Chapter 18🎈

102 7 0
                                    

"Awak pergi mana,tadi?"sudah seminggu panggilan manja mereka hilang selepas insiden di dalam kereta.

Aisyah hanya buat tidak tahu dan berlalu ke biliknya. Bukan niatnya untuk memalaukan suaminya tapi buat masa ini dia penat. Jantungnya juga berdegup dengan kencang dari tadi.

Sampai saja di biliknya,dia dengan cekap mengunci tombol pintu dan berlalu ke laci sebelah katilnya.

Dia menarik laci pertama dan di situ tiada. Begitu juga dengan laci kedua. Tapi ketika dia membuka laci ketiga,jelas terlihat ubat-ubatnya yang bertimbun.

Dengan cepat dia mengambil ubat 'tahan sakit'. Hanya ubat itu yang boleh dia telan untuk menjaga kandungannya.

Lantas dia menelan pil itu. Selang beberapa minit selepas ianya menelan ubat itu,secara tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu biliknya.

Aisyah terus bangun dan menyembunyikan ubat itu ke dalam laci tadi. Dia berlalu membuka tombol pintu dan pintu pun terbuka.

Iskandar lantas memasuki bilik itu dan menguncinya. Ha sudah,apa pulak suaminya nak ni. Aku dahlah baru minum ubat,perut aku baru nak stabil ni;)

Iskandar menarik tangan isterinya itu. Nafasnya begitu kasar seolah-olah menahan geram akan sesuatu. Lantas dia mengangkat tangannya,kini Aisyah tahulah mengapa suaminya itu begitu marah.

Di tangan suaminya itu tergenggam sebuah 'pregnancy test' yang dilakukan oleh Aisyah seminggu lalu. Aisyah memandang tepat ke mata coklat Hazel yang mencerlung tajam ke arahnya.

"Kenapa dengan 'pregnancy test' tu?" Soalan bodoh...soalan bodoh. Tulah kau Syah memang betul lah kau tu memang bengap.

"KENAPA AWAK TANYA?! AWAK MENGANDUNG TAPI AWAK TAK BAGITAHU LANGSUNG DENGAN SAYA! AWAK ANGGAP SAYA APA?! SAYA NI SUAMI AWAK! ITU ANAK SAYA! SEPATUTNYA AWAK BAGITAU SAYA!" jerkah Iskandar secara tiba-tiba. Anxiety attack Aisyah menyerang kembali

'tolonglah....jangan..' mohonnya dalam hati.

"Kalau ianya bukan anak awak?"soalan pedas diberikan pada Iskandar. Ha sudah,kau memang gila Syah! Gila! Iskandar tersentak.

"Jadi itu bukan anak saya?"tanya Iskandar sarkastik. Aisyah memandang ke arah suaminya itu.

"See? Awak sendiri pun tak percaya saya 100% Bila ada orang je cakap mesti awak terus percaya. Bukan nak pergi siasat dulu. Macam tadi. Tiba-tiba je awak datang-datang jerkah saya tanpa tanya kenapa saya buat macam tu.. Kalau sayalah kata kat awak yang 'awak curang!' hanya disebabkan satu gambar. Apa awak rasa? Sakit hati kan? Satu gambar tak menerangkan keseluruhan jalan cerita. Begitu juga dengan satu objek tu. Awak hanya tengok secebis jalan cerita dan dengan senang awak terus 'judge' secebis jalan cerita itu"panjang lebar Aisyah membebel

"walaupun saya sendiri yang beritahu pada awak. Ada pernah tak awak terfikir yang saya ni saja nak suruh awak benci saya? Pernah tak terfikir kat minda awak selama ni 'isteri aku cukup kuat ke untuk mengalami semua dugaan tanpa sokongan aku?' Yang ada dalam kepala otak awak tu hanya 'perampas tu' dengan 'mak awak' je!" Iskandar menaikkan tangannya.

"APA?! NAK TAMPAR SAYA?! TAMPARLAH! AWAK TU KAN LELAKI DAYUS! LELAKI PENGECUT!KALAU AWAK BUKAN LELAKI PENGECUT,AWAK TAKKAN BERSETUJU UNTUK BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN SUNDAL TU LAH!" Iskandar tersentak. Mata Aisyah sudah berkaca-kaca saat Iskandar tidak menyangkal kata-katanya. Iskandar berlalu keluar dari bilik itu.

Aisyah terduduk. Dia tak kuat. Dia lemah. Dia hanya manusia biasa yang lemah. Hamba Allah yang lemah memerlukan kekuatan.

525 patah perkataan. Vote and komen❤️

HIS: CUTIE PRINCESS (Complete✓)Where stories live. Discover now