Chapter 16✨

93 3 0
                                    

Perlahan-lahan Aisyah masuk ke dalam rumahnya. Kelibat suaminya yang menunggunya dapat dia lihat.

Dia berlari dan memeluk batang tubuh itu. Tersentak Iskandar. Tadi baru je nak marah sebab isterinya itu keluar rumah pada pukul 3 pagi dan balik pada pukul 12 malam. Melihat keadaan isterinya itu,dia senyap seolah-olah memahami.

"Hiks....Hiks....kenapa semua orang jahat? Kenapa Aisyah tak dibenarkan bahagia walau sekejap? Kenapa semua orang benci orang? Orang tak buat apa-apa pun kat orang tu..." Sekejap-sekejap dia meluah, sekejap-sekejap dia hanya menangis.

Perlahan-lahan Iskandar cuba memegang lengan Aisyah dan menariknya untuk meleraikan dakapan.

"Aww!" Jerit aisyah tak sengaja. Dia tak tertahan dengan pedih di lengannya itu. Sakit. Sangat sakit.

Iskandar menaikkan lengan baju Aisyah. Kini terserlah lah luka Aisyah akibat tembakan tadi. Tersentak Iskandar melihatnya,dia tukar pandang untuk melihat isterinya pula.

Perlahan dia tarik tangan Aisyah duduk di antara sofa berdekatan. Tangannya lincah menggapai kotak first-aid yang ada di situ. Aisyah pula hanya diam saat diubati.

"Siapa buat?"dia menyoal. Aisyah hanya menundukkan kepalanya. Tiada niat untuk menjawab. Tahulah Iskandar,isterinya itu tidak ingin jawab soalannya.

"Maaf ..orang menyusahkan awak"  akhirnya terbit kata-kata dari mulutnya.

"Tak ada nya. Kau isteri aku,aku suami kau. Aku yang sepatutnya buat semua kerja rumah ni. Kerja kau hanya layan aku dan jaga bakal anak-anak kita je" ucapnya panjang lebar. Aisyah tersenyum.

"Awak nak tahu tak,saya pergi mana selama ni?" Soalan Aisyah itu berjaya menarik perhatian Iskandar. Iskandar hanya mengangguk.

"Esok jom pergi dengan saya ke satu tempat" balasnya lagi. Iskandar hanya diam.

                               ✨✨✨

"Assalamualaikum Ibu. Ibu aisy--" tak sempat menghabiskan katanya,dia terus diserang tamparan oleh ibunya itu.

Aisyah memandang tepat ke dalam biji mata ibunya. Apa salah dia? Kenapa setiap hari harus menghukumnya begini?

"APA MASALAH IBU NI?! SETIAP HARI AISYAH DATANG NAK BETULKAN HUBUNGAN KELUARGA KITA. TAPI APA YANG SYAH DAPAT?! HANYA SAKIT HATI. KALAU AISYAH TAHU,LAHIRNYA AISYAH KAT MUKA BUMI NI BOLEH BUATKAN HIDUP IBU SENGSARA,AISYAH AKAN KATA TAK INGIN SAAT ALLAH MENANYAKAN PADA HAMBANYA 'ADAKAH KAU INGIN HIDUP DI BUMI?' IBU FIKIR IBU SORANG JE KE YANG SENGSARA?! AISYAH?! SETIAP HARI AISYAH TERBANGUN DARI MIMPI NGERI,BERHARAP ADA SEORANG IBU YANG MENENANGKAN ANAKNYA. TAPI HASILNYA? TIADA. KALAU IBU NAK TAHULAH,AISYAH PUN HAMPIR-HAMPIR DIBUNUH SEMALAM. PUAS HATI IBU! PUAS KE?! DOALAH BANYAK-BANYAK LAGI SUPAYA AISYAH BETUL-BETUL MATI NANTI"akhirnya dia menyuarakan suaranya. Dia berlalu keluar sambil menarik suaminya itu. Tak sanggup lagi menahan cemuhan ibunya itu setiap hari.

Masuk sahaja ke dalam kereta,Aisyah memandu pula ke tanah perkuburan. Iskandar hanya mengerling Aisyah sesekali.

Sampai saja di tanah perkuburan Islam,dia tak membuang masa. Lincah tanganmya mengambil air bunga dan Yaasin yang berada di bonet kereta. Dia dan Iskandar berjalan ke satu kubur ke satu kubur sehinggalah Aisyah sampai di satu kubur ini.

"Assalamualaikum"dia duduk mencangkung di situ. Aisyah menahan sebak di dada melihat nama yang tertulis di batu nisan.

"Thiya,kenapa kau cuba rahsiakan kewujudan arwah Weena? Sebab kau nak lindungi dia dari 'orang itu' ke?" Walaupun dia tahu,tiada yang membalas. Dia tetap bertanya

Dia beralih pula lagi satu kubur di sebelahnya.

"Weena sayang,ibu datang ni. Weena,ibu minta maaf sekali lagi sebab tak jaga weena dengan baik. Sebab itu lah 'orang itu' dapat tangkap weena. Ibu dan mama minta maaf sebab pengsan pertama kali lihat keadaan weena"mengingati keadaan Weena tika itu,membuatkan dia hampir pengsan dan muntah. Mendengar perkataan 'ibu' dan 'mama' membuatkan is faham. Mungkin yang dimaksudkan ibu itu Aisyah manakala mama ialah yura

Setelah habis membaca Yaasin,dia bangun dan menyiram air bunga ke dua-dua kubur itu. Dia masuk ke dalam kereta dan memandang Iskandar pula.

"Sekarang baru awak tahu yang isteri awak ni sebenarnya tak curang?"

623 patah perkataan. Vote and komen please.... Kekurangan vote ni...

HIS: CUTIE PRINCESS (Complete✓)Where stories live. Discover now