelum pandangan itu ditamatkan oleh Effa terlebih dahulu.
"Siapa tu bonda?" Soal Geta merangkap isteri Raja Sulaiman. Dia merasa sedikit sangsi dengan kehadiran orang asing di istana itu. Lebih lagi bila orang itu seakan akrab dengan kerabat mereka.
"Malam nanti kamu tau."Ujar Permaisuri Helen ringkas dan saja berdalih. Baginda kemudian melihat kedua cucu kembarnya." Nora dan Nuha macam mana? Suka baju yang nenda belikan?"
"suka sangat nenda! Cantik! Ni kak Nora ni! tak suka baju yang nenda bagi tu dia ca....
Puteri Nora mencengkup mulut celupar adik kembarnya itu."Suka nenda, Nora suka terima kasih nenda."
Permaisuri mengukir senyuman dibibir. Sudah masak degan sikap dua orang cucu kembarnya yang bagaikan air dengan api itu.
Baginda kemudian melihat sekilas ke arah anak dan menantunya sebelum meninggalkan mereka di situ dengan perasaan yang diselubungi tanda tanya.
*******
Jamuan makan malam yang berlangsung selepas isyak itu diadakan di istana Abu Bakar tempat Permaisuri Helen inginkan.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum kerabat di raja termasuk beberapa tetamu jemputan khas.
Kereta dipandu dengan penuh berhemah oleh Jarjit menuju ke lokasi.
Effa memakai baju kebaya klasik berwarna coklat beserta selendang bewarna nude yang diberikan oleh nendanya. Walaupun sederhana tetap nampak menawan bagi siapa yang memandang. Dia tidak memakai alatan solek melainkan hanya sedikit gincu di kenakan dibibirnya.
Effa menggenggam tangan cuba mengurangkan rasa gugupnya dari tadi. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap kereta. Permaisuri Helen yang duduk disebelahnya mula perasan dengan perubahan sikap cucunya itu dia bertindak memegang tangan Effa."Kamu gementar?" Soal baginda dengan senyuman manis di bibir seperti biasa.
YOU ARE READING
Princess Effa
Teen FictionEffa seorang remaja yang hidup dalam keadaan sederhana bersama ibunya selama 19 tahun tidak pernah mengetahui bahawa dirinya itu adalah seorang Puteri. Persoalan demi persoalan tentang ayah kandungnya selalu menjadi tanda tanya dalam dirinya. Apa ya...